Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

5 Mei 2011

Terokai Zaman Pra-Sejarah di Taman Botani Melaka

Sesi Jelajah Zaman Pra Sejarah
Hari pertama cuti2 Msia kt Melaka hari pekerja anak2 ibu sempat terokai
Zaman Pra Sejarah @ pre history selepas jejaki ke sini dan sini.
Bukan main seronok farouk bila tengok replika binatang pra sejarah nie...
Panjat sana, panjat sini.
Camerawomen yang loteh.
Snap sana, snap sini.
Ibu kan suka snap gambar cuma xsuka bergambar....
Buka letih kaki ttp lengoh tangan melayan 5 org ni nk bergambar....

 gajah mammuthus yg besou punya.....

mentang2lh binatang tu cuma replika je, bukan main lagi masing2 dok brganyut....

tolong!!!!tolong!!!!tolong!!!!



 camerawomen lak kena paksa posing...
Ada ke patut pergi tmpt mcm ni pakai seluar putih..
Ha ambik!!!!!!!!..

 ni lak eryops..rupanya mcm biawak jerrr...

5F

  kura2 gergasi jadi mangsa kanak2 rebina.....

Ada berani!!!!!
Meh lawan...

ni pet baru farouk...besar sgt nk bela kt rumah......

help me...help me...
 

di hadapan muzium herba...



Serangan "Virus" MalWare....

Minggu lepas ibu dapat msg kt FB dr Dr Hanie yg blog ibu kena serangan virus malware.
Patut la rasa berat semacam je lappy ibu nie.
So kebetulan kt blog SIL ibu DuniaMayaku pn ada buat 
n3 tentang virus perosak nie.

So ibu jengah2 kt sini n down load  Anti-Malware.
Free of charge je...
Wah..wah..wah...bukan main membiak2 lagi rupanya makhluk tu.
Bukan setakat beranak pinak tapi dh brcucu bagai.
Spesis ni membiak dalam senyap.
.
RUpanya spesis ni jenis yg bebal cz xtakut kt Anti-virus lain.
Mrk cuba boleh dibunuh dgn ubat anti-malware jerrr gamaknya.
Padahal lappy ibu ni dh siap masuk anti-virus kaspersky tajaan lagi.
Bukan yg free!!!!
Moga cptlah spesis perosak ni musnah!!!!!!

Smlm ibu dengar kt radio Era yg blog Tun Mahathir pn dh problem akibat serangan spesis nie....

p/s:
Thanks Hanie atas makluman tu n thanks yana krn wat n3 ttp virus nie....

4 Mei 2011

Nasib Si Kidal...

Tiba2 je rasa nk cerita tentang kisah si kidal nie...
Siapakah orangnya itu??????
Si Kidal merujuk pada Ibu, Beby, Naurah n Farouk.
Naurah mahir kedua2 belah tangan sejak kecik 
ttp skrg lebih cenderung pada kidal gak.

Dalam family ibu mmg ramai yg dilahirkan cenderungan guna tangan kidal.
Bermula Atok ibu sebelah abah yang kidal.
Menurut abah, 
atok ibu ni seorg yg genius sehingga 
diterima menjadi guru mengaji kerabat diraja Arab Saudi 
dan arwah menetap di Mekah selama 20 tahun.

Dalam adik beradik ibu, 2 orang adik lelaki ibu pun kidal iaitu 
Ahmad Zakimi dan Muhd Khairul Anuar. 
Kami bertiga mmg minat melukis dan minat subjek Matematik.
Xhairanlah kedua2 adik ibu ni dinobatkan best student dlm SPM.
Kedua2nya ambil bidang perubatan 
dan ibu cuma ditakdirkan menjadi guru matematik aje....
Nk wat camne, dh cita2 nk jadi cikgu....

