20 Januari 2013

English In Camp 2013-Tajaan OUM

Salam sayang dan rindu semua.
Kebelakangan ini ibu tak begitu aktif up-date blog akibat masalah kesihatan.
Maaf ye jika ibu pun masih tidak sempat nak BW macam dulu.

Hari ni nak cerita tentang Beby a.k.a Farah Najdah.
Hari Khamis hingga Sabtu  Beby terpilih untuk menyertai 
English In Camp Tajaan OUM (Open University Malaysia) di Tanjung Balau, Kota Tinggi...

Sejak tahun lepas(masa Beby Form 4) Beby terpilih untuk mendapat tajaan OUM.
Hanya 4-5 buah sekolah yang terpilih dalam Daerah Muar dan setiap sekolah
cuma 20 orang saja pelajar yang dipilih setelah melalui peperiksaan tapisan @ kelayakan anjuran OUM.
Kisah Beby..Klik SINI dan SINI

Beby bertolak pada pagi Khamis.
Ibu sekadar hantar Beby di pintu masuk sekolah 
kerana bas akan membawa dia dan rakan-rakan ke sana.
Punyalah besar beg budak ni bawa.
Mengalahkan orang nak pergi haji......alahai...

English in camp 2013.

Beby....

 Pemandangan di pantai.
Tanjung Balau ni terletak di Kota Tinggi.
Kalau dari rumah ibu ke sana memakan masa lebih kurang 2-3 jam jugak la.....

 Wakil dari sekolah Beby seramai 20 orang.
Ini gambar rakan perempuan saja.
Yang lelaki dalam 10 orang juga kot...


Bukan main gembiranya budak ini....
Tiba-tiba ibu teringin nak ke sana.
Cantik sangat pemandangannya.
Sebenarnya banyak gambar yang Beby snap tapi ibu malas nak upload.
Entah kenapa internet kat rumah ni ada problem kalau nak upload gambar ke blog....
Kalau upload kat FB tak ada masalah pun.....Entahlah.

Waktu berendam sampai kecutttt....
Mereka menginap di Pelangi Balau Resort selama 3 hari 2 malam..
Semuanya di taja oleh pihak OUM...

Beby kata makan pun best kat sana...
Tapi katanya dia tetap rindukan masakan ibu...alahai anak...anak...

Pelbagai aktiviti dijalankan di sana.
ibu pun tak sempat nak ingat sebab Beby becok bercerita sampai ibu jadi penat.....hehehe....
Ada jungle tracking, aktiviti kumpulan, persembahan drama dan macam-macam....

Aktiviti dalam kumpulan.

 Persembahan kumpulan.
Ibu pernah ikuti program ini masa dijalankan di Hotel Pelangi Muar....KLIK SINI.

Group Beby bersama hadiah kemenangan.

 Bukan main seronok lagi si Beby nie.
Ni ibu ambil petikan kata-kata dari FB Beby:
I'm having so much fun at the camp .
Get to know new friends , get a new experience , get a knowledge and so many more .
This camp teach me to be more patient and always cooperate with each of the members .
My team ? WHITE TEAM ! 
Our team name ? TIGER WARRIORS !
Slogan ? WE ARE RARE AND WE ARE SQUARE !
Meaning of the hands ? WE ARE ALWAYS UNITED AS A TEAM !
The members ? Nach , Kasyah , Adha , Syud , Hazy , Leeya , Farina , Nurin , Aqaz , Nabila , Aliah !
Our faci ? Eftal !
Cheers ?

We got the T.I.G.E.R
We got the P.O.W.E.R
We got the T we got the P
We got the TIGER POWER !
TIGE POWER ! POWER ! ♥ ♥ ♥


Ibu rasa amat berbaloi-baloi program ini dijalankan kerana
ianya banyak menekankan dalam komunikasi Bahasa Inggeris.
Biasanya anak-anak mahir dalam penulisan tetapi segan untuk berinterasi dalam 
Bahasa Inggeris dengan rakan-rakan.
Tetapi ibu lihat Beby amat petah berinteraksi dan sebutan yang digunakannya pun amat-amat mengkagumkan.....

Terima Kasih OUM kerana memberi peluang serta menaja anak ibu serta rakan-rakannya dan
semoga program ini diperluaskan walaupun budget agak mahal untuk menaja
setiap orang pelajar sepanjang tahun.....
Kalau tak silap ibu, setiap pelajar ditaja dengan kos sebanyak RM1600 seorang.


32 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. . . .Hurrrmmm. . .Tanjung Balau. . .Kota tinggi. . .
    Semua menggamit memori. . .
    Tahniah kat anakanda . . .Semuga beliau akan terpilih lagi untuk masa2 akan datang. . .

