Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

19 November 2011

Hari Pertama Jadi Suri RUmah..

Hari ni kerajinan + bermalas-malasan melanda.
Maklumlah, sejak bermula jawatan surirumah sepenuh masa
 ni rasa macam best sangat-sangat.
Sesuka hati bila nak masak, basuh baju, kemas rumah, 
yang penting sesuka hati bila nak terbongkang
sambil layan TV....
Pakai uniform kegemaran di rumah kain batik + blouse.
Nikmat tak terhingga.
Setengah hari kerjanya membuta.
Tak ada siapa yang nak ganggu.
Syok sungguh.

Bangun dari beradu masuk dapur.
Masak untuk lunch.
Sambil tu masak kuih.
Anak-anak seronok.
Katanya "Bestkan kalau hari-hari ibu ada kat rumah".
Tak kuasa ibu!!!!!

Lepas makan terbongkang lagi.
Layan sukan SEA.
Penat rehat bangun goreng meehoon.
Terlebih rajin la pulak.
Angah pula komen: Bestla ibu macam nie......
Entah berapa harilah ibu bertahan menjadi terlebih rajin memasak macam ni....
Ha.ha.ha..... i like it......

Letak Jawatan!!!

Hari ini dengan rasminya ibu bergelar "suri rumah sepenuh masa"...
Jangan salah sangka ye, ibu bukan "Letak Jawatan" secara rasmi
tetapi letak jawatan untuk seketika.
Mana mungkin ibu melepaskan jawatan yang
amat ibu minati selama ini.

Cuti pun sebenarnya kami para guru bertugas.
Ada yang sedang jadi pengawas peperiksaan SPM dan STPM.
ibu tidak terkecuali perlu hadir ke sekolah 
untuk dating...Oppss!!! meeting, 
kelas tambahan,
buat  perancangan program untuk tahun depan..
Jadi penceramah untuk "in house traning",
Jadi "maid" sebagai tugasan tukang kebun/tukang sapu untuk kemas kini PSS.
Perlu jadi tukang jahit untuk langsir dan skirtting.
Perlu sponser fulus untuk keceriaan PSS/Kelas.....

Apapun ibu akan gunakan masa berkualiti ini
untuk menguruskan rumahtangga...
Terutama bersama anak-anak.
Maklumlah ayah sentiasa sibuk dan beberapa hari
lagi ayah akan terbang lagi ke luar negara meninggalkan kami.....
Dan untuk 5 minggu ibu bebas
melanggar rutin harian dan tidak terikat dengan
masa yang tepu.....
SERONOK 100X
tengah berfikir nak masak apa jap lagi...
he.he.he......

18 November 2011

Hari Kecemerlangan.

Semalam ribut petir melanda.
Tiba-tiba modem tenet ibu disambar petir.
21 jam tanpa internet.
Syukur Alhamdulillah dah kembali bersiaran dalam 
kesibukan yang masih memuncak.
Terima kasih tmnet....

Hari ini 3 majlis berlangsung.
Khatam Al-Quran
Konvokesyen Pra Sekolah
Hari Anugerah Kecemerlangan.
Keputusan UPSR...

 Seawal 7.45 pagi, Majlis Khatam Al-Quran dijalankan....

Konvokesyen Pra Sekolah...
Anak-anak comel  bergaya dengan jubah.....

Lebih kurang pukul 10.00 pagi, Majlis Hari Kecemerlangan berlangsung..
Semalam Naurah dah menerima anugerah untuk
Pelajar Terbaik Agama Islam.

Hari kemuncak Naurah meraih 4 Anugerah Cemerlang.
Tersenyum panjang Naurah bila melihat kelibat Ayah yang mencuri sedikit waktu untuk hadir
sebagai memberi motivasi kepada anak tersayang.....
Ibu memang sibuk dengan hadiah-hadiah, piala2 dan sijil2....
Dah tak sempat nak tengok wajah anak menerima hadiah...
Ni semasa Naurah menerima Piala Kecemerlangan 
Tempat Pertama keseluruhan Tahun 5.

 Ini semasa menerima Hadiah/Piala Kecemerlangan  Subjek Sains
keseluruhan Tahun 5....

Ini Hadiah/Piala Kecemerlangan Matematik
keseluruhan Tahun 5.

 Ini pula Naurah menerima
Anugerah Pembaca Terbanyak i.NILAM Keseluruhan Tahap 2.
Setakat ini Naurah membaca sebanyak 1,500+ buah buku....

Naurah bersama Piala/Hadiah yang dirangkul hari ini.....

Tahun ini hadiah/piala oleh Naurah dah berkurangan 
kerana diraih oleh rakan-rakannya yang lain.
Tahun lepas Naurah meraih hampir keseluruhan subjek......
klik sini.

Dan Farouk tidak mendapat apa-apa hadiah terbaik/kecemerlangan...
Alahai bujang ibu sorang ni...
Kalau kakak Naurah dapat no 1,
Farouk pula kena tambah lagi 0 dibelakang no 1.....hu.hu.hu.....
Satu-satunya anak ibu yang memecah tradisi
kakak2nya mendapat no berganda.....
Apa pun Farouk selamba je........


p/s:
Belum selesai majlis ibu
berkejar ke SK Angah untuk hari terbuka
dan menerima wang RM100.
Bila ibu sampai, tinggal angah seorang bersama cikgunya.
Kasihan Anak ibu.....
Cikgu Angah : Tahniah kerana anak Puan terus cemerlang
dan merupakan murid yang baik.....
Puan tak perlu risau..Saya sangat bangga dengan
sikap dan pencapaian Nadiah.....
Syukur Alhamdulillah....
Kata-kata cikgu Angah buat ibu rasa amat terharu........
Tahniah Anak2 ibu.
Terima Kasih Cikgu!!!!!

About me