Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

4 Oktober 2011

Ripley"s Believe It Or Not di Genting Highland

Kami kat mana ni agaknya kawan-kawan?????
Sapa boleh jawab sila angkat tangan......

Saja ibu nak tepek gambar percutian kami ni.
Blog ibukan meriah dengan gambar-gambar family terutama anak-anak.

Layan jelah.
 Eeeeeeeeeeeeeeeeee.....besarnyaaaa!!!!!
"Kami bertiga belum mampu melawan segemuk nie..."

 Manusia lidah bercabang....
ngeri je tengok....

 Macam mana la orang ni nak lakukan aktiviti ye......

 Believe me or not??????

 Farouk dah rupa macam budak perempuan pula........

 Along dan Angah...

Muka Along pun dah semacam jerrr...

Meh, sudah2 la tu...buat ibu ngeri je tengok benda yang pelik-pelik nie....
Jom..jom..

p/s:
Hepi Besday Beby n gud luck...Petang ni ada suprise untuk Beby dari kami.


3 Oktober 2011

Good Luck and Happy Birthday

1st -Ibu nak ucapkan selamat menempuhi Peperiksaan UPKK
Ujian Penilaian Kelas KAFA. 
(Sekolah Agama.)
untuk Puteri ke 4 ibu FARAH NAURAH a.k.a kakak.
Ibu doakan agar kakak juga mampu meraih 8A seperti
Along, Angah dan Kak Nana...

Dalam subjek:
1.Tilawah Al-Quran/Tajwid/Penghayatan 
2. Amali Solat
3. Pelajaran Jawi
4. Al-Ulum Syariah 2 (Sirah Nabawi dan Akhlak Islam)
5. Bahasa Arab Penilaian
6. Hafazan Al-Quran
7. Penghayatan Cara Hidup Islam
8. Al-Ulum Syariah 1 (Fiqah dan Tauhid)

InsyaAllah.....

 FArah Naurah a.k.a Kakak.

2nd-Juga Good Luck khas untuk Puteri ke 3 ibu
FARAH NAJDAH a.k.a. Beby a.k.a kak Nana
yang akan menghadapi PMR pada hari esok dan
Selamat Menyambut Ulang Tahun ke 15 juga jatuh pada
tarikh yang sama.
Ibu dan keluarga doakan agar Beby mampu meraih kecemerlangan
seperti yang telah dicapai oleh Along dan Angah.

Dalam subjek:
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Bahasa Arab
Matematik
Sains
Agama Islam
Perdagangan
Geografi
Sejarah

InsyaAllah...amin!!!

Farah Najdah a.k.a Beby a.k.a Kak Nana.

2 Oktober 2011

Patriotiknya Mereka.

Weekend ni ibu diberi tugasan oleh Naurah dan Farouk.
1 minggu meninggalkan sekolah, banyak program yang ibu ketinggalan.
Menurut Naurah hari Rabu ni akan diadakan 
Pelancaran Bulan Bahasa.
Disamping itu diselitkan juga dengan Program Patriotik.
Bukan Bulan Ogos saja kena patriotik tapi sepanjang masa...
Kebetulan Sekolah ibu menerima geran RM1000 dari JPNJ
untuk anjurkan program berkaitan..

So hari weekend ibu habiskan dengan menjahit baju
dua orang kanak-kanak ribena ni.
Naurah masuk acara deklimasi sajak , melukis poster dan pakaian beragam
dan Farouk juga menyertai pakaian beragam dan mewarna poster.
Sambil-sambil jahit baju anak-anak ibu pun ambil kesempatan
jahit 2 pasang baju untuk ibu juga......he.he.he...

Sehelai baju bendera untuk Naurah dan untuk Farouk.

 Untuk aksesori, ibu lilit bendera kecil disekeliling songkok Farouk 
dan riben untuk Naurah pin pada tudung nanti.

 Melaram dulu dengan baju bendera sebelum Program bermula Rabu ini.

Naurah pernah mendapat Johan pakaian beragam masa Tahun 2 dan 
ke 3 semasa pertandingan Pakaian Beragam di Denai Alam, Muar tahun lepas.
Farouk juga pernah menduduki tempat ke 4 pertandingan pakaian beragam
sempena Hari Kemerdekaan "Anak Ku Merdeka" anjuran sebuah blog 
beberapa tahun lepas.

About me