Tup..tup terima surat edaran ada mesyuarat 2.30 petang nanti.
Mau xgabrah ibu cz biasanya kalu ada mesyuarat,
surat edaran akan dikeluarkan awal sehari.
Sempatlah rancang apa yang patut....
Bunyi je loceng terus bergegas balik rumah..
Sampai rumah dah pukul 1.25 ptg.
Terus ke dapur, panaskan apa yang patut.
Konon2 nk lunch dgn mee sup je cz takut xsempat.
Kebetulan hari ni ibu masak sup ayam.
Ibu masukkan mee + sup + aksoseri dalam mangkuk.
Sempat hirup kuahnya je...
Lepas tu terus mandi dan solat Zohor.
Terpaksa bersiap dan melupakan mee sup tu...
Tengok jam dh pukul 2.00 petang.
Terpaksa jemput Angah.
Jawabnya tersadailah mee sup ibu kat atas meja tu.
Memang xsempat nak makan.
OTW jemput Angah, sempat singgah kt gerai Jambu Madu.
Suruh Angah beli jambu.
Konon2nya nk ngap sambil2 drive ke sekolah.
Beli lebih sikit cz nk bawa utk kawan2 ibu sekali.
Letak angah kt depan pagar n terus ibu memecut ke sekolah...
Jambu tertinggal pula dlm kereta....
Alahai..nasib..nasib.....
Gitu-gini, mesyuarat abis dlm pukul 5.00 ptg.
Balik rumah tengok ada rojak buah atas meja.
Beby belikan cz ptg tadi dia n along terpaksa menapak
jalan kaki balik rumah dr tuisyen.
Konon2nya ibu nak makan rojak buah tu after Maghrib.
Tiba2 selera hilang.
Kalu dah bukan rezeki kita....
Yang ada depan mata pun xsempat masuk ke mulut!!!!!