Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

15 Februari 2011

Tembikai + Jakun

Sepanjang umur along mencecah 17 tahun nie,
belum sekali2 kat rumah kami ada tembikai.
Dan sememangnya kami elakkan beli buah tembikai.
Walaupun pada hakikatnya semua isi rumah ni
teramat gemar makan buah tembikai.
Pelik tapi benar.

Puncanya Along kalah dengan buah tembikai.

Sejak kecil lagi memang Along langsung
xboleh makan buah tembikai walau sesuap pun.
Along memang pengidap asma dari kecil.
Along xalah pada makanan lain.
Makanlh sebanyak mana aiskrim ke, ais ke, ais-blended ke..
Semua makanan tu xmenjejaskan kesihatan Along
Berlari sejauh mana pn xakan menjejaskan pernafasan Along.
Jangan xtau, along aktif dlm pasukan bola jaring n bola baling
semasa di sekolah rendah.
Pernah mewakili zon dan daerah.
Dan along athlet dalam
acara 3000 m 3 thn berturut2 semasa di sekolah menengah.

Ibu pun pelik bila Along alah sgt dgn tembikai dan anggur hitam.
So sejak itu, ibu n ayah pastikan rumah kami xde buah tembikai.
Adik2 pn seakan memahami dan redha.
Bukan apa, ibu kesian bila tgk along terkebil2
nnti bila org syok makan tembikai.
Sebab tu anak2 ibu mcm jakun sgt kalu pergi kenduri.
Terpandang je buah tembikai mrk mcm xsabar nk makan.
Kesiankan..

Dan 2-3 hari lepas ibu "TERBELI" buah tembikai nie.
Tgk kat kedai buah2 tembikai tu mengugat kalbu.
Kebetulan musim panas.....
Mmg sedap la...
Kat rumah dh byk stok belimbing madu n limau mandarin.
Dah xlalu nk makan....

Balik rumah anak2 ibu seolah2 org yg xpernah tgk tembikai.
"Ibu beli tembikai ke.....bestnya......"

Kesian anak ibu dan yang paling kesian bila
ayat2 yg slalu keluar dari mulut along:
"Ibu, along nk rasa sikit...sikit je..along janji."
"Boleh ye ibu....boleh ye..."

2 yg ibu xtahan.
Bukan xnk bagi makan.
Tapi xberbaloi dgn asma yg dtg menyerang.....
Dan bila Along gigit sedikit...tiba2 terbatuk2.
Dah mula asma dtg menyerang.
Cepat2 Along cari inhaler.
Alhamdulillah....smpt kawal dr trkena serangan.

Tiba2 rasa bersalah lak.
Dan lagi bersalah bila tgk anak2 yg lain makan begitu rakus.
1 biji buah tembikai yg besar boleh dihabiskan dlm sekelip mata.
Alahai...kesian...kesian....

alahai tembikai...tembikai......


budak yg perlu bermusuh dgn tembikai sampai bila2......

Salam Maulidur Rasul 1432H

Salam Maulidur Rasul 1432H kepada rakan2 blogger semua.
Semoga kita menghayati perjuangan junjungan Nabi Muhammad s.a.w....
Dan sama2lh kita berubah ke arah yg lebih baik dari hari-hari sebelumnya...
Insyallah...didiklah anak2-anak selaras dgn sunnah Baginda Rasul....
Selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.
Jadikan Baginda idola family kita....

Artikal penuh klik sini.

14 Februari 2011

Krap-krup...krap...krup..

Pagi2 dh bunyi bising.
Krap..krup..krap..krup....
Rupanya Farouk dok bersarapan dengan keropok udang.
Bukan Farouk je, Beby n Naurah pn sama.
Bising semacam jerrrr.

Keropok tu mmg rangup cz masih baru.
Semalam ayah g Mersing.
Ayah ada wat taklimat kt sana.
Tu yg beli byk sgt keropok.
Keropok Mersing sedap gak cz
Mersing tu kt tepi pantai.
Banyak ikan n fresh2....

Tiba2 rindu kt Mersing.
Lama gak ibu dok sana.
Lbh kurg 7 thn.
Angah n Naurah lahir kt Mersing.
Bandarnya mmg xsibuk ttp best sgt2.
Rumah kami tepi pantai.
Buka tingkap nampak pantai.
Angin xpyh cerita.
Xpayah guna kipas dh sejuk.....
Sejuk ttp bahang.......

Masa nk pindah Muar,
ibulh org yg paling kuat membantah.
Kelakar bila ingat saat tu.
Syahdu pn ye.
Ayah puas pujuk.
Sampai ayah menangis kt lutut ibu cz dh jenuh memujuk.....
Kisah lama yg penuh nostalgia.....hu.hu.hu...

tengok tu, besarkan keropok udang.....

emmmmm...sedap la bu....

yum...yum....

keropok lekor pn ada......
dh 2 minggu mengidam keropok nie....
.
besarkan.....

About me