Habis seminar ibu sambung semula kerja-kerja yang tertunda di bilik guru.
Seawal pukul 6.50 pagi ibu dah mengadap PC untuk masukkan
data SAPS dan download bahan seminar....
.
Kemudian berlari turun macam athlet ke padang pula....
Kalau ada sayap, ibu terbang je dari tingkat atas ke padang tu....
Esok hari terakhir latihan olahraga/balapan.
Berpanas ditengah padang tidak jadi masalah buat kami.....
Cuma kulit dah mula nampak kegelapannya.....
pasukan Samudera sibuk berlatih lompat tinggi...
Ada yang lompat ala-ala superman,
ada yang lompat macam anak katak,
ada yang lompat kepit,
ada yang macam lompat tali,
ada yang macam lompat parit
macam-macam ada....
Yang penting lompat ye anak-anak..
Bukan menari....
Cikgu pula bukan main gelak-gelak guling...
Suka suki je gelak-gelak...
Cuba kalau budak suruh cikgu ni lompat....
Confirm terus terbang....ha.ha.ha....
pasukan Saujana pula buat latihan 100m..
Fuyooo, memang macam athlet la.
Rasa-rasanya ni pelapis untuk sukan SEA yang akan datang.....
kanak-kanak milo yang tak kuat berlari
diberi kelebihan dalam melontar peluru dan lembing.
Baling baik-baik ye anak-anak, kalau terbaling lembu
confirm boleh mati wooooo.
Jangan tak tahu, budak-budak ni kalau bab-bab
baling membaling memang juara la.....
kanak-kanak milo yang tak kuat berlari
diberi kelebihan dalam melontar peluru dan lembing.
Baling baik-baik ye anak-anak, kalau terbaling lembu
confirm boleh mati wooooo.
Jangan tak tahu, budak-budak ni kalau bab-bab
baling membaling memang juara la.....
ini pula acara kuis-kuis rumput....
Mana la tahu kot-kot terjumpa seketul emas..
Tak pun jumpa ketulan batu-batu kecil......
Dalam kesibukan orang bersukan,
di suatu sudut ada 3 orang kanak-kanak ribena sedang berkelah.
Sedap je lepak-lepak + guling-guling + gosip-gosip..
Ni agaknya calon YB kot......
dan selain jadi jurulatih pelbagai acara sukan yang ada kat dunia ni,
cikgu juga boleh jadi tukang kebun....
Tengok tu, dalam kesibukkan cikgu-cikgi dok jerit-jerit + gelak-gelak,
Guru Penolong Kanan 1 kami Tn Haji Mohamad sedang mencabut pokok-pokok
semalu yang tumbuh subur di tengah padang...
So sweetttttt.............