Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

20 Oktober 2011

Hari Makan Sedunia.

Hari makan sedunia.
Maaf ye kalau n3 kali ini ibu dok tayang makanan.
Bukan tujuan nak suruh kawan-kawan terliur.
Kalau terliur harap bersabar....he...

Inilah akibatnya orang yang selalu ditinggalkan.
Hilangkan sedih dengan mencari makanan...
Kesiankan!!!!!

Balik sekolah singgah kedai kek.
 Destinasi pertama  ibu + 4 Farah dan Farouk.
Kak Nana a.k.a Beby teringin nak makan pai buah yang ibu beli hari tu....
1 biji dah dingap.....

 Pilihan ibu., Angah, Naurah dan Beby.
Kek yang sedap dan bagus untuk menambahkan lemak-lemak dibadan.

 Untuk Along....

Naurah dan Farouk dah tak sabar.
Sedap hingga menjilat jari......

Malam kami keluar berfoya-foya  lagi.
Beby mengidam lagi.
Katanya dah lama tak makan burger.
Ibu pula mengidam nak makan 'oblong'....

 pic dr en google.. tak sempat nak snap cz dah licin.....

Konon nak order 6 biji oblong tetapi dah tinggal 3 aje.
Nak tak nak, ibu order jugalah....
Nanti kempunan pula...


pic dr en google

Terpaksa la tambah 3 biji burger ayam.
Awal-awal ibu warning tunggu balik makan kat rumah
sebab anak ramai kalau makan kena adil.
Seorang makan separuh 'oblong' dan separuh burger ayam.
Adilkan......
Habis makan masing-masing kekenyangan dan
zzzzzzzzzzzzzzzz.....
Bila ayah tak ada, ibu akan lepak-lepak dan tidur
bersama anak-anak diruang menonton....
Begitulah rutin kami....
Best juga...he.he.he.....

19 Oktober 2011

Jejaki Sejarah @Muzium Samudera (2)

Sesi jalan-jalan dan percutian singkat di Melaka 
weekend hari tu berakhir di Muzium Samudera (2)
setelah menjelajah ke
dan

Lega rasanya hati ibu kerana tidak perlu lagi menapak.
Penat sangat dan habis lenguh rasanya kaki dan lutut ibu
demi memenuhi keinginan 2 orang kanak-kanak ribena.
Habis longgar sendi lutut dan buku lali ibu......
Dan yang sedih terpaksa melupakan hasrat untuk bersama 
Ayah dan 3 Farah bershopping di 
Mahkota Parade dan Dataran Pahlawan..hu.hu.hu......

Muka Kakak Naurah dan Farouk yang dah kepenatan tetapi masih bersemangat...

Kepenatan 2 orang kanak2 ribena hilang dan kembali ceria.....
Bakal penganti Dr Sheikh Muzaffar...
Ada bakat tak??????.....


Alahai tak tahu penat ke Kakak????
Ibu dah rasa macam nak je merangkak je...


Layan jelah Kakak Naurah posing...
Di sini kami berpeluang melihat dan memegang Metor.
Metor tu kalau dalam Bahasa Melayu dipanggil Tahi Bintang.
Memang berat dan lebih kurang macam besi....
Farouk siap tanya:
Kenapa tahi bintang ni tak busuk????
Staf di situ siap gelak-gelak dengan pertanyaan Farouk....
Terlupa pula ibu nak snap gambar metor tu.

Dan posing lagi....
Sebelah kiri kalau tak silap ibu replika hang Tuah dan
sebelah kanan tu pedagang Arab....

menikmati keindahan laut.
Rindu laut dan semasa OTW nak balik Ayah sempat  singgah ke Pantai Kelebang,Melaka.
Masa tu dah malam dan ibu pun dah tak ada mood nak tangkap gambar.
Ayah tengok ibu pelik kerana 
Ayah dah tahu ibu ni pantang lalu mana-mana, mesti snap sana snap sini..
Penat + mengantuk sangat masa tu.

Laluan terakhir...
LEGA!!!!!!!
Sampai rumah dah lewat malam......

p/s:
Esok ayah akan terbang lagi...
Hu.hu.hu...kena tinggal lagi dan lagi dan lagi..
Jangan lupa beli FM n souvineer ye Ayah.......

Nasi Rainbow + Gulai Ayam.

Pagi ini tiba-tiba datang kerajinan nak masak nasi minyak.
Seawal pukul 5 pagi ibu dah mula operasi di dapur.
Rutin harian ibu masak untuk lunch dan sarapan pagi keluarga.

 Suka suki letak nama nasi pelangi.
Ada ke pelangi warna hijau?????
Apa-apa ajelah.
Kat dapur cuma ada 2 pewarna saja iaitu hijau dan merah.
Kalau dah jadi ibu kena la kreatif walaupun terkadang tak kreatif mana pun.
Bila anak-anak bangun tidur masing-masing
terhidu bau semerbak kat dapur...
Anak: "Ibu masak apa pagi ni????"
Ibu :"Nasi rainbow.........
Anak : Tak sabar nak balik makan tengahari nanti...Mesti sedap.

Lawannya cuma kari ayam.
Maaflah anak-anak, ibu tak berkesempatan nak sediakan acar dan menu lain.
Tetapi Alhamdulillah sewaktu makan tengahari 
(sebenarnya dah pukul 2.30 petang)
mereka makan dengan berselera.
Ibulah membuatkan ibu terus semangat nak masak 
untuk mereka walaupun ibu ni bukan yang teror masak...
Bagi anak2 dan ayah, masakan ibu yang paling best...
Jangan jeles........hi

About me