Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

5 November 2012

English Language Enrichment Programme & Beby...

Hari Sabtu ibu terpaksa hadir 2 program penting.
Sibuk mengalahkan PM pulak....he.he.he...prasan......
Terpaksa membahagikan masa antara keluarga dan kerjaya.
Dan terpaksa menghampakan ayah untuk kali ke 2 untuk
pergi berseminar sambil bercuti......huhuhu.....

Selesai pendaftaran Naurah untuk program "Pek Sehari"dan urusan untuk program sekolah ibu,
ibu memecut ke Hotel Pelangi Muar bagi
memberi sokongan pada Beby a.k.a Farah Najdah.

Tiba di Hotel Pelangi tepat pukul 9.00 pagi.
Berkejar ke tingkat 7.

Program yang dianjurkan oleh penaja.
Ini merupakan program yang terakhir Beby setelah terpilih mendapat tajaan OUM
selama 1 tahun.

Ucapan dari prof OUM......

Kumpulan Beby membuat persembahan pertama.
Syukur Allah permudahkan urusan ibu.

Bila menyaksikan drama ni, betul la  cakap cikgu-cikgu Beby yang Beby begitu fasih berbahasa Inggeris.
Terpegun seketika melihat anak beraksi dan berinteraksi dengan begitu baik dalam Bahasa Inggeris...
......tanpa pernah hadiri tuisyen luar.
Semata-mata bergantung pada cikgu di sekolah.
Dan rezeki Beby terpilih mendapat tajaan OUM.
Terima kasih cikgu dan penaja OUM kerana membimbing Beby.......

Ibu terpaksa mengundur diri sebelum majlis berakhir kerana ada komitmen lain sedang menunggu di sekolah.
Alhamdulillah Beby memahami......
Nasib si ibu bekerja....terpaksa membahagikan masa seadilnya untuk keluarga dan kerjaya..
Syukur kerana Allah sering permudahkan urusan ibu....Alhamdulillah.

Majlis penyampaian hadiah.
Pic ni ibu kidnap dari FB sekolah Beby.
Kumpulan Beby telah meraih Naib Johan Daerah dalam Language Enrichment Programme-Drama.

Beby menghadiahkan pihak sekolah dan ibu dengan kejayaan 
walaupun ibu tidak sempat melihat Beby menerima hadiah.
Alhamdulillah anak-anak mengerti kesibukan ibu demi mencari rezeki buat mereka.......

p/s:
Terima kasih semua di atas doa2 dan ucapan buat Angah......
Hanya Allah yang akan membalas kebaikan kalian......


4 November 2012

Doa Buat Angah a.k.a Farah Nadiah....

Esok hari penentuan untuk masa depan angah.
Langkah pertama untuk angah mengatur kehidupan yang lebih baik dan cemerlang.

Doa ibu buat anaknda Farah Nadiah a.k.a Angah :

Ya Allah..
Aku memanjat doa buat anaknda Farah Nadiah.
Lapangkanlah dada anaknda Farah Nadiah..
Berikan ketenangan buat anaknda Farah Nadiah...
Kurniakan kecergasan akal dan ketajaman minda....
Terangkan hati anaknda Farah Nadiah...
Permudahkan segala-galanya buat anaknda...
Semoga anaknda Farah Nadiah memperolehi kecemerlangan dalam
peperiksaan SPM yang dilaluinya...aminnn......

*Al-Fatihah ditujukan khas buat anaknda Farah Nadiah......

Doa yang sama buat along ibu titipkan buat Angah.
Hati seorang ibu yang sentiasa berdebar setiap kali anak menempuhi peperiksaan.
Dan ibu percaya angah mampu menghadiahkan kecemerlangan
buat kami kerana ibu tahu anak-anak ibu tidak pernah menghampakan ibu dan ayah.
InsyaAllah....aminn....

Gud luck Angah......

2 November 2012

Ibu Kena Brainwash....Huhuhu...

Ce baca tajuk tu.
Dasyatkan.
Semalam ibu kena serang.....

Nak tahu siapa serang ibu????????
Kisahnya ibu menanti "seseorang" dalam terpaksa.....
Orang yang di"tunggu" tiba juga akhirnya.
Pegawai Teknologi Maklumat daripada PKG.
Rutin kerja mereka.
Memantau PSS ibu buat kali ke 2.

 Timbunan fail-fail untuk pemantauan...
Abaikan skritting yang terlondeh itu...Hahaha...

Tak banyak komen dari mereka.
Tapi ibu diserang bertubi-tubi dengan sinis + perli2 yang pedas.
PTP 1: Kenapa la awak menolak percalonan  PSS cemerlang tahun ni Z???
Terkilan saya. PSS awak merupakan batch mark Zon ini...bla..bla..bla.....

PTP 2 : Apa lagi yang awak tidak puas hati dengan PSS awak nie.
Saya tengok ok je.. Failling pun ok......
Tidak ada yang kurang malah lebih adalah...bla..bla..bla....

GPK KO: Entahlah, setahu saya dia AJK PSS Daerah.
Dan mahir sangat dalam bab2 PSS dan jadi rujukan Sekolah2 lain....
bla..bla..bla....

PTP 1: Tahun depan jangan nak mengelak lagi.
Memang PSS awak akan saya calonkan untuk PSS cemerlang..
Kami akan bantu..Jangan risau....bla..bla..bla.....

3 jejaka terhangat serang ibu sorang2...
Ibu jawab sepatah 10 patah depa serang balas....
Sabar jelah......
*Ibu menekap kedua-dua belah telinga dan memejamkan mata tanda protes dan tidak setuju!!!!!
dan dengan sengalnya ibu jawab : tengoklah kalau saya masih wujud lagi di dunia ini......
Konon-konon untuk meraih simpati dan bagi menghentikan serangan dari mereka........

Dan akhirnya pemantauan berjalan lancar dan jayanya setelah depa berpuas hati menyerang ibu
yang tiada peguam bela disebelah....huhuhuhu....

Sementara menunggu kehadiran PTP itu, ibu sempat siapkan "Pokok Tokoh NILAM".
Tokoh-tokoh NILAM yang pernah mengharumkan nama sekolah, zon dan daerah.
Di kuntuman bunga itu terselit gambar Angah dan Naurah yang penah mengharumkan nama sekolah
hingga ke peringkat daerah......

Ni saja nak tepek.
Cenderahati yang ibu dapat  sewaktu menjadi hakim pemilihan
Tokoh NILAM 2013 dan Jejak Maklumat Peringkat Daerah
di Pagoh minggu lepas.......
Ibu juga dapat t-shirt.....

p/s:
Hari ni terlepas lagi program cuti2 bersama family sebab Sabtu ibu ada program di sekolah.
Minggu lepas pun ayah terpaksa berseminar tanpa kami menemani....

About me