
Sesi jalan-jalan dan percutian singkat di Melaka
weekend hari tu berakhir di Muzium Samudera (2)
setelah menjelajah ke
dan
Lega rasanya hati ibu kerana tidak perlu lagi menapak.
Penat sangat dan habis lenguh rasanya kaki dan lutut ibu
demi memenuhi keinginan 2 orang kanak-kanak ribena.
Habis longgar sendi lutut dan buku lali ibu......
Dan yang sedih terpaksa melupakan hasrat untuk bersama
Ayah dan 3 Farah bershopping di
Mahkota Parade dan Dataran Pahlawan..hu.hu.hu......
Muka Kakak Naurah dan Farouk yang dah kepenatan tetapi masih bersemangat...
Kepenatan 2 orang kanak2 ribena hilang dan kembali ceria.....
Bakal penganti Dr Sheikh Muzaffar...
Ada bakat tak??????.....
Alahai tak tahu penat ke Kakak????
Ibu dah rasa macam nak je merangkak je...
Layan jelah Kakak Naurah posing...
Di sini kami berpeluang melihat dan memegang Metor.
Metor tu kalau dalam Bahasa Melayu dipanggil Tahi Bintang.
Memang berat dan lebih kurang macam besi....
Farouk siap tanya:
Kenapa tahi bintang ni tak busuk????
Staf di situ siap gelak-gelak dengan pertanyaan Farouk....
Terlupa pula ibu nak snap gambar metor tu.
Dan posing lagi....
Sebelah kiri kalau tak silap ibu replika hang Tuah dan
sebelah kanan tu pedagang Arab....
menikmati keindahan laut.
Rindu laut dan semasa OTW nak balik Ayah sempat singgah ke Pantai Kelebang,Melaka.
Masa tu dah malam dan ibu pun dah tak ada mood nak tangkap gambar.
Ayah tengok ibu pelik kerana
Ayah dah tahu ibu ni pantang lalu mana-mana, mesti snap sana snap sini..
Penat + mengantuk sangat masa tu.
Laluan terakhir...
LEGA!!!!!!!
Sampai rumah dah lewat malam......
p/s:
Esok ayah akan terbang lagi...
Hu.hu.hu...kena tinggal lagi dan lagi dan lagi..
Jangan lupa beli FM n souvineer ye Ayah.......