Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

14 Oktober 2011

Mini Celebrate...

Birthday Farouk, cuma sambut bersama family.

 Kek Birthday Farouk...wajib ada kereta.
Muka budak baru lepas mandi sekembalinya dari
Sekolah Agama....

 Hadiah dari kakak-kakaknya....

 Sambut birthday di KFC sekembali dari sekolah
tengahari tadi....
Mulanya nak ke MBrown tetapi baru minggu lepas
lunch kat sana jadinya ibu melencong ke KFC....

Farouk tak suka ayam KFC.
Ibu pun tak tahu kenapa, 
setiap kali makan ayam goreng KFC Farouk akan muntah.
So ibu order set toasted twister + cheezywedges untuk Farouk.
Harap-harap balik rumah nanti dia tak muntah.....

 4 Farah nak makan ayam goreng KFC berperisa TomYam 
sebab Beby kata sedap masa cikgunya belanja makan di KFC
semasa birthdaynya minggu lepas...
Baik betul cikgu Matematik Beby ni kerana sanggup bawa Beby
pergi celebrate birthday Beby di sana....
Thanks cikgu!!!!!.

Rasa resepi ayam goreng berperisa tomyam ni oklah...
Tepungnya  pun rangup dan ketulan
ayamnya besar.......

Mengidam Sushi????

Seminggu dua ni ibu dan anak-anak macam mengidam pulak.
Teringin nak makan "sushi".
Mengada betul.
Banyak-banyak makanan kat Malaysia ni, "sushi" juga jadi idaman kalbu.
Agak-agak kalau mengandung maunya muka anak jadi macam orang Jepun...
hi.hi.hi...

So sebagai seorang Perdana Menteri dalam
rumah tangga, Ayah juga mampu jadi "pakcik supir"
mengangkut sang isteri dan anak-anak pergi mencari "sushi"..
Dan akhirnya keinginan kami tercapai tetapi
bukan di Muar tetapi Melaka....
Semata-masa melepaskan keinginan membuak-buak.
Kami peminat "sushi" KECUALI Ayah.....

 Seorang ambil 10-12 gulung/ketul "sushi" yang berlainan perasa....
12X6= 72 gulung/ketul
Licin hingga menjilat jari....!!!!
Dasyatkan!!!!!!

13 Oktober 2011

Jejaki Sejarah @ Tugu A-Farmosa

Selepas ke Muzium Pengangkutan dan Muzium Islam
Naurah bagi cadangan untuk ke
 Tugu A-Farmosa.
Mak aiiii.......sayup mata memandang.
Larat ke nak memanjat dan mendaki ke puncak sana???
Seingat ibu baru 3 kali ibu sampai ke puncak sana.

Naurah: "Ibu, kakak teringin nak naik kat atas...
Kakak tengok ramai orang ke atas tu..
Along, Angah dan Kak Nana selalu naik tapi
kakak dan farouk selalu kena tunggu kat bawah dengan ibu/ayah.
Ibu: Larat ke kakak nak naik, tinggi tu.
Naurah: tak pelah, kita cuba..kalau penat kita turun semula.
Ibu: oklah..

Tak sampai hati nak hampakan permintaan si puteri ke 4 ni.
Naurah ni jenis suka mengkaji dan dia punya ingatan yang sangat kuat.
Kalau bawa ke mana-mana memang berbaloi sebab dia cepat belajar.

Cikgu-cikgunya jadikan dia pakar rujuk dalam
subjek Kajian Tempatan.
Mungkin juga pengalaman dia yang telah menjelajah
ke seluruh pelusuk Tanah Air dan dia
dapat menyimpan setiap memori  yang dia lalui....
Itulah kelebihan yang Allah berikan pada Naurah.
Lagipun Ayah dan Tok Ayah adalah pakar sejarah......

 Dah hampir sampai ke puncak yang tinggi....

 Tugu A-Farmosa yang sering jadi iguan Naurah untuk ke sana.
Memang dah banyak kali kami ke sini tetapi memang jarang ibu naik ke atas.
Tak sanggup ibu nak mendaki ratusan anak-anak tangga.
Tetapi sekarang telah dibina tangga ke 2 yang lebih
kurang anak tangganya bermula dari Muzium Islam.......

 Ibu siap belikan bekalan air mineral dan air tin untuk mereka berdua...

 Muka Farouk yang dah kepenatan.
Separuh jalan dia dah nak mengalah tetapi ibu beri dia semangat untuk terus mendaki...
Kakak Naurah pula begitu teruja kerana kali pertama
dapat sampai ke puncak idaman.....

 Kakak Naurah yang teruja....

  Kakak Naurah menjelajah setiap ruang...
Farouk selamber je dok melayan air......

 Pemandangan indah Bandar Melaka jelas terpampang depan mata....

Kanak-kanak ribena yang dah penat......he.he.he....
Rasakan kakak!!!!!!!

p/s:
Sampai hari ni lutut dan kaki ibu lenguh-lenguh..
Nak mendaki ke tingkat 3 pun rasa bisa sangat-sangat......

About me