Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

5 November 2011

Raya Haji Yang Sedih!!!!

Selamat Hri Raya Aidil-Adha ibu ucapkan kepada semua.


Bila tengok tajuk n3 mesti kawan-kawan tertanya kenapa ibu sedihkan.
Macam mana tak sedih kerana dah beberapa tahun
ibu terpaksa menyambut Hari Raya Aidil-Adha di sini.
Dan yang paling ibu sedih kerana tiada sambutan
diadakan di sini berbanding ditempat kelahiran ibu
Kelantan.

Kalau di sana hari Raya Haji sama meriah dengan Hari Raya Puasa.
Buat kuih, tempah baju raya, prepare rumah untuk raya.
Ada open house sampai raya ke 3......
Boleh dikatakan setiap rumah adakah majlis korban.

Rasanya ibu tak ada masak yang special
untuk hari raya.
Tengoklah kalau rajin, ibu cuma nak masak nasik minyak je dan
tunggu lodeh dan ketupat dari MIL......

SELAMAT HARI RAYA AIDI ADHA.....


P/S:
Mood sedih masa taip n3...hu.hu.hu..


4 November 2011

Dapat Souvenir Lagi

Souvenir ni dah lama juga ibu dapat.
Cuma malas nak snap pic.
Sebab tu n3 jadi tertangguh...
Tapi setiap pemberian amat-amat ibu hargai...

 Brooch dan keychain Sabah dari anak  murid ibu, 
Aqilah yang bercuti di sana semasa cuti Deepavali...

 Pensel pemberian dari adik ibu di Egypt.
Banyak dia bagi dan ibu dah agih-agihkan pada 4 Farah dan Farouk.
Ibu dapat 2 batang.........

ni dari rakan yang bercuti di Bangkok...

Terima kasih semua di atas ingatan.....
Ada sapa-sapa lagi nak bagi ibu souvenir tak???
He.he.he.......

3 November 2011

Selepas PMR.

Lama ibu tak bercerita tentang Puteri ke 3 Farah Najdah a.k.a Beby ni.
Lepas habis PMR dah kuranglah bebelan si ibu nie.
Maklumlah Beby ni agak terlebih vitamin "M" berbanding 3 Farah yang lain.

Banyak juga program yang sekolah Beby anjurkan selepas PMR.
Rasanya setiap hari ada aje program yang berfaedah untuk mengisi
masa terluang bekas calon PMR ni......

Tetapi terkadang Beby ada juga "ponteng sekolah" 
dan bila di rumah ibu suruh jadi "maid".
Sesekali tolong ibu..kan..kan..kan.....

Ini kalau tak silap ibu program 2 hari lepas.
Pertandingan membuat Banner Anti Dadah.
Kumpulan Beby merangkul Johan Keseluruhan.
Dapat hamper besar.
Minggu lepas kumpulan Beby dapat Naib Johan dalam pertandingan
membuat lanskap.
Cuma dalam pertandingan reka-cipta kumpulan Beby tewas.
Beby ni kreatif juga orangnya dan agak "GILA KUASA"...he.he.he.
Bila jadi ketua memang abislah kawan-kawan kena
ikut arahan/perintah dan kena buat yang terbaik.......
Dasyatkan!!!!!!
Tetapi berbaloi-baloi kerana banyak pertandingan mereka menang.
Dan Beby ni tidak lokek dan sangat pemurah dengan kawan-kawan.
Setiap hadiah dan hamper yang dia dapat,
dia dahulukan kawan-kawan.
Sebab tu kawan-kawan suka join dia......

Ini minggu lepas semasa lawatan sambil belajar dan mencanting
batik di Melaka.
Ibu pun tak tahu Beby kena ke sana kerana hari sebelumnya
Beby "ponteng" sekolah.
Bila balik rumah Beby kata dia baru balik Melaka dan
"daddy angkat" ,Sir Lee yang tanda tangan
surat kebenaran, bayarkan tambang dan bagi duit poket RM50.
Alahai, segan sangat ibu rada sebab "daddy angkat"
3 Farah ni baik sangat.
Banyak sangat souvineer dan macam-macam dia belikan untuk 3 Farah.
Sir Lee ni best friend ayah dan berbangsa Cina dan cikgu Bahasa Inggeris
di sekolah 3 Farah...........

About me