Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

11 Februari 2012

Kakak Pun nak Macam ibu...

Semalam balik sekolah Agama ibu tengok Naurah bukan main leka menjahit.
Entah apa la yang dia kusyuk sangat.
Tak sempat mandi terus mengadap benda alah ni...

 Rupanya Naurah pun teringin nak bajunya ada manik bling2 macam ibu.
Amboi-amboi, nampak gaya budak sorang ni tak nak kalah dengan ibu.
Satu je sikap Naurah yang ibu suka, 
dia jenis berdikari dan cepat belajar melalui pemerhatian....

Gigih dia menjahit manik seperti yang ibu jahit......
Diusia 12 tahun sudah mampu menghasilkan jahitan manik....
Tiba-tiba ibu jadi jeles.
Mau ibu tak jeles, ibu tengah merangkak belajar diusia senja,
Naurah dah maju ke depan....

 Dan percubaan pertamanya berhasil walaupun masih belum kemas.....

 Naurah dapat siapkan 3 kuntum bunga manik dalam masa yang singkat...
Bukan main seronok dia.
Penuh dengan bunga2 senyuman......
Masa antara Maghrib dan Isyak.......fantastic.
Bravo Kakak.....

 Hasil jahitan Naurah.
Gambar blur.
Maklumlah guna kamera murah......
Nampak gayanya lain kali ibu tak perlu bersusah payah jahit manik kat baju ibu
sebab dah ada orang boleh tolong ibu...he.he.he....
Boleh ye Kakak....???

Dan Naurah bergaya dengan hasil tangannya sendiri.....

p/s:
Hari ni bersekolah ganti......

10 Februari 2012

Sambutan Maulidur Rasul 2012

 Semalam ibu bermesyuarat di PKG hingga ke petang.
Pagi ni ada Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah.
Kata orang sibuk sokmo.
Alhamdulillah, majlis berjalan lancar berkat kerjasama rakan-rakan.

Kakak Naurah dan Farouk berpakaian sedondon....
Ada cerita disebalik baju Naurah tu...
Nanti ibu buat n3........

Farouk dan kawan-kawan dah bersedia ditapak perhimpunan...

 Perarakan bermula dari sekolah ke surau 2 dan surau 2 ke sekolah.
Faham tak...Ibu pun keliru...he.he.he...

 Perarakan bermula...Farouk dan kawan-kawan....
Siap berpimpin-pimpin tangan...auwwww!!!!

 Naurah dan kawan-kawan....

 Bacaan doa setelah perarakan selesai.....

 Berdoa pun sempat tersenyum ye kakak.....

 Naurah ambil bahagian dalam persembahan nasyid...

Menu yang dimasak secara gotong royong oleh guru2/staf2 sekolah.
Seekor lembu disedekahkan oleh seorang ushawaan terkenal di kampung itu.
Dan juga sumbangan rakan-rakan guru dan staf....
Menu hari ini.:
Gulai daging + kentang
Sayur goreng versi jawa,
Urap @ kerabu versi jawa,
ikan kering,
Sambal belacan,
Ayam masak kicap....

Sijil NILAM Pertamaku...

Ni kisah yang dah lama.
Hampir 1 bulan berlalu.
Terperap dalam draf.
Basi pun basilah, janji ada catatan diary untuk tatapan Farouk nanti.

Akhir Tahun 2 baru Farouk layak terima sijil Gangsa NILAM.
Kalau Tahap Gangsa bermakna Farouk baru baca 90+ buah buku.
Kalau tak silap ibu, setakat ni dalam 176 buah.
Sijil ni disampaikan semasa perhimpunan mingguan bulan lepas.
Masa tu bateri kamera ibu "kong"....
Jadi tak sempat nak snap masa Farouk dipentas.

Beginilah kalau orang yang terlebih "rajin" membaca buku.
Dapat sijil bukan tau nak simpan.
Dah lunyai.
Masih tak tahu menghargai nilai sijil yang diperolehi dari KPM.

Farouk yang berbaju pengakap......
Dia yang paling tinggi dalam kelas tetapi paling manja... hu.hu.hu........


p/s:
Hari yang sibuk
Semalam bermesyuarat di PKG.
Hari ni ada majlis Maulidur Rasul di Sekolah......
Belum sempat nak BW.....

About me