    BalasPadam
  4. @mamaijat
    mesti ada memori yg indah kt sana kan kanda...
    InsyaAllah moga thn ni dia masih trsenarai utk ditaja.....

    BalasPadam
  5. Sungguh beruntung terpilih...

    Semoga bertambah bagus bahasa Inggerisnya seleps balik dari kem ini.

    OUM tak mau taja kem English untuk belia dan orang dewasa ke...?

    BalasPadam
  6. Mmg sesuai pendedahan kem sebegini tuk ank2...

    BalasPadam
  7. Mana gambo beg beso mcm nak gi haji tu...nak ngk...nak ngk...ahakz

    BalasPadam
  8. Tahniah Beby! Moga Beby terus cemerlang..

    BalasPadam
  9. Bertuahnya Beby...Tahniah ya dear...

    p/s..Mp jawab soalan NzA kat sini ya, kalau nak buat 2 tngkat, kena pastikan tapak asal kukuh..Tapi Mp buat tiang baru coz tapak asal mmng tak kuat..cuma Mp brnasib baik coz husb kntrktor sndiri......bila tanya husb pasal ni, berjela2 jawapannya.....tapi tak pandai pulak nak terangkan semula pada NzA...

    BalasPadam
  10. best jugak prog camni...mkn bertambh ilmunya kan..

    BalasPadam
  11. Cantiknya Tanjung Balau tu NzA, ummi memang tak pernah sampai lagi. Nanti kalau NzA ke sana, kongsikan kat blog ye, mana tau, ada kelapangan boleh juga ummi bercuti ke sana.

    Memang nampak meriah dan bermakna kem tu. Tahniah buat Beby dan rakan2..

    BalasPadam
  12. Bertuah beby, kerana terpilih.
    Yati pernah sampai Kota Tinggi, tapi pi Desaru. :)

    BalasPadam
  13. untung beby... baik untuk BI nya, kat tempat akak ni takde pulak program macam ni

    BalasPadam
  14. bagus juga ada program camni, anak2 dpt berseronok kat luar sekali sekala..

    BalasPadam
  15. @Muhammad Syahmi
    Alhamdullillah sejak 1 thn yg lalu dia trpilih..setiap minggu dia akn diberi tuisyen prcuma BI n sertai kem ni bbrapa kali..
    Ni rasanya projek rintis OUM..mungkin akn diperluaskan lg kot.....

    BalasPadam
  16. @Ena's Palace
    2lh mmg amat brkesan sbb pembelajaran byk menggunakan praktikal....

    BalasPadam
  17. @Nor Salmi
    TQSM Kak mie...nudahan begitulah....

    BalasPadam
  18. @MulutPayau
    TQSM MP.....

    TQSM cz tlg jwb di sini..InsyaAllah kalau ada rezeki lebih tringin juga nk renovate kt atas tu......

    BalasPadam
  19. @Jemarisuri
    mmg bagus...moga ianya diperluaskan lagi....

    BalasPadam
  20. @ummiross
    2lh tgk gmbar dh tau mmg cantik tmptnya..nza pn xpernah smpai lagi kt situ...tringin jugak.....

    TQSM ummi....

    BalasPadam
  21. @Yati
    TQSM...alhamdulillah syukur.

    akak pn blm smpai lg ke situ...

    BalasPadam
  22. @ibuintan
    Alhamdulillah kak, rezeki Beby....mmg nmpk kelebihan program OUM nie.

    BalasPadam
  23. @kasih Salina
    mmg bagus sgt2...anak2 dpt belajar smbil santai2....

    BalasPadam
  24. untung beby dpt peluang macam nie,bkn sng nk dpt.dpt belajar smgt berkumpulan,dpt bersantai,kenal kawan2 baru n so on..

    tg balau ni lautnya boleh tahan cantik.dulu kan sy tinggal area kota tggi, jadi sgt familiar dengan laut tg balau..:)

    BalasPadam
  25. to PK
    Alhamdulillah syukur krn dia trpilih antara ribuan pelajar....
    Mmg best program ni sbb tuisyen ditaja n segala program pn ditaja 100%....

    oic...akak xpernah lg ke sana....

    BalasPadam
  26. Bagus sungguh program ni. Inilah antara elemen yang patut ditekankan oleh graduan Malaysia.

    BalasPadam
  27. semoga ibu dah sihat sepenuhnya...

    baguslah program OUM ni. mmg anak2 kita ni tahu/faham bahasa inggeris, tp nak speaking tu tak konfiden

    BalasPadam
  28. kreatif sungguh motto grup beby ni...

    insyaAllah, bakal lecturer english ni. aminn ;)

    BalasPadam

Setiap kunjungan didahului ucapan terima kasih...InsyaAllah akan dibalas kunjungan anda.