Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

21 Februari 2011

Budak Ini....

Kali ni ibu nk wat n3 ttg budak sorg ini.
Budak yg lahir sebagai anak ke 3 mcm ibu...
Dan sbb tu agaknya kami berdua agak x serasi...
Mungkin punya sikap n perangai yg lbh kurg sama.
Alah, mcm magnet...kutub yg sama saling menolak.....

Farah Najdah a.k.a Beby, puteri ke 3 ibu.
Mmg jarang sangat ibu wat n3 ttg 3 Farah nie...
This year giliran Beby pula ambil PMR.
3 thn berturut2 anak2 ibu ambil PMR.
Dan antara along, angah n beby amat berbeza.
Beby ni agak terlebih penyakit "M".
Risau ibu dibuatnya.

Dia suka study last minute.
Dan ibu tahu sejak di sekolah rendah lagi Beby 
pn menunjukkan potensi cemerlang dlm pelajaran.
Dalam setiap exam, result dia xpernah mengecewakan ibu.
Dia tetap berada dalam senarai TOP 3
Mmg dia punya IQ yg tinggi .
Mudah menerima setiap apa yg baru dipelajari.
cuma dia xbegitu tekun mengulangkaji pelajaran....

Cuma yg memeningkan ibu sikap Beby ni.
Ibu ingatkan penyakit "M" Beby xtrbawa sehingga ke sekolah menengah.
Rupanya masih ada bersisa.
Bila nk exam je ibu terpaksa buat senaman mulut.
Suruh baca..baca...n baca.....
Study...study...n study....
Sedari kecil, Beby agak tomboy.
Suka buli kawan2 dan penyelamat along n angah di sekolah.
Kalu along or angah mengadu dibuli, siaplh org yg membuli.
Pasti akan kena balasan dr beby.....

Dalam sikap yg ala2 tomboy tu,
Beby nie minat memasak.
Cakap je resepi apa, pasti xmengecewakan.
Air tangannya akan menghasilkan hidangan yg sedap secukup rasa.
Ibu pn pelik bila dia punya minat n sikap yg berbeza.

Bila bersua cikgu2 3 farah ni...
Akan terkeluarkan kata2:
"Lain ek perangai Najdah dgn kakak2nya ye..."
Lainnya tu cz Along n angah agak pendiam di kelas.
Lebih tumpuan n control ayu.
Matang...
Beby lak trlebih friendly.
Agak byk brcakap.....

Result terkini utk monthly test......
Bahasa Melayu 90%-A+

 Bahasa Arab 86%- A

 Science 92%-A+

Bahasa Melayu 90%-A+

 Mathematics 87%-A

 Geografi 72%-B
Perdagangan & Keushawanaan 71%-B

Setakat ini Beby dapat 7A 2B....
Dalam ketidak tekunan tu Beby masih mampu meraih kejayaan.
Cuma ibu terkilan cz mungkin Beby boleh meraih kecemerlang yg lebih baik n
mungkin boleh mengatasi kecemerlangan along n angah.....
Doa n harapan ibu agar Beby berubah sikap.
Menjadi lebih rajin ulangkaji.
Dan terus cemerlang dalam pelajaran...
AMIN......

Asam Pedas......

Hari ni pagi2 dah bersilat kat dapur.
Lama dh rasanya xmakan asam pedas ikan pari.
Yang penting semua anak2 suka makan kecuali Naurah.
So hati ni Naurah terpaksa la makan telur goreng....hi.hi.hi..
Ok, jemput makan!!!!!!!.


Resepi :
1 ekor Ikan pari yang besar
(apa2 jenis ikan pn boleh @ ayam)
4 ulas bwg merah-tumbuk/kisar
2 ulas bwg putih-tumbuk/kisar
1 inci halia-tumbuk/kisar
3 btg serai-dititik.
sedikit belacan
 6 sudu besar cili boh/ cili kering yg dikisar.
Daun kesum @ 3 kpg daun limau purut
jus asam jawa@asam keping @ 3 biji buah tomato
 garam n serbuk perasa.
minyak utk menumis.


Cara:
Tumis bahan yg dikisar sampai naik bau.
masukkan serai.
masukkan cili boh n tumis hingga naik minyak.
masukkan air,daun kesum @ daun limau purut.
masukkan ikan, jus asam jawa dan serbuk perasa.
Pastikan kuahnya agak pekat.

p/s:
hari ni berbengkel lagi kt PKG Serom lak....

20 Februari 2011

Apakah Perasaan Anda Jika Dikhianati.......

Tersentap + terperanjat + kecewa + terkilan + terkejut
bila tiba2 kawan lama memberi ucapan
" I LOVE U.....".
Seorang kawan lama...
Sekian lama terputus hubungan..
Bersua kembali di FB.....

Kawan yang selama ini kita percaya.
Tempat kita sama2 berkongsi cerita.
Tiba2 satu ketika dia boleh ucapkan ayat2
yang merobek2 hati, jantung n perasaan ibu.
Sungguh ibu xsangka.
Selama ini dia tidak jujur dlm persahabatan.
Ibu ingatkan ucapan2 yg ditinggalkan jujur n ikhlas.
Rupanya xseperti yg ibu duga.....

Selama ini ibu boleh abaikan ucapan2 camni dlm msg kt FB.
Sekadar ucapan sampah dr org2 yg xdikenali.
Orang2 yg sememangnya xde kerja.
Dan semua tu boleh diabaikan...
Dan ramai kwn2 diluar sana pernah terima ucapan sedemikian.
Tapi, ucapan ini ibu terima dr seorang rakan lama.
orang yg ibu kenali.
Kami sama2 belajar di sekolah menengah yg sama.
Sama2 melanjutkan pelajaran ke IPTA.
Masing2 dh berjaya.
Masing2 sudah punya keluarga sndiri.
Ada kehidupan sendiri.....

Sepatutnya bagi seorg yg brpendidikan tinggi spt beliau..
Dan diusia yg sebegini...
Sudah tidak ada lagi ucapan2 yg sebegitu utk org2 lain.
Kecuali utk insan2 trsayang.
Bagaimana hati dan perasaaan isterinya jika terbaca ucapan sedemikan.
Pasti terluka, kecewa, merana, marah, terkilan........

Mulai hari ini, ibu tidak akan sekali2 utk meneruskan persahabatan ini.
Maaf......ibu xboleh terima.
Perkataan dia teramat menguris hati n perasaan ibu.....

About me