Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

19 Mei 2011

Kisah Malang 2 Saudara...

Hari Isnin hujan lebat + ribut melanda kt BG ni.
Bersyukur kehadrat ilahi kerana dah lama cuaca panas melanda.
Dalam kesyukuran tu ada peristiwa sedih berlaku.
Kisah 2 makhluk Allah yang menghuni belakang rumah ibu.

Kisah 2 ekor anak kucing yg baru lahir dibawa arus deras.
Seekor anak kucing tu tergolek2 
dibawa air dan terus masuk ke dalam longkang besar.
Terus tenggelam entah ke mana.

Si adik kucing pula terkapai2 kelemasan.
Sempat farouk selamatkan dan letak di atas kaki lima belakang rumah.
Tiba2 je si adik kucing tu terjatuh melalui lubang kecil kaki lima ke dalam longkang.
Sedihnya masa tu.

Kami hanya mampu memandang anak kucing tu dibawa arus deras.
Farouk dan Kak Nana dh bergenang airmata.
Teresak2 mereka berdua menangis....
Hati ibu sayu melihatkan anak kucing tu terkapai2 seolah2 meminta tolong.
Tapi apakan daya, longkang itu dalam dan arus sangat deras
kerana masa tu hujan memang lebat + petir sabung menyabung.
Sejak peristiwa itu ,3 mlm itu mimpikan anak kucing tu.
Terbayang2 dimata si anak kucing itu merenung ibu.
Rasa amat bersalah dan terkilan yang amat sangat kerana kami  
xmampu menyelamatkan 
2 nyawa makhluk Allah itu.

Begedil Ikan Berperisa Kentang.

Pernah makan begedil ikan tak?????
Biasanya kita makan begedil daging or ayam.
Saja ibu buat xperiment nk cuba sesuatu yg lain.
Sebenarnya ibu tak nak membazir.
Semalam ada goreng ikan.
Langsung xdiusik anak2 ibu.
Geramnya!!!!
Takkan nk paksa mereka makan.
So dari terbiar n membazir ibu terpaksa la recycle ikan2 tu.
So dengan gigihnya ibu terpaksa mencipta resepi baru.
Walaupun ibu ni bukan yg jenis minat masak + xpandai masak
tapi bila dh bergelar ibu terpaksalah rajin2kan diri.
Air tangan ibulah yang mampu mengiratkan kasih sayang anak2...

Begedil Ikan berperisa kentang.
Alhamdulillah, bila dh siap abis pula dimakan anak2 ibu.

Resepinya:
isi ikan yang telah siap direbus
(ibu guna ikan yg digoreng cz lebihan yg xdiusik anak2)
1 biji bawang besar dicincang
daun bawang@sup
cili besar-dicincang
3-4 biji kentang direbus dan dilenyek.
2 biji telur
serbuk perasa@kuib bilis
sedikit serbuk lada hitam@sulah
secubit garam
minyak untuk mengoreng
tepung gandum

Cara-cara:
isi ikan dihancurkan + kentang lenyek + telur + semua bahan kecuali tepung dan minyak.
panaskan minyak.
Bentukkan adunan tadi mengikut citarasa masing2.
Kemudian golek2kan begedil ke dalam serbuk tepung gandum.
Goreng dlm minyak yang panas..
*Sedap dimakan dengan sos.



18 Mei 2011

Souvenir dari Sarawak + Sedih...

Sejak Jumaat Ayah terbang ke Sarawak n semalam baru balik.
Kesian ibu n anak2kan asyik kena tinggal je...
Semenjak dua menjak ni ayah teramat sibuk terbang sana sini.
Semalam ibu siap wat sesi meluahkan perasaan pada ayah.
"Over" la ibu nie.
Sedih tau asyik2 kena tinggal......


Walau apapun ibu kena terima juga.
Dah tugas ayah camtu.
Yang penting, walau ke mana ayah pergi dia xlupakan kami.
Walaupun terkdg souvenir yg ayah beli entah apa2...
he.he.he....

ni sebahagiannya. 
Untuk Farouk n Naurah ada jajan n mainan.
Alahai dh besar2 pn masih belikan anak mainan...

kek lapis Sarawak yg yummy...yummy....
Yang paling ibu suka perisa keladi..sedap sgt2...

feveret ibu, ikan terubuk masin...Banyak juga ayah beli.
Sebahagiannya nk bagi pd kwn2....
Gambar ni ibu ambil dr google cz malas nk snap pic...

dan ayah xpernah lupa belikan koleksi FM ibu....Thanks ayah.
Tgh suspen nk tau ayah nk tinggalkan kami ke mana pula...
hu.hu.hu......
"Jangan tinggalkan kami"......

About me