Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

29 Mac 2011

7 of Us Outing....

Lama dah rasanya xouting ramai2 dgn anak2.
Biasanya hanya Farouk n Naurah je yg jadi pengikut setia ayah n ibu.
So hari Ahad ayah wat akta paksaan.
Ala-ala kerahan tenaga tu.
Ajak semua anak2 dara tu outing sekali....
So mereka terpaksa "Mengikut Perintah"....

Seawal 11.00 pagi ibu, ayah, Naurah n Farouk pergi jemputan dulu.
Tengok lauk pauk sedap2 ttp ibu , Farouk n Naurah cuma makan satey ayam je..
Ayah sorang je makan nasi minyak.....

lepas solat Zohor kami ke PC fair Muar.

xpasal2 ibu beli lagi si "beruk band" tu.
Kiranya koleksi ke 3 nie...
Hish!!!! kenapa la ibu senang sgt trgoda dgn godaan adik ensom tu...
Ayah menyia je kalu ibu nk apa2....hu.hu.hu...
Dan sorg lagi yg brperangai ala2 ibu, Beby...
Bodek2 ayah dpt 1 lg pen-drive 8G .
Kiranya koleksi yg ke 5...

pastu bergerak ke Wetex.
Tempat yg paling disukai anak2 ibu, ke Tanjong Mas book Centre.
Mmg leka la mrk kalu ke book centre....

singgah masjid Jamik Muar utk solat Asar....

singgah jap kt Tanjung Emas.....
Lepaskan gian 2 orang ni nk main kt playground....


28 Mac 2011

4F donuts!!!!

Meh kita layan kisah anak2 ibu...
Pernah dengar tak donut 4F.
Kt rumah ibu ni tengah hangat dipasaran.
Ni produk terbaru dr dapur ibu.
Dan dah ada pelanggan tetap n berpencen.
Kalu org order pn mmg xdilayan cz xcukup kakitangan.
Donut 4F tu hasil airtangan :
Farah Nabilah-Ketua chef merangkap tukang mengarah pekerja2 suruhan tanpa gaji..., 
Farah Nadiah-tukang goreng n salut donut dgn gula icing 
Farah Najdah-pekerja yg teramat tekun n gigih.dari uli tepung sampai siap adunan.
Farah Naurah-bekerja sama dgn Farah Najdah..kiranya pekerja yg gigih.
Muhd Farouk- pelanggan tetap!!!!!
Ibu-tukang rasa...he.he.he....

27 Mac 2011

Berkongsi Tip Kecemerlangan....

Hari ni ibu nk berkongsi tip sikit yang ibu dapat dr program motivasi.
Perkara yg baik elok kita sebarkan demi kebaikkan bersama.

Konsep berdoa untuk kecemerlangan anak2 dan penyembuhan penyakit kita:
A. Solat Wajib perlu dilakukan tepat pada waktunya.
B. Perbanyakkan solat Tahjud dan Solat Duha.
C. Jika tidak mampu lakukan solat Duha boleh digantikan dengan amalan:
1. Buka pintu di awal pagi 
(semasa melangkah ke tempat kerja)
2. Baca:
-Bismillah....
-Selawat ke atas junjungan 21X
-Baca Al-Fatihah 1X...
Semasa ayat ke 4 berhenti seketika dan menadah tangan serta berdoa. 
Mohonlah apa hajat yg kita inginkan..
Con: semoga anak2 terang hatinya....
-baca Surah Al-Ikhlas 3X
-Pegang ubun2 anak..
-ucapkan Ya Qa'wi (nama Allah) 11X
-Hembus diubun2 anak2 kita..

D.Amalkan selama 40 hari berturut2 atau jadikan rutin harian......
Insyallah, anak2 akan mudah menerima pelajaran dan lembut hatinya...

E.Selalulah berdoa di awal pagi sebelum menjelang subuh. 
Insyallah Allah akan memperkenankan doa2 kita.
F.Banyakkan bersedekah. 
Semasa bersedekah kita berniatlah utk keluarga dan anak2 kita.
Con: Ya Allah, aku berniat ikhlas bersedekah kerana tanda syukur di atas segala nikmatMu dan Kau berilah kecemerlangan buat anakku (sebutkan nama anak dan jenis peperiksaan yg akan mereka tempuhi...)

p/s: moga kita sama2 mengamalkan demi ikhtiar untuk anak2...
Doa kaum ibu 3X kelebihan berbanding doa Ayah.

About me