Salam kerinduan semua.
Fuh...makin lama ibu makin sepi walaupun
banyak kisah kehidupan yang ibu lalui
setiap hari.
Makin lama jari ibu makin kaku nak menaip di sini.
SIBUK!!!!!....tu bukan alasan.....
Kisah tertangguh sejak bulan lepas.
Ibu pernah buat n3 yang Beby telah meraih
Johan taekwando peringkat kolej/Kebangsaan dan melayakkan diri mara ke peringkat antarabangsa.
Apapun rezeki tidak menyebelahi.
Lawannya orang dari Jerman dan Grace..
Apapun ibu tetap bangga dengan pencapaian Beby.
Gambar yang Beby w.apps pada ibu semasa pertandingan berlangsung.
Beby juga sudah bergelar jurulatih taekwando sejak 1 tahun yang lalu.
Dalam kesibukan belajar mengejar impian Beby membahagikan masa weekend sebagai seorang jurulatih di sekolah-sekolah berhampiran.
Beby sebagai jurulatih(berdiri) bersama 'pelajar2' di bawah bimbingannya.
Beby juga sering dilantik sebagai hakim dalam kejohanan taekwando.
Alhamdulillah....ibu tahu Beby mampu bahagikan masa belajar dengan aktiviti luar.
Buktinya Beby mampu meraih Anugerah Dekan dalam sem yang lepas.
Disamping itu Beby juga memegang jawatan sebagai 'pemimpin' pelajar, juga membantu rakan2
sebagai 'guru mengaji dan tarranum' di kolej.
Ilmu agama yang Beby dapat turut dipraktikan dan disalurkan pada yang memerlukan.
Semoga anak2 ibu cemerlang di dunia dan akhirat....insyaallah.