Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

15 November 2011

Sukan Dan Olahraga 2011

Selesai sudah sesi berpanas di pandang.
Kejohanan Olahraga dah selesai.
Ibu belum mampu menarik nafas kerana ada 3 program
sedang menanti...

 Apa-apa program sekolah, ibu dah sebati dengan hadiah..hadiah dan hadiah.
Sejak posting sampai sekarang masih menyandang kerja itu...
Apa nak buatkan.
Tugas 2 in 1.
Bagi hadiah dan berkejar tangkap gambar.....

Semalam acara padang.
Naurah masuk acara lompat jauh dan lompat tinggi.
Gambar yang sempat ibu snap.
Nampak je gaya macam seorang athlet tetapi 
anak ibu bukannya athlet....
Melompat pun control ayu je.....
Sesuai jadi pom-pom girls je.
Naurah cuma dapat tempat ke 4 dari 16 orang peserta.....

ni acara lompat jauh.
Ibu tengok Naurah lompat macam lompat katak je..
Wakaka......
Dalam acara ni Naurah tak berjaya masuk final pun......

Hari ni acara Balapan.
Naurah masuk acara 4x200m
 Alahai, ibu tengok Naurah lari ayu je...
Lemah gemalai gitu.
Memang anak ibu seorang ni tak ada gaya seorang athlet pun.....

 Rezeki menyebelahi kerana pasukan Naurah berjaya juga
dapat naik johan.....

 Pasukan Samudera (Pasukan Naurah-bertudung hitam) 
dinobatkan sebagai juara tahun ini....
TAHNIAH!!!!

Farouk pula masuk acara sukaneka.
Berlari pun masih boleh senyum...
Alahai...Farouk...Farouk.
Kalau tengokkan gaya Farouk berlari,
memang Farouk tidak ada bakat dalam bidang sukan...
Kelakar je ibu tengokkan.....
Pasukan Farouk dapat naib johan....

 Santai-santai di padang dengan kawan-kawan....

 Hadiah sukaneka yang Farouk dapat.....

p/s:
Petang tadi ibu berkejar ke sekolah lagi.
Penat di padang kejap tadi belum hilang dah berkejar untuk 
persiapan Hari  Anugerah,.
Pukul 6.30 ptg baru tiba kat rumah.
Esok ada penyampaian wang bantuan RM100
kepada ibu bapa murid.
Pra Hari Q dan taklimat.........
hu.hu.hu.............

Daging oooooo Daging

Raya haji dah berlalu tetapi stok daging masih ada.
Buntu...dah tak tahu nak masak apa.
Goreng, masak sup, kari, masak kicap, masak rose dan 
macam-macam resepi dah ibu buat.
Masa jalan-jalan ke blog kawan-kawan terbaca pula n3 dari blog Puan Kutu.
(sapa-sapa nak cuba resepi ni silalah ke sana ye)

Inilah hasilnya.
Memang sedap dan anak-anak ibu pun suka.
Licin hingga menjilat jari.
Thanks PK 4 sharing......

p/s:
Maaf ye kerana ibu tidak sempat nak
BW macam biasa.
Kesibukkan ditahap tepu sekarang ini.
2 hari bergasak di padang dan selepas itu
ada 3 program lagi sedang menunggu.
Jawabnya cikgu cikgi SK ibu  terpaksa postpone
cuti kerana perlu menyiapkan macam-macam kertas kerja...

14 November 2011

Bertiga VS Berempat

Semalam mak dara keluar outing dengan 3 orang dara ke MarryBrown.
Saja bawa Along makan-makan untuk release tension
sebelum menjelangnya exam...
Mesti ramai tertanya-tanya kemana perginya 
2 orang kanak-kanak ribena Naurah dan Farouk.
2 orang kanak-kanak ribena ikut Ayah ke ofis di Muar....
Ayah  memang macam tu.
Kalau ada kerja yang tertangguh di ofis ,
dia akan bawa 
2 orang kanak-kanak ribena ni temankan...


 Angah dan Along...

 Beby

 pipi dah kembong sebab dah kenyang.....he.he.he....

posing kat luar pulak....

Tapau untuk 2 orang kanak2 ribena ni.
Bukan main jeles lagi mereka dengan kami.....
Katanya bosan je dok tunggu Ayah siapkan
kerja kat ofis....he.he.he........

About me