5 Februari 2015

Resepi Ringkas Percik Ayