Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

9 Mac 2010

Sedihhhhh....

Tension, sedih n frust sgt.
Lappy ibu rosak...hu.hu.hu....
Bertambah tension bila 'beruk band" ibu trtinggal lak kt sekolah.
Mcm mati kutu je smlm kt umah.
Utk hilangkan kebosanan ibu dok alihkn semua perabot kt bilik tidur.
Tarik sana, tarik sini.....
Ubah sana-sini.
Ha engko, puas hatiku.....

Line stremix kt rumah dh lama problem.
Tup.tup..last week ayah terima surat saman.
Padahal ayah dh maklumkn pd pihak brkenaan suruh buat pemotongan line.
Xtau kenapa pemotong xdibuat tiba2 dpt surat saman lak.
Bayangkn kos smpai RM1600+++
So trpaksa ayah settlekn.
Reda jelh.

Lappy ibu br brumur 4 bln lebih.
Asyik wat hal jerrr.
Nk kata lasak xdelh.
Xdelh smpai ibu bawak g kebun ke, trhempas kt simen ke.......
Setakat tekan keyboard dgn jemari ibu yg lemah gemalai nie...(wek!!!prasan)
Ttp kt org nasib gak kalu beli sesuatu brg.
Nk kt xde jenama, ibu beli jenis ACER.
Dh nasibkn.
Nk wat camne....

Nasib baik ada lappy ayah.
Jadi mangsa ibu le....
Ttp ibu xbrapa suka sgt lappy ayah cz ayah guna Windows 7.
Nk wat camne, ibu dh trbiasa dgn Windows XP.
Xtaulh bila sembuh balik.
Nasib baik masih dlm warranty.

2-3 hari lg dh nk cuti.
Entah smpat ke tidak siap lappy tu nnti...hu.hu.hu...


7 Mac 2010

Wahai Suami2......


Hari ni ibu nk wat n3 yg ibu ambil dr blog Umiliya. Cam menarik je bila baca artikal ni. Artikal ni sebenarnya ditujukan buat suami2 diluar sana. Manalh tau ada yg terkena batang hidung sndiri. Kalau ada suami2 yg terbaca n3 ni, agak2 berapa byk yg terkena di atas batu jemala kalian.....
Jom baca......
*Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.
*Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
*Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda.
*Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja. I thought wives are only supposed to provide that service, bukannya jaga anak, masak, mencuci dan sebagainya!
*Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.
*Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.
*Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh. Frust, tau tak!
*Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja (bukan soal malas masak tapi nak tolong jimatkan perbelanjaan keluarga)
*Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin diri sendiri.
*Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?
*Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda Cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.
*Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.
*Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.
* Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke....
*Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali.
* Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.
*Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.
* Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat
*Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?
*Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya. Jangan sampai isteri nak mampus pun tak perasan.
*Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.
*Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.
*Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali
* Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif.
Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

6 Mac 2010

Sendiri Lagiiii....

Pagi ni ibu sendiri lagi.
Sunyi sepi keseorangan ditinggalkan.
Kesiankan..kan..kan...

Ayah,
Dr semalam menghadiri Bengkel ICT di Vistana Hotel KL.

Along, Angah dan Beby
(3 Farah)

Seawal 7.00 pagi dh brtolak ke sekolah kerana hari ni
ada Majlis Sambutan Maulidur-Rasul

3 dara pinggitan ibu...siap nk ke sekolah..
Haya..knapa Along yg paling rendah skrg ha.....
ibu yg gilerrrr snap pic menyempat aja paksa 3 Farah posing sebelum g sekolah....
Senyum dlm trpaksa...sumbing semacam jer....

Along (tengah) bersama kwn di sekolah....
Sempat jerrr posing2 nie...xdngar ceramah ke????..


Naurah
Seawal 7.40 pagi menghadiri KBS(Kem Bestari Solat)
kt sekolah.
Pukul 8.00 pagi hingga pukul 1.00 tghari.

Farouk
Ke sekolah Agama kerana ada tuisyen Jawi.
Bermula pukul 8.00 pagi.....

Ibu
Setelah siap urusan menghantar anak2, balik rumah.
Dok sorg2 kesunyian.
Sambil masak, smbil layan lappy.
Jengah rumah2 kekwn sana sini...
Terbang jauh hingga ke luar negara.

Penat melayan lappy,
Kerajinan datang.
Xpasal2 2 bidang "Naritta"
(alah, comforter yg tebal made in Thailand tu)
ibu angkut n basuh.
Satu guna washing mechine n 1 lg basuh tangan.
His!!!mcm org xde kerja pulak.
Sebenarnya melayan diri sndiri yg tgh kesunyian tramat sgt.
Pas dh siap, basuh kereta yg dh brbulan2 xmandi.
Berkilo2 habuk n debu melekat.
Nasib baik warna Silver..so xnmpk sgt atau buat2 xnampak.
Dasar pema*l*s la tu....

Nk harap ayah basuh, emmm....tunggu lagi la sebln dua or sethn dua lg.
Sibuk ke sana sini ukur jln.
Kereta ayah pn dh brkulat....hu.hu.hu...

Ok, dh..dh..dh...
melalut seorg2 nie.....
Tup-tup dh pukul 11.00 pg..
Tiba-tiba Farouk dh muncul dpt rumah,
Pas tu g jemput 3 Farah n last skali Naurah blk tumpang Ustazah..
Semua balik bw perut yg kenyang.
Penat je ibu masak sotong...Sapa suruh rajin sgt masak....hu.
Ayah.....entah, belum muncul2.....

Ha,ha,ha..ibu tau, ayah merajuk cz smlm bria2 ayah suruh kami ikut.
Ktnya abis Bengkel nk bw jejln.
His..skrg mana boleh nk jln2 cam dulu.
Anak2 sibuk mengalahkn ayah n ibu.
So trperap la ibu sorg2 mati kutu kt rumah.
Padan muka ibu....

About me