Sejak jejak kaki ke bumi BG selepas bercuti 1 minggu di kampung,
tidak putus-putus rumah ibu dikunjungi tetamu untuk berhari raya.
Hari ini saja rumah ibu dikunjungi 4 kumpulan.
Seawal 10.00 pagi dah datang sekumpulan 20 orang.
Sapa lagi kalau bukan anak-anak didik ibu.
Nasib baik awal-awal angah dah masak mee hailam 1 periuk besar.
Tiba je depan rumah ibu, meriah semacam je budak-budak ni.
"Assalamualaikum Cikgu....."
"Cikgu, kami nak air...haus la..."
"Cikgu, kami xnak makan...kami nak air.."
Alahai kesiannya anak2 murid ibu nie.
Mereka sanggup berbasikal sejauh 5-6km semata-mata
nak datang raya rumah cikgunya ni.
Yang kelakar, habis 4 jug air oren dikerjakan kanak-kanak ribena ni.
Haus sangat la tu.
Dalam tak nak makan, habis juga semangkuk mee hailam,
siap kuah dihirup licin.
"Sedap la cikgu..."....
Tau tak apa!!!!!
Meriah + kecoh + huru-hara.
Itulah anak-anak yang semakin dekat dengan jiwa ibu.
2 tahun ibu mendidik mereka.
Biarpun terkadang kenakalan mereka mencabar kesabaran ibu,
namun mereka jugalah penghibur ibu.
Wajah-wajah suci, penuh keikhlasan, tulus dan jujur.
Dan selesai makan, pandai pula mereka bermarhaban dan berdoa untuk ibu sekeluarga.
Sejuk memandang anak-anak ini.
Dan yang tak tahan bila tanpa berselindung mereka minta duit raya.
"Ok, sila beratur..."
Cepat je masing-masing beratur.
Bersalam dan mencium tangan cikgu dengan ucapan
Selamat hari Raya dan Terima Kasih.
Selesai 1 kumpulan ini beredar,
datang pula kawan-kawan angah
lebih kurang 12 orang.
Tengahari ibu terus cabut untuk ke open house di rumah rakan guru
sambil berhari raya di rumah kawan.
OTW telefon ibu berdering lagi ,
25 orang lagi menanti di rumah.
Bergegas balik ke rumah....
Hingga ke petang melayan kunjungan tetamu.
Hingga ke petang melayan kunjungan tetamu.
Dan kesimpulannya, ibu tidak perlu membuat
rumah terbuka kerana sepanjang bulan Syawal ini
pintu rumah ibu sentiasa terbuka untuk menerima kunjungan
yang tidak putus-putus...
Walaupun penat namun hati rasa puas.....
pembantu ibu yang malu-malu kucing........