Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

15 November 2011

Daging oooooo Daging

Raya haji dah berlalu tetapi stok daging masih ada.
Buntu...dah tak tahu nak masak apa.
Goreng, masak sup, kari, masak kicap, masak rose dan 
macam-macam resepi dah ibu buat.
Masa jalan-jalan ke blog kawan-kawan terbaca pula n3 dari blog Puan Kutu.
(sapa-sapa nak cuba resepi ni silalah ke sana ye)

Inilah hasilnya.
Memang sedap dan anak-anak ibu pun suka.
Licin hingga menjilat jari.
Thanks PK 4 sharing......

p/s:
Maaf ye kerana ibu tidak sempat nak
BW macam biasa.
Kesibukkan ditahap tepu sekarang ini.
2 hari bergasak di padang dan selepas itu
ada 3 program lagi sedang menunggu.
Jawabnya cikgu cikgi SK ibu  terpaksa postpone
cuti kerana perlu menyiapkan macam-macam kertas kerja...

14 November 2011

Bertiga VS Berempat

Semalam mak dara keluar outing dengan 3 orang dara ke MarryBrown.
Saja bawa Along makan-makan untuk release tension
sebelum menjelangnya exam...
Mesti ramai tertanya-tanya kemana perginya 
2 orang kanak-kanak ribena Naurah dan Farouk.
2 orang kanak-kanak ribena ikut Ayah ke ofis di Muar....
Ayah  memang macam tu.
Kalau ada kerja yang tertangguh di ofis ,
dia akan bawa 
2 orang kanak-kanak ribena ni temankan...


 Angah dan Along...

 Beby

 pipi dah kembong sebab dah kenyang.....he.he.he....

posing kat luar pulak....

Tapau untuk 2 orang kanak2 ribena ni.
Bukan main jeles lagi mereka dengan kami.....
Katanya bosan je dok tunggu Ayah siapkan
kerja kat ofis....he.he.he........

Wajah Baru....

Perasan tak ada perubahan kat header blog ibu.


Ada sebab musabab ibu terpaksa ubah header lama kepada yang baru.
Atas permintaan seorang rakan lama ibu.
Patutlah selama ni dia menyepi.
Rupanya dia fobia dengan spesis ular.
Ibu pun tak perasan ada spesis ular semasa dia
komen tentang blog ibu.....

Nasib baik ibu ada seorang rakan yang
teramat baik hati , Puan Bee.
Bee ni pakar blog.
Dia jadi bahan rujukan ibu kalau ada masalah blog.
Header lama dan theme blog ibu ini pun
hadiah dari Bee sempena birthday ibu.
Dan sekali lagi ibu
meminta jasa baik Bee untuk menolong ibu...
Alhamdulillah Bee seorang yang tidak lokek ilmu
dan cepat bertindak serta kreatif sangat-sangat....

Sebenarnya ibu sayang sangat-sangat header lama tu.
Banyak memori yang terselit kat situ.
Memori percutian kami sekeluarga pertengahan tahun ini.
Mungkin silap ibu juga kerana tidak peka dengan persekitaran.

Tapi Alhamdulillah,
hasil sentuhan Bee,
ibu rasa amat gembira dan puas hati.
Ada hikmah disebalik pertukaran header tu.
Dan setiap hari ibu akan mampu menatap wajah mama dan abah
kerana mereka berdua juga ada di situ.....

Thanks a lot Bee....
Sayang kamu!!!!!!
Muahhhh!!!!!!

p/s:
Gud luck Along, dan lakukan yang terbaik.
ibu sentiasa mendoakan kecemerlangan Along...
Terima kasih rakan2 kerana sama-sama berdoa untuk Along.
Kalian rakan yang terbaik dan hanya Allah
yang akan membalas jasa kalian......InsyaAllah...

Hari ni akan berpanas lagi di padang dan
selama 2 hari ada Kejohanan Olahraga...

About me