5 Mac 2012

Kepenatan Terubat.

Kisah dah basi sebenarnya ni.
Tetapi nak buat n3 juga.
Sebagai motivasi untuk diri sendiri.

Pagi Rabu lepas,
sewaktu sampai ke sekolah ibu terpandang 3 keping sijil atas meja.
2 Sijil Penghargaan dan 1 Sijil untuk Naurah.
Hari berbunga riang.
Tidak disangka-sangka PSS sekolah ibu berjaya merangkul gelaran 
Naib Johan Peringkat Daerah.
Mengalahkan ratusan buah PSS Daerah.
Terubat segala kepenatan ibu.
Sekurang-kurangnya jadi penawar ke"stress"an ibu saat ini.
Masih terbayang-bayang saat ibu diserang oleh PTP/Pemantau.
Diasak dengan macam-macam soalan.
Kisah lanjut klik n3 " FUh!!!Berpeluh Hingga ke Kaki"...

Sijil Penghargaan ke 2 diterima dari BTP Johor setelah salah
seorang pelajar SKPK Farah Naurah
merangkul gelaran Tokoh NILAM Daerah dan layak ke peringkat negeri.
Pihak sekolah juga menerima penghargaan di atas kejayaan Naurah.
Terima kasih dan Tahniah  kakak Naurah kerana mengharumkan nama sekolah kita....

 Juga Sijil Penghargaan empunya diri Farah Naurah.
Ibu agak terkilan kerana nama Ayah jadi Mohamad....hu.hu.hu....

Dan hari ini Naurah diraikan oleh pihak sekolah.
Sijil disampaikan di tapak perhimpunan.
Kata-kata semangat diberi oleh cikgu-cikgu.
Menjadi contoh kepada rakan-rakan yang lain.....


26 ulasan:

  1. tahniah farah dan jugak untuk akak =)

    BalasPadam
  2. tahniah NzA, tahniah Naurah, berbaloi jugak rasanya setelah bertungkus lumus tu kan NzA..Alhamduillah berhasil.

    BalasPadam
  3. to cheqna
    thanks cheqna....

    BalasPadam
  4. Tahniah buat ibu & anak..
    Sama2 hebat tu..
    Moga terus cemerlang.

    BalasPadam
  5. Tahniah buat ibu & anak..
    Sama2 hebat tu..
    Moga terus cemerlang.

    BalasPadam
  6. to ummiross
    thanks ummi..berkat doa n sokongan semua....

    BalasPadam
  7. to k.mie
    thanks k.mie.......moga begitulah seterusnya...amin...

    BalasPadam
  8. Tahniah buat anak beranak nie.gandingan yg mantap.hehe..

    BalasPadam
  9. Tahniah utk ibu dan anak...
    Sama2 hebat....

    BalasPadam
  10. tahniah buat ibu n anak... berbaloi2 usaha selama ini

    tahniah moga tahun depan jadi juara pula

    BalasPadam
  11. Tahniah naurah...juga pd cikgu/ibu nya juga...wahh sama sama hebat..mana tumpahnya kuah klau tak ke nasi...tahniah..:)

    BalasPadam
  12. penat lelah akak berbalas jugak. tahniah ye naurah.

    BalasPadam
  13. to PK
    thanks...secara kebetulan./.

    BalasPadam
  14. to MP
    thanks MP....secara kebetulan tu...ngee....

    BalasPadam
  15. to ibu intan
    Alhamdulillah, penat lelah trubat...2 thn kena rehat dr dinilai...bonus utk PSS cemerlang...ngee..lega.

    BalasPadam
  16. to saniah
    thanks.......InsyaAllah, semua tu sebagai motivasi diri sndiri....

    BalasPadam
  17. to anisalya
    Alhamdulillah....syukur..thanks...

    BalasPadam
  18. to cikli
    begitulh kira2nya.....

    BalasPadam
  19. tahniah kak... tak sia2 keringat yg akak curahkan utk PSS tercinta. n tahniah utk farah naurah juga!

    BalasPadam
  20. Tahniah...tahniah.... Hasil usaha yang disertakan keikhlasan....

    BalasPadam
  21. to izan
    sbnarnya akak lakukan seikhlas hati tnpa hrpkan apa2 ganjaran..ttp kalau dh trpilih tu merupakan 1 bonus..thanks izan....

    BalasPadam
  22. to aziela
    thanks azie...Alhamdulillah, kejayaan yg xdiduga...

    BalasPadam

Setiap kunjungan didahului ucapan terima kasih...InsyaAllah akan dibalas kunjungan anda.