Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

8 November 2011

Thanks My Dear....

Sempena Ulang Tahun Perkahwinan ibu,
ibu dapat gift dari insan tersayang.....
Bukan dari Ayah tetapi dari anak-anak ibu.
Kalau nak tahu Ayah tu bukan jenis yang romantik..
Kalau nak bagi ibu hadiah suka suki je bila-bila masa.
Terkadang ibu jadi confius juga memikirkan hadiah sempena apa????
Menci!!!!!.
Sebab tu ibu gelarkan hadiah Ayah adalah"entah sempena apa-apa".
Dan ibu telah faham dan dapat menerima situasi ini....

Minyak wangi...
Anak-anak tahu ibu suka kumpul minyak wangi.
I likeeeeeee!!!!!!
Terima kasih wahai anak-anak ibu.
Sebenarnya duit tu elaun dari ayah jugakan...he.he.he..
Apapun ibu suka sangat-sangat.....

Juga coklat Ferrero Rocher....
Belum makan lagi sebab ramai pula yang berminat...
hi.hi.hi........

 Dan yang paling ibu suka ................

kad ucapan yang simple tetapi amat "sweet" bagi ibu.
Ibu suka liminate dan simpan setiap kad ucapan yang
ibu terima dari anak-anak sejak mereka mula
pandai membuat kad ucapan........

Terima kasih anak-anak ibu di atas
tanda ingatan yang tidak pernah putus-putus buat ibu..

Terima kasih ayah kerana tidak putus-putus berdoa untuk keluarga kita.
Kerana menjaga ibu dengan sebaik mungkin,
suka makan apa saja yang ibu masak,
tidak pernah komen tentang kekurangan ibu,
dan juga hadiah "yang entah sempena apa-apa" untuk ibu.

Juga terima kasih yang tidak terhingga di atas ucapan dan doa-doa
dari rakan-rakan blog, rakan2 FB dan semua rakan2
yang lain....
Hanya Allah yang mampu membalas segala 
keikhlasan kalian semua.
BAHAGIA BILA DIHARGAI.........

p/s :
Esok berseminar lagi......
Gula-gula belum beli lagi ni untuk buat stok esok!!!!

Sama Tapi Tak Serupa

Dua orang kanak-kanak ribena
Farah Naurah (11 tahun) dan Fatin Alya Irdina (10tahun).
Sangat arkab dan serasi bersama.
Kak Naurah dan Kak Ya.

Bila balik kampung, orang pertama yang
Naurah akan cari Alya (sepupu).
Mereka berdua sangat rapat sejak kecil.
Mungkin juga kerana semasa kecil ibu pernah
membela Alya.
Semasa tu, papa Alya baru di Tahun 3 dalam
bidang perubatan dan mamanya belajar di universiti
yang sama iaitu di UM.
Mereka kawin diusia yang sangat muda dan
mamanya baru berumur belasan tahun..

Ibu terpaksa menjaga Alya walaupun pada masa yang
sama Naurah baru berumur setahun lebih.
Jarak umur mereka cuma setahun.
Disebabkan Naurah masih kecil, Ayahlah yang
terpaksa mengambil alih menjaga Alya.
Alya amat rapat dengan Ayah dan bila tidur, 
dia akan tidur di dada ayah.
Bila Naurah dekati Ayah, Alya akan menjerit dan menangis.
Kesian pula ibu tengokkan baby kecil tu.

Mungkin disebabkan airtangan ibu yang
memandikan dan menyediakan serta menyuapkan makanan
semasa Alya masih bayi, dia begitu rapat dengan ibu.
Bila ibu balik ke kampung, Alya sanggup berada disisi ibu
dan family sehingga habis cuti kami di kampung......
Dan Alya pandai mengambil hati ibu:
Alya: Sedap la ibu masak.
Alya: Ibu nanti ibu nak pergi jalan ke mana petang ni???.
Mungkin kerana kesibukkan papanya yang seorang doktor dan
mamanya seorang pensyarah,
kasih Alya akan tumpah pada kami semasa bercuti....

Dan yang paling ibu tak tahan bila lihatkan pakaian
yang dipakai Naurah dan Alya setiap hari sentiasa "sama".
Rupanya mereka dah siapkan "check list" dan jadual
baju apa yang akan dipakai setiap hari.

Semoga keakraban mereka kekal sampai bila-bila.....
Ibu sayang kamu!!!!!!!.

p/s:
Hari ni ibu dah mula sekolah.
Jeles tengok 3 Farah yang masih bercuti.
Dok rumah jangan lupa masak ok!!!!!!!

7 November 2011

19 Tahun Berlalu.

Pejam celik..pejam celik ..rupanya sudah 19 tahun kami hidup bersama.
Perkahwinan ibu diawal usia 20an dan jarak umur kami yang agak jauh berbeza
menjadikan Ayah seolah-olah abang kepada ibu.
Mengajar ibu memasak, 
banyak membantu ibu menguruskan anak-anak sewaktu kecil..
Melayan ibu seperti seorang adik,.
Tidak mengambil "pot" perangai "keanak-anakkan" ibu di awal usia perkahwinan.
Mengajar ibu menjadi seorang yang matang....

Sepanjang 19 tahun hidup bersama:
Banyak kisah suka ,duka, pahit, manis, masam, tawar, susah, senang......
Semua itu telah kami lalui bersama....

Ya Allah,
Aku bersyukur dengan kurniaanMu..
Menghadiahkan Kami 5 orang permata hati
yang begitu sempurna dimata kami,
Memberi kami limpahan rezeki yang tidak pernah putus...

Ya Allah,
Lindungilah kami dari segala malapetaka,
Rahmatilah hidup kami sekeluarga,
Berikanlah kebahagiaan hingga ke hujung nyawa,
Jadikan kami antara orang-orang yang beriman,
Semoga kami tidak lalai dari melaksanakan suruhanMu.......


Doakan 
Kebahagiaan dan kesejahteraan Kami.....

About me