Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

19 Jun 2011

Khasiat Budu


Sapa pernah makan budu, sila angkat tangan.
Ibu rasa skrg ni kat mana2 budu dijual. 
Kat pasaraya pn adakan.
Xperlu nk p Kelantan or Terengganu nk dapatkan budu.
Budu ni feveret ibu n Abah.
Kalau blk kg mulalah 2 beranak ni lawan2 makan budu cicah ulam.

Kalau kena cara penyediaan n kena lak jenama yg sesuai mmg best la.
Mak mertua lalu pn xsedar.
Makan pula dgn pucuk ubi kayu yg dicelur lembut....
Fuh!!!!!Nikmat xterhingga......

Masa search internet ibu jumpa ttg khasiat budu nie.
Dah lama sebenarnya ibu perap n3 ni dlm draf.
Kalau nk tau dh 3 thn...he.he.he...
Tah camne boleh peram begitu lama.
Sama la proses nk buat budu nie la.....

Meh kita share khasiatnya:
· Berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, dan kanser pada peringkat lebih awal.

· Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab diarrhoea cirit (diarrhoea) , penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.

· Memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain.

· Mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diarrhoea kronik akibat kurang zat pada tubuh. Ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.

· Mempertingkatkan IQ kerana ia merangsangkan sel-sel otak, memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah.

· Bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa.

· 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B kompleks- vitamin B1 (thiamin), vitamin B2 (riboflavin) , asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin B12 (sianokobalamin)) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K).

· Penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin - yang mana vitamin B12 ini perlu untuk pembentukan sel darah merah, kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.

· Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet (jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan.Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup. Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2, 87 dan 8.05 mg bagi setiap 100 gram budu.

· Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon juga merupakan antioksidan untuk menghentikan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel..Penelitian yang dilakukan di Universiti North Carolina , Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan barah payu dara.

· Pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan.

· Sumber serat (dietary fiber) yang baik. Ia menyumbangkan kepada 30% dari jumlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Research. Ia mudah untuk dicernakan.

· Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan. Budu seumpama cecair pelbagai vitamin yang memenuhi segala keperluan untuk tubuh badan.

p/s:
Sapa2 nk anak bijak bagilah mereka makan budu ye puan2...he.he.he...
Betul jugalah kot cz kebanyakan calon2 cemerlang byk dtg dr Pantai Timur..

Block Buster ke Monster????

Last week ibu binggung lagi cz dh 4 bln berturut terima bill telefon melambung2.
Tiap kali terima bill telefon mesti mencecah RM300-RM400 permonth..
Rasa hairan jugak cz sebelum ini ibu mohon package 
Streamyx BlockBuster 
setelah menamatkan package i-Talk. .


Sepatutnya ibu dpt free local n nasional call.
Tup2 bila tgk bill, MasyaAllah mengucap panjang ibu.
Panggilan utk mama setiap panggilan memcecah RM60 ke atas.

So ibu rasa xpuas hati terus ibu call 100.
Bila dia semak, package ibu xtrmasuk seperti yg ibu langgan.
Geram tau ttp nasib baik si operater tu lemah lembut tutur bicaranya.
Sejuk hati ibu.
Katanya mayb kesilapan staff TMNet kt area ibu tu.
Masa itu memohon package tu pn line tenet tgh problem 
so mayb staff tu xboleh nk isi borg permohonan ibu secara terus.

Staff  TMNet brjanji akan tukarkan package ibu secepat mungkin.
Rasanya dh mula tukar kot cz line tenet ibu dh semakin laju + pantas.

Ibu ni kalu bab2 nk call n nk komen2 org mmg malas.
Malas nk tunggu panggilan disambung sana sini.
Leceh!!!!!

Harap2 bill telefon bln ni xdelh mencecah RM300-Rm400 lg.
BlockBuster cuma dlm area RM110-RM140 je...
Sayang buang duit gitu jerr..
Mencekek mcm Monster!!!!menchi...
Kalau ikutkan kos tu dh boleh tuang minyak blk kg di Kelate every month...
 Lagi puas cz selain dpt brsembang dpt peluk mama sepuas2nya....
Apa pun redha jelh......

Selamat Hari Abah dan Ayah.

SELAMAT HARI ABAH
Khas buat insan yg paling ibu sayang n kagumi di dunia ini,
Tn Haji Abdullah B Hj Yusuf 
a.k.a Tok Guru Hj Lah.

Abah dilahirkan di Tanah Suci Mekah 68 tahun yng lalu.
Mendapat pendidikan di UKM, Bangi.
Pernah mendapat tawaran melanjutkan pelajaran peringkat Phd. ke luar negara,
tapi demi keluarga tercinta, abah terpaksa menolak dan melupakan cita2nya itu.
Seorang Abah yg teramat baik, penyayang dan perihatin.
Seingat ibu, Abah xpernah mencubit kami apatah lagi memegang rotan.
Ibu mmg rapat dgn Abah sedari kecil.
Kami punya hobi yg sama, selera yg sama dan pandangan yg sama.
Kami mmg serasi bersama......

Abah mmg terlalu baik dan penyabar orgnya.
Anak2 diasuh penuh kasih sayang dan toleransi.
Abah mampu buktikan pada masyarat,
sebuah keluarga bahagia mampu melahirkan anak2 yg cemerlang.

Sehingga skrg, abah tetap mengambil berat tentang
ibu sekeluarga w.pn ibu sudah ada keluarga sendiri.
Dan sesungguhnya ibu terlalu menyayangi n mengkagumi Abah....
Semoga Abah sentiasa dilindungi Allah setiap detik dan waktu...


SELAMAT HARI AYAH
Khas untuk Ayah kepada anak2 ibu.

Seorang AYah yg terlalu penyabar melayan kerenah anak2.
Mungkin sikap ayah yg pendiam, ayah sekadar menjadi pemerhati 
bila anak2 bergaduh semasa kecil.
Dan ibulah yg menjadi singa memarahi mereka.....
Sepanjang bergelar Ayah, xpernah sekali ibu melihat ayah memegang rotan.
Dan di rumah kami mmg xpernah wujud rotan....
Susah utk melihat ayah memarahi anak.
Ayah umpama kawan bila berinteraksi dgn anak2.
Bersikap terbuka dengan kehendak anak2 berbanding ibu.

Sama seperti Abah, Ayah mendapat pendidikan di UKM, Bangi.
Abah dan Ayah banyak persamaan.
Mereka serasi bila bersama.
Sama2 meminati Bidang Sejarah.
Dan mereka merupakan pakar sejarah.

Juga tidak lupa untuk adik2 lelaki ibu yang bergelar bapa
Ahmad Zaki B Hj Abdullah 
dan  
Ahmad Zakimi B Hj Abdullah.
Abg ipar ibu  
Hj Hazli B Hassan  
dan adik ipar ibu  
Marzuki B Ali. 
 
Juga utk rakan2 blogger yg bergelar bapa.

Ya ALLAH, 
kurniakan mereka ketabahan, kekuatan, 
kesabaran, ketenangan, keimanan, kesejahteraan, 
kesihatan yang baik, kebahagiaan dan keikhlasan.
Jadikan mereka antara insan2 yg terpilih mendapat 
hidayah, petunjuk dan kerbekatan dariMu
YA ALLAH.
Kerana mereka adalah antara bapa2 yg terhebat....
Amin!!!!!

p/s: 
utk adik2  blogger ibu yg bergelar cikgu ensom nie, 
Imanshah, Areef, dan Azhan .
Bila lagi nk makan nasi minyak????
Nanti boleh la join kelab kaum bapa...he.he.he...

About me