Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

17 September 2011

Marhaban..Makan, Marhaban...makan

Hari ini sekolah ibu anjurkan Program Marhaban
Kami dipecahkan dalam beberapa kumpulan.
Setiap kumpulan adalah dalam 20+ murid diiringi guru dan staf.
Kumpulan ibu kena hadiri 11 buah rumah.
Bayangkan 11 buah rumah untuk hari ini saja.
Maka dengan itu dimaklumkan bermulalah sesi mengumpul lemak-lemak dibadan.
Aduh, sadisnya.

Baju ibu dan Naurah maching dan 
Farouk jadi anak katak oren kat tengah tu..
Bulat pulak muka ibu dan Naurah pakai shawl....
hi.hi.hi...
 sesi posing dulu sebelum berangkat.
Program bermula pukul 8.00 pagi.

tibai songkok ayah....

 Sesi terjah menerjah bermula.
Masuk rumah ke 3 budak-budak dah tak larat nak makan.
Bergelen2 air bergas diteguk budak-budak ini.
Ibu simpan perut untuk pergi jemputan pada tengahari nanti.
Cikgu cuba mengelat...he.he.he.....

 cikgu-cikgu tukang serve makanan....

 pengikut setia ibu a.k.a bodyguard.

rumah ke 6 (rumah rakan guru Teacher Noraini) , makan roti canai.

makan dan makan dan makan....
Ibu cuma jadi tukang bubuh makanan untuk anak-anak murid.....
Macam-macam makanan disediakan disetiap
rumah yang kami singgah.
Semua sedap-sedap tetapi bayangkan
11 buah rumah.
Sesiapa pun tak larat untuk makan.....

Selesai marhaban ibu dan rakan-rakan guru berkumpul
di rumah seorang rakan untuk menghadiri majlis perkahwinan.
Kat situ baru ibu makan ......

p/s:
Kami nak pergi bercuti ni........yepi!!!!
Doakan perjalanan kami selamat.

16 September 2011

DSLR......Jadi Gajah Hitam.

Berkaitan dengan n3 "Menyampah" ramai yang cadangkan agar ibu beli DSLR.
Terima kasih di atas komen kawan-kawan yang bagi cadangan.
Sebenarnya ibu dah ada DSLR.
Dah 2 tahun sudah!!!!
Cuma ibu tak suka dengan benda alah ni kerana
susah untuk ibu bawa ke mana-mana.
Tak kuasa ibu nak angkut.
Mana nak kepit handbag lagi, nak kepit DSLR lagi..
Tak pasal-pasal orang kata ibu wartawan lak.
Alasan orang yang tak nak bersusah-susah...he.he.he...

Sebab tu dalam hangbag ibu perkara yang wajib ada ialah kamera compact.
Bukan 1 tetapi dua.
Kalau boleh nak lagi.....ngeee!!!
Kalau setakat tertinggal hp memang tidak jadi masalah besar
pada ibu tetapi kalau tak ada kamera dalam hangbag
ibu rasa macam ada sesuatu yang tak kena....he...
1 hari jiwa ibu gundah gulana dan tak tenteram.
Dasyatkan!!!

Ibu kan suka snap gambar walaupun hasilnya entah apa-apa.
Dan tugas ibu sebagai GPM memang amat-amat
perlu ada kamera setiap waktu.

Kalau dslr ni leceh sikit.
Saiznya yang gedabak tu satu hal.
Dan ibu pula jenis pemalu (malu la sangat..ngeh.ngeh).
Terkadang kalau nak snap gambar pun ibu curi-curi gitu.
Kalau dah angkut dslr jawabnya 'menyuluh lagi terserlah"
Segan den...he.he.he...
So biarlah DSLR tu jadi gajah hitam je kat rumah tu.
Cuma Ayah la selalu angkut bila pergi seminar ataupun
ke luar negara.
Itupun bukan ada pun gambar ayah
tetapi gambar orang lain...hu.hu.hu..

Dan ibu akan tinjau-tinjau kamera compact
jenama lain la pula.
Itu pun kalau ayah nak belikan...
Boleh ek ayah?????

Menyampah!!!!!

Geram betul dengan Cik Hitam ni.
Baru umur 6 bulan dah 2 kali buat hal.
Menyampah...menyampah..menyampah.
Kalau tak ingat kamera ni ayah yang belikan, 
memang dah masuk longkang.
Klik sini...

 Cik Hitam yang baru umur 6 bulan dah buat ibu sakit hati 2X.

Ibu pun tak tahu apa penyakit Cik Hitam ni.
3 bulan lepas dah buat hal dan ayah dah bawa ke kedai kerana masih dalam warranty.
1 bulan bertapa kat kedai tuannya yang hampeh tu.
Ni buat hal lagi..
Tengok pada skrin tu.
Surat warranty pun entah mana ibu letak.
Malas dah rasanya nak layan penyakit Cik Hitam nie.

Nasib baik ada Cik Silver yang baik hati dan sanggup
 berkhidmat untuk ibu dengan setia dan didikasi.
Ayah, boleh tak belikan ibu kamera yang baru??????

About me