25 November 2014

Farouk Mencari Ilmu Akhirat

Hari ini masuk 3 hari Farouk tiada disisi ibu.
Bermula 22.11.2014 hingga 6.12.2014 Farouk mendalami ilmu akhirat
di Kem Smart Quran (KSQ).
Tahun ke 2 Farouk dihantar selama 2 minggu di Madrasah Raudatul Muttaqin.
(Tahun 1 klik SINI)



Hati ibu mana tak sedih....bohonglah kalau ibu kata tak rindu pada jejaka terhangat ibu.
Kami jarang berpisah.....Farouk sentiasa setia disisi ibu.
Hari pertama baru 1 jam dia di sana ibu dah tak tentu arah.
Hari ke 3 jiwa ibu gundah gulana.
Ibu menyibukkan diri dengan pelbagai aktiviti...
Kelmarin ibu melawat ke tempat Along dan Angah...semalam ibu berdating dengan ayah,
hari ni je ibu dah kepenatan walaupun pagi2 ayah dah sibuk ajak berdating lagi.
Terbayang-bayang  Farouk memeluk ibu..mencium pipi ibu....
membelai kaki ibu (katanya nak cari syurga ditapak kaki ibu....he3x.....).

Ibu kuatkan hati...ibu perlu berkorban seketika.
Biarlah Farouk mendekatkan diri pada Allah.
Ibu dan Ayah ingin melihat Farouk menjadi anak yang soleh....
anak yang cemerlang dunia dan akhirat.
Satu-satunya waris lelaki dalam keluarga kami.
Dan semoga Farouk bakal mengantikan atok-atok ibu
yang bergelar ulamak  dan abah ibu yang bergelar tok guru......InsyaAllah....

Good luck Farouk.
Timbalah sebanyak mungkin ilmu akhirat di sana.
Kejarlah taman syurga disana .......

Ilmu yang tak mampu ibu dan ayah berikan sebaik ustaz dan ustazah
yang lebih pakar di sana.
Basahilah bibir Farouk dengan khalimah2 Allah.......InsyaAllah.
Hanya ilmu agama mampu menerangi alam kita di sana nanti......

Sesungguhnya saat ini ibu terlalu rindukan Farouk......

20 ulasan:

  1. Samapi masanya, kita kena melepaskan juga anak-anak kita untuk mereka membina kehidapan mereka...

    semoga Allah SWT merahmati anak2 kita dengan limpah kasihNya.

    Aaminnn...

    BalasPadam
  2. Betul kak ibu. .. Dulu itu lah yg mama selalu rasa setiap kali hantar qayyum ke kem.... Tak tergambar rasa rindu itu. .. Semoga farouk berjaya duniawi dan ukhrawi

    BalasPadam
  3. kak.. berkorban utk kebaikkan dia kan~
    moga farouk berjaya dunia dan akhirat.. amin~

    BalasPadam
  4. Insya Allah...Farouk nampaknya sangat serasi dengan ibadah... Semoga makbul lah doa ibunya ini....

    BalasPadam
  5. semoga ilmu yang diperolehi dapat dimanfaatkan di dunia dan di akhirat kelak, amin...

    btw done follow u dear... follow mine too :) - Noob

    BalasPadam
  6. semoga mendapat ilmu yang bermanfaat

    BalasPadam
  7. @Kakcik Nur
    setuju dgn kakcik...masa sntiasa brputar....kita akn alami situasi yg sama, saat2 kita meninggalkn ibubapa dulu...

    BalasPadam
  8. @Joanna Yunus
    Insyaallah....amiin....setiap saat merindui dia.

    BalasPadam
  9. @Aziela
    Insyaallah...mudah2an impian kami jd kenyataan

    BalasPadam
  10. @Prince of Noob
    InsyaAllah...aminn..
    TQSM dear...nnti akak p terjah.

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah..
    Smoga dipermudahkan sgalanya buat Farouk

    BalasPadam
  12. to Lyafrina
    InsyaAllah....amiin....

    BalasPadam
  13. Alhamdulilah....semoga farouk mendpt ilmu di sana...sejuk hati tgk..

    BalasPadam
  14. @ayu Ismail
    Insyaallah...mudah2an gitulah....amiin.

    BalasPadam
  15. Aduh, kak! Macam mana rasanya bila berjauhan dengan satu-satunya bujang terhangat? Saya memang tak sangguplah, kak. Tapi kalau dah terpaksa, kenalah lepaskan jugakan. Takkan nak suruh dia duduk bawah ketiak kita je sampai tua. Lagi masak nanti!

    BalasPadam
  16. @Mummydearie
    Huhuhu....trpaksa tabahkan hati demi menimba ilmu....

    BalasPadam

Setiap kunjungan didahului ucapan terima kasih...InsyaAllah akan dibalas kunjungan anda.