Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

16 Mei 2011

Murtabak Maggie

Lama dah xmasak murtabak maggie.
Pagi tadi Naurah minta resepi dari ibu 
cz katanya lama dah tak makan murtabak maggie ni.


nilah rupa murtabak maggie yg Naurah masak utk b.fast

Murtabak ni senang dimasak dan sedap.
Ibu pernah ajar anak2 murid masak murtabak masa perjumpaan PPIM.
Memang mereka suka kerana katanya senang dimasak n sedap....

Kalu sapa nak cuba copy resepi ni:
2 bungkus maggie-rebus dan toskan
 3 biji telur 

Bahan A
1 biji bawang besar-dimayang
1 keping daging burger@sosej@daging cincang atau apa2 stok yg ada dlm petiais.
daun bawang/daun sup-dicincang
cili besar-dihiris nipis

Cara:
pukul telur + 1 paket perisa maggie(kari) + bahan A, 
kacau hingga sebati.
Masukkan maggie yg telah ditoskan ke dalam bahan yang telah siap dibancuh.
Panaskan ceper dan letakkan sedikit minyak.
Kemudian masak bahan tersebut mengikut saiz yang dikehendaki.
Dicadangkan saiz murtabak sebesar saiz yang biasa dibeli.
Masak hingga maggie sebati dengan telur.

Sos:
Sos cili + sos tomato + bawang putih yang diketuk + sedikit air suam.
Kacau hingga sebati. 
 Pastikan sos sedikit cair.

Selamat mencuba.....

15 Mei 2011

Mereka Pun Sibuk

Last week ibu sibuk dengan persiapan terakhir untuk sambutan Hari Guru.
Macam biasa, cari hadiah, dan bungkus.
Tapi Alhamdulillah, kawan2 ibu ringan tangan menolong...
So cepatkan siap kerja2 ibu tu....

Kat rumah Naurah n Farouk pun sama2 sibuk.
Sibuk membungkus hadiah untuk diberi kepada semua cikgu2 mereka.
Cikgu SK Kebangsaan dan cikgu2 SK Agama...
Ada sebahagian hadiah tu ayah dh siap beli kt P.Langkawi.
Rumah dah jadi macam tongkang pecah.
Yang yang paling bestnya Farouk siap cakap:
"Ibu, hadiah untuk Ustaz Ngaji mana????"
" Ustaz ngaji pun cikgu Farouk jugakan?
Ustaz ajar Farouk ngaji sampai pandai..?"
Betul juga tu..

Apa2 jelh Farouk.......

 rumah dah jadi mcm tokang pecah dikerjakan budak berdua nie...

p/s:
Kenapa ye malam tadi n3 yang ibu terbitkan pada 12 , 13 dan 14 hb jadi bercelaru kedudukannya...
Setting masa jadi berubah dan n3 terakhir jadi n3 yg ke 3 dibawah n3 trsebut..Terpaksa kena setting balik masa publish...
Blogspot masih sakit lagi ke?????

Hepi Besday Along!!!!

Today's Along besday yang ke 17 tahun..
Dah besar anak sulung ibu.
Rasanya baru semalam ibu melahirkan Along....


Tapi yang sedihnya Along xde kat rumah kerana sedari smlm Along brtolak ke Melaka.
Along mewakili sekolah ke program PKS di Melaka.
Ayah pun xde cz skrg Ayah berada di Sarawak.

APa pun ibu tetap mendoakan yang terbaik untuk Along.
Semoga Along menjadi contoh yang terbaik untuk adik2.
Dan Along mampu menghadiahkan kecemerlangan buat family.
Semoga Along terus cemerlang dunia dan akhirat.
AMIN!!!!!

About me