6 Mei 2015

Bila Angah Mula......

Bersua kembali setelah ibu menyepi.
Banyak perkara berlaku kebelakangan ni yang menyebabkan ibu sibuk sangat100X.
Bertambah menyepi sejak ibu berpindah ke rumah baru 3 minggu lepas.
Tiada talian internet juga jadi penyebabnya.....
Bertambah sibuk terpaksa menguruskan 2 buah rumah serentak.
Rumah yang ditinggalkan dan menguruskan rumah baaru.
InsyaAllah nanti ibu buat n3.

Kali ni nak cerita draf yang terperam entah berapa lama.
Kisah semasa cuti semester lepas, lama jugaklah 3Farahs kat rumah.
Sejak masuk U dan bercuti semester, Angah dan Along semakin rajin bereksperimen di dapur.
Along masak untuk lunch dan dinner manakala Angah lebih mahir menyediakan desert.
Ibu dengan rasminya dilantik sebagai 'mem besar' dan merangkap juri untuk menilai
 setiap hidangan  Angah dan Along..
Ibu feeling2 jadi juri......

Hari ni ibu nak tepek kisah Angah dulu la ye.
Dah lama ibu peram dalam draf ni.
Oklah...kita jamu mata dengan gambar jelah dulu.
Ibu nak tepek resepi pun ibu tak tahu sebab 100% Angah yang masak.
Kalau nak resepi google ye sebab Angah ambik resepi ni dari internet jugak....he3x

Ibu belikan mixer baru khas untuk Angah....Berbaloi-baloi rasanya.
Sekarang ibu dah packing semula masuk kotak....huhuhuhu....

Shepherd Pie
Resepi Shepherd pie Angah yang simple tapi sedap.
Yang ini ibu ada simpan resepi sebab Angah selalu masak pie ni sebab
jadi kegemaran kami sekeluarga..

                                                     Brownies + vanila aiskrim.
Brownies + vanila aiskrim.
Resepi ni ibu tak sempat tanya Angah.
Angah kata dia google je cari resepi.

Spaggethi
spaggeti
Yang uniknya angah cocok sosej yang telah dipotong pada batang spaggeti dan baru direbus.....
Katanya senang nak bahagi sama rata...he3x.....

Kek Pisang
Kek pisang yang comel.

Resepi Kek pisang ringkas :
Bahan A
1 cawan minyak masak
3/4 cawan gula pasir (kurangkan kalau tak suka manis)
2 cawan pisang dilenyek
1 biji telur
secubit garam.
*semua bahan diatas tu kisar sampai sebati dan masukkan
ke dalam bahan B

Bahan B
2 cawan tepung gandum
1 sudu besar soda bikarbornat
1 sudu besar baking powder
Gaul rata dan masukkan dalam loyang yang telah disapu minyak/majreen
Bakar selama 45 minit dengan suhu 130-150 darjah celcius.

Chicken Wrap
chicken wrap ni pun sedap sangat.
Resepinya pun Angah google je .....

Kentang Putar
Resepi kentang putar pun angah ambil dari en google,...

Puding Ceramel
Ibu rasa semua orang pandai buat puding ni.
Angah paling suka buat puding nie.
Feveret anak-anak ibu jugak.
Sedap dan mudah disediakan.

Lasagna
Ibu panggil "lazatnya"....he3x...
memang sedap sangat.

Churros
Resepi Churros klik SINI

Kalau orang Melayu kuih ni dipanggil kuih belimbing.
Sama tapi tak serupa.
Maksud ibu rasanya sama cuma bentuk dan namanya yang tak serupa......
Simple dan sedap dimakan.
Ok tu aja untuk hari ni...
Sila jamu mata dengan makanan2 tu ye...he3x.

13 ulasan:

  1. untung ada warisnya perempuan....

    BalasPadam
  2. semuanya sedap2..pandai angah masak.untunglah ada anak dara pandai masak,ibunya jadi juri je!

    BalasPadam
  3. aduhai bestnya...masak2 makan2 sama keluarga...

    BalasPadam
  4. aduhai bestnya...masak2 makan2 sama keluarga...

    BalasPadam
  5. woowww sedap2 belaka.. boleh jadi blogger masakan angahni nanti... memang mana tumpahnyer kuah kalau tak ke nasikan..

    BalasPadam
  6. Wooooowwww..rajinnyaaa...semuanya sedap2 tu kak.... wa paling suka shepherp pie tu....memang sedap

    BalasPadam
  7. Bestnya, bestnya... ada anak dara yang rajin ke dapur. Nampak sedap semua masakan. :)

    BalasPadam
  8. untung nza..anak2 perempuan dah ambil alih dapur

    BalasPadam
  9. Sy nk order ciken wrap ngan lasagna...bleh ibu...?;-p

    BalasPadam
  10. Eh, uniklah kak cucuk sosej kat spaghetti! Macamana ya Angah buat. Teruja pulak saya nak tahu!

    Untung akak ada anak-anak dara yang pandai masak. Memang macam mem besar. Ni kira berangan ala-ala juri rancangan 'Chopped' lah tu ~_^

    BalasPadam
  11. Terliur sngguh tengok semua masakan yg ada ni.

    Pandai dan rajinnya anak2 dara akak ni masak ye..

    Seronok nye lahai.. :D

    BalasPadam
  12. bagusnya..
    mcm2 menu dh dicuba tu

    BalasPadam

Setiap kunjungan didahului ucapan terima kasih...InsyaAllah akan dibalas kunjungan anda.