8 Tahun sudah umur si bujang ibu.
Cepat sungguh masa berlalu.
Rasanya baru semalam peristiwa itu terjadi.
Terlalu banyak ujian dan dugaan yang ibu serta ayah lalui
dalam membesarkan farouk.
Tragedi yang kami lalui:
-Sedari kecil Farouk pengidap Asthma yang agak kronik.
Setiap minggu perlu berjumpa doktor untuk dapatkan nebulizer.
-Alami paru-paru berair diusia 8 bulan..
-Pernah muntah darah membuak-buak kerana tertelan
serpihan kulit telur,
-tercabut gigi hadapan diusia 2 tahun akibat jatuh motosikal
semasa bersama ayah dan alami pendarahan yang teruk.
-Alami pendarahan semasa di Petro Sains akibat dilanggar tanpa sengaja
oleh seorang kanak-kanak.
Nasib baik staff disana bertindak cepat dengan membawa Farouk
ke klinik peribadi Tun Mahadhir Mohamad.
-Dan peristiwa yang tidak dapat ibu lupakan
bila farouk jadi mangsa langgar lari..
Dan banyak lagi ujian dan dugaan yang kami
lalui dalam tempoh membesarkan farouk.....
Ibu sentiasa mendoakan agar Farouk sentiasa
dilindungi Allah SWT.
ibu dan keluarga juga berdoa
agar Farouk menjadi anak yang baik, pintar, bijak, berakhlak
dan cemerlang dunia dan akhirat....
Amin....
diusia 3 tahun....
gambar terkini yang ibu ambil pada 5.10.2011
p/s:
Sebenarnya setiap kali kedatangan hari lahir Farouk
ibu rasa amat terkilan kerana berlaku kesilapan dari
pejabat pendaftaran berkaitan tarikh lahir dan waktu kelahiran
yang amat berbeza dengan yang sebenarnya.
Tarikh lahir sebenar :12.10.2003- 7.15 malam
Disijil kelahiran tercatat : 13.10.2003- 8.30 malam.
Bila ibu suarakan pada Ayah,
Ayah cadangkan agar ibu ikut sijil kelahiran kerana itu
sudah termaktub.
Tapi ibu akan meraikan kedua-dua hari tersebut.
Tapi ibu akan meraikan kedua-dua hari tersebut.
Dan yang pasti ibu rasa amat-amat terkilan....
12.10.2011 - disaat ibu melahirkan Farouk merupakan tarikh
bersejarah bila Hospital Besar Muar diwartakan sebagai
Hospital Pakar Sultanan Fatimah dan di rasmikan oleh
Sultanah sendiri......