Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

13 November 2011

Good Luck Along!!!

Esok hari penentuan arah tuju Along selepas ini.
Peperiksaan yang akan menentukan masa depan.
Ibu, Ayah dan adik-adik mendoakan agar Along
diberi kelapangan dada, kecergasan akal dan kekuatan minda
untuk menjawab soalan yang diberikan....

Ibu doakan agar Along memperolehi kejayaaan cemerlang seperti mana
dalam peperiksaan UPSR dan PMR yang telah Along lalui....

Semoga Along mampu menjawab 10 subjek
dengan jayanya....:
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Matematik Moden
Matematik Tambahan
Fizik
Kimia 
Biologi
Agama Islam
Sejarah
Prinsip Akaun

Semoga Allah sentiasa melindungi Along 
dan doa kami sentiasa mengiringi Along sepanjang masa.
Ingatlah, Along merupakan permata yang terlalu
berharga buat kami....

"Good Luck My Dear....."

12 November 2011

Tiba-tiba Teringin..

Semalam sementara menanti azan Asar 
tiba-tiba datang keinginan nak makan maggie goreng.
Punyalah bersemangat ibu memasaknya.
Selesai solat Asar baru ibu makan.
Sesekali masak maggie sedap juga tetapi
sekarang ibu cepat muak bila makan maggie.
Memang tak pernah habis walaupun masak sebungkus je.........

Masa kat kolej dulu, inilah makanan rutin
terutama hujung bulan.......
Masa tu rasa teramat sedap walaupun sekadar
direndam dalam air panas dan makan berkongsi dengan rakan2....
Indah sungguh saat itu walaupun terkadang pahit....

jemput makan....

Hadiah "Sempena Entah Apa-apa"...

Dalam n3 di sini ibu ada cakap tentang ayah yang suka bagi
Semalam Ayah baru balik dari Outstation.
Sebenarnya dah 3-4 hari ayah tak ada.
Balik dari seminar ayah bawakan
" Hadiah Sempena Entah Apa-apa" ni.
Nak kata bagi hadiah Anniversary dah 4 hari berlalu.
Ibu pun dah faham sangat dengan perangai ayah.
Dia akan beri atau belikan hadiah sesuka hati
tanpa mengira hari.....
Orang tak romantik begitulah..
Apa-apa jelah ayah, asal ayah ingat nak beli hadiah untuk ibu...

Jika sebelum menjelangnya birthday ibu dah terima hadiah camera compect,
Kali ini selepas Anniversary ibu terima 'gajah putih' ni.
Ayah tahu ibu suka minum jus epal pagi-pagi.
Ayah pun sedia maklum anak-anak suka minum jus karot dan tomato.

Rutin setiap awal pagi ibu blender epal hijau untuk sarapan ibu.
Mungkin sebab tu ayah beli mesin pengisar yang besar dan senyap
ini agar pagi-pagi ibu tidak menganggu tidur jiran-jiran
dengan bunyi blender panasonic yang biasa itu.....
Dan semoga perisa jus ibu tidak bercampur aduk
dengan rasa pedas cili....hi.hi.hi.......

Selain dari tu ayah siap bagi suprise
dengan memasang beberapa aksesori kat kereta ibu..
Konon2nya nak menambahkan kecantikkan dan keayuan
kereta baru ibu....
Sebenarnya ibu bukan reti sangat bab-bab aksesori kereta tu......
Apapun, Thanks Ayah...

About me