Masih ibu ingat masa di ting 1,
seorg cikgu ni selalu berdiri disebelah kiri ibu.
Sebabnya, nk tunggu ketuk tngan masa ibu menulis.
Sedih tau.
Ada ke patut nk paksa2 org camtu.
Agaknya dia ingat ibu saja2 nk tulis kidal.
Tiap kali cikgu tu masuk, jiwa ibu mula xtenteram.
Selalu dia kutuk2 ibu.
Siap kutuk2 mama n abah,
konon2nya xtau ajar anak tulis guna tangan kanan..
Dlm hati ibu menyumpah2 (xbaik kan ibu!!!)

Cikgu ibu tu seorg Ustaz.
Siap beri ceramah agama kt ibu.
Katanya org kidal ni kawan syaitan...
Katanya nanti ilmu ibu xberkat...
Hu.hu.hu.....hanya Allah saja yg tau kesedihan hati ibu.
Bukan ibu sengaja nk tulis tangan kidal.
Tapi dh trsurat camtu..
Makcik, pakcik, n kawan2  suka usik2.
Selalu tanya ibu makan guna tangan apa????
hu.hu.hu...
MESTILAH TANGAN KANAN...
Cuma bila pegang sesuatu or nk lakukan sesuatu,
secara automatik mesti guna tangan kiri.
.
Sedari kecik abah dan mamalah yg selalu memujuk 
bila ibu mengadu selalu kena ejek dgn kawan2, kena marah kt cikgu.
Kata Abah, org kidal ni Mak Mertua sayang cz bila memotong sayur or lauk
mesti pegang dgn tangan kanan cz tangan kiri pegang pisau  utk memotong.
Betul juga cakap abah ibu tu....

Masa baru posting jadi cikgu,
1st time masuk kelas ibu terdengar 
suara anak2 murid berbisik sesama mrk bila ibu mula menulis di papan kapur.
"Eh!!!cikgu tulis tangan kiri la....
Pelikkan..kan..kan..
Sesedap rasa je kutuk2 cikgu.
Masa sk kena kutuk kt cikgu, dh jadi cikgu, kena kutuk kt anak murid pula...
hu.hu.hu..
Malangnya nasib si kidal...

Bila search tentang kidal ni, 
rupanya kt dunia ni cuma 15% manusia
ni dilahirkan kidal.
Kiranya dlm kateori kecacatan juga la tu....
Menurut artikal itu lagi, 
org kidal ni kebanyakkan 
kreatif n bijak cz mrk cenderong mengunakan otak kanan dan juga otak kiri..
Kiranya mrk lebih seimbang mengunakan kedua2 otak.
Bagi yg guna tngan kanan mrk cuma cenderung guna otak kiri je...
Keberangkalian mrk nyanyuk kurg cz ingatan mrk tetap kuat w.pn dh tua
krn mrk guna kedua2 belah otak.....
.
Yelah bukan semua kajian tu tepat.
Tapi bila ibu perhatikan antara ibu n 2 org adik beradik lelaki yg kidal mmg kami
lebih kreatif dlm melukis n cepat dpt memahami apa yang dipelajari 
terutama dlm Matematik...
Patut la masa sk rendah markah Matematik ibu xpernah kurang dr 98%.
Dan ibu selalu jadi bahan rujukkan kekawan..
ehem!!!ehem!!!terperasan!!!!!
Kalu bagi Bahasa mmg hancuzzzz la ckit...hi...
Mmg tepat gak la teori kajian tu..

geng ibu...semua beruang kutub adalah kidal..
Comelkan!!!!!

Beberapa orang kidal terkenal seperti Presiden George HW Bush, Bill Clinton dan Barack Obama, Putera Charles dan Putera William dari Inggris. Musisi Jimi Hendrix, Kurt Cobain dan Paul McCartney. Ilmuwan Isaac Newton, Marie Curie dan Benjamin Franklin. Seniman Michelangelo dan Leonardo Da Vinci, dan tokoh-tokoh sejarah Alexander Agung, Charl

About me