Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

26 Januari 2011

Buntu dgn menu!!!!!!

Kat rumah ibu nie ada mcm2 cita rasa.
Terkadang susah gak nk melayan selera anak2 nie
w.pn anak2 ibu jenis xcerewet tentang makan.

Kebanyakkan menu yang ibu masak jadi kegemaran.
Tapi menu berasaskan ayam la.
Xkan tiap2 hari nk masak ayam..ayam dan ayam.....
Selera mrk lbh kurang sama kalu masak lauk ayam
ttp trkadang ada lauk2 tertentu
salah seorg xmengemarinya.

Kalu ayah beli udang, angah xsuka udang.
Kalu ibu masak lemak/kari ketam, along lak xmakan cz
along cuma makan sup ketam jerrr.
kalu ibu masak asam pedas ikan/ayam, Naurah lak xmakan.
Asam pedas ikan pari, Beby lak xsuka....

Dan bila salah seorg yg xmakan lauk2 tu, mereka akan mengalah.
Terpaksa la mrk cari makanan altenatif lain.
Apa lg, jalan termudah....
GORENG TELUR!!!!!!
Kat rumah ni mmg stok telur xleh putus la.

Terkadang buntu gak ibu utk penuhi selera anak2.
Walaupn mereka xkisah n xpernah merunggut ttp hati seorg ibu.
Kesian gak tgk mrk terpaksa makan telur goreng + kicap seharian.

Pagi2 ibu cuma smpat masak 1-2 jenis lauk je.
2 pn lauk pauk yg simple cz anak2 ibu xsuka makan di sekolah.
Balik sk mesti terus meluru ke dapur.
Apapun bil setiap kali ibu masak n semua makanan tu abis dimakan,
mmg rasa satu kepuasan bagi ibu.
Hilang segala penat lelah bertukus lumus pagi2 bersilat kt dapur.....

ni menu semalam.
Kari ketam.
So along mengalah la.
Terpaksa masak nasi goreng utk dirinya......

25 Januari 2011

Alahai bujang sorg!!!!!

5 orang anak= 5 macam perangai + 5 jenis ragam

Tapi dari ibu yang sama.
Dan sebagai ibu, terpaksa melayan mereka dgn 5 watak yang berbeza.

Ibu dikurniakan 4 puteri n seorang sang putera tunggal + bongsu.
Farouk!!!!!!

Sejak 4 Farah bersekolah ibu xpernah kisahkan
ttg homework ke,
ttg buku ke,
ttg buat revision ke...
ttg segala2 urusan sk ke...
ttg exam ke.....
Dan setiap kali exam
4 Farah sering menghadiahkan kejayaan n kecemerlangan buat ibu n ayah.

Tapi sejak Farouk bersekolah.
Darah ibu asyik mendidih tahap maksimum.
Ibu asyik hangin 1 badan....
Baru ibu rasai runggutan rakan2 ttg anak2 mrk.
Dan seolah2 ibu baru mempunyai anak yg melangkah ke sekolah.
Ibu tersentap.

Kerana sekarang ibu perlu memantau HW farouk.
Ibu kena check beg farouk.
Ibu kena tunggu n melayan farouk buat HW.
Ibu kena menjadi seorg ibu yg perlu rajin.
(krn selama ini ibu xrajin nk check ttg HW 4 farah).

Bila Farouk melangkah ke Tahun 2,
ada sikit perubahan sikap.
Farouk dh mula menunjukkan sedikitttttt
"KERAJINAN".
Bila dia mula sedar diri.
Yang skrg dia mula bersekolah.
Dan dh mula sedar diri...
yg dia perlu siapkan Hwork2nya tu.

Dan dada ibu dh kurang ckit tersentap.
Bila farouk mula nmpk "sedikitttttt"
Kematangan diri...
Aduhai anak bujang ibu sorg nie.......

tidur kepenatan + keletihan + kelesuan =
bila selesai menyiapkan kerja sekolah yg xseberapa tu.....

dan buku2nya masih terbongkang di situ bila tuannya pn dh terbongkang ditepi dinding....zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

24 Januari 2011

Tahniah Angah.....

Smlm seharian ibu menyepi.
Bukan xde mood or BZ ttp masalah tenet.

2day angah akan menerima hadiah kecemerlang sempena PMR hari tu.
Cikgu buat majlis dalaman je dulu.
Untuk ibu bapa akan dibuat semasa Mesyuarat Agung PIBG nnti.
Masa tu baru jemput VIP utk sampaikan sijil n hadiah.

Hari ni menurut angah, majlis ni dibuat simple je.
HAdiah n cenderahati disampaikan masa perhimpunan mingguan.
Pihat SK beri hadiah cenderahati berupa wang ringgit.
Dapat 8A dapat la dlm RM80.
Oklh tu.
Rezeki jugak.

Habuan dr Ayah blm dapat.
Sejak 2 menjak ayah asyik sibuk jerrrr.
Dari Ayah agak lumayan la ckit.
Adalah lbh kurg RM1000+++.
Kalu duit tu angah simpan lak dlm
saham didik, ayah akan gandakan 2x ganda lg.....
Dpt la dlm RM2000.....
Psssttt!!!!Angah,apa kata duit tu kita share ????
hi.hi.hi......


p/s :
Ada sapa2 guna berukband celcom tak?
Kenapa bil bln ni naik lg RM2.00.
Xde pn pihak celcom maklumkan apa2.
Ni kiranya kenaikan yg ke 2 kali.
Dan yg lbh dasyat tu dh ada limited lak.

About me