Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

12 November 2011

Tiba-tiba Teringin..

Semalam sementara menanti azan Asar 
tiba-tiba datang keinginan nak makan maggie goreng.
Punyalah bersemangat ibu memasaknya.
Selesai solat Asar baru ibu makan.
Sesekali masak maggie sedap juga tetapi
sekarang ibu cepat muak bila makan maggie.
Memang tak pernah habis walaupun masak sebungkus je.........

Masa kat kolej dulu, inilah makanan rutin
terutama hujung bulan.......
Masa tu rasa teramat sedap walaupun sekadar
direndam dalam air panas dan makan berkongsi dengan rakan2....
Indah sungguh saat itu walaupun terkadang pahit....

jemput makan....

Hadiah "Sempena Entah Apa-apa"...

Dalam n3 di sini ibu ada cakap tentang ayah yang suka bagi
Semalam Ayah baru balik dari Outstation.
Sebenarnya dah 3-4 hari ayah tak ada.
Balik dari seminar ayah bawakan
" Hadiah Sempena Entah Apa-apa" ni.
Nak kata bagi hadiah Anniversary dah 4 hari berlalu.
Ibu pun dah faham sangat dengan perangai ayah.
Dia akan beri atau belikan hadiah sesuka hati
tanpa mengira hari.....
Orang tak romantik begitulah..
Apa-apa jelah ayah, asal ayah ingat nak beli hadiah untuk ibu...

Jika sebelum menjelangnya birthday ibu dah terima hadiah camera compect,
Kali ini selepas Anniversary ibu terima 'gajah putih' ni.
Ayah tahu ibu suka minum jus epal pagi-pagi.
Ayah pun sedia maklum anak-anak suka minum jus karot dan tomato.

Rutin setiap awal pagi ibu blender epal hijau untuk sarapan ibu.
Mungkin sebab tu ayah beli mesin pengisar yang besar dan senyap
ini agar pagi-pagi ibu tidak menganggu tidur jiran-jiran
dengan bunyi blender panasonic yang biasa itu.....
Dan semoga perisa jus ibu tidak bercampur aduk
dengan rasa pedas cili....hi.hi.hi.......

Selain dari tu ayah siap bagi suprise
dengan memasang beberapa aksesori kat kereta ibu..
Konon2nya nak menambahkan kecantikkan dan keayuan
kereta baru ibu....
Sebenarnya ibu bukan reti sangat bab-bab aksesori kereta tu......
Apapun, Thanks Ayah...

11 November 2011

Jamuan PRA dan Tahun 6

Semalam lepas berpanas di padang kami dijemput untuk 
Majlis Hari Lahir anak-anak PRA-Sekolah.
Rezeki jangan ditolak...

Anak-anak yang comel sedang memotong kek.....

Nasi dan lauk pauk yang pelbagai menu...
Macam-macam lagi makanan disediakan.
ibu dah tak ada masa nak snap semua tu.
Seharian di padang buat ibu rasa sangat-sangat laparr........

Hari ini pula ada raptai perbarisan.
Selepas raptai ada pula Majlis Tautan Kasih dan
Jamuan Akhir Tahun  6.

Penganjur JamuanTahun 6......

macam-macam ada....
menu utama nasi ayam.....

 Bila nampak niiiiiie.....ibu dah tak pandang makanan lain.
Siap berlawan sapa dapat kumpul lidi satey yang paling banyak....

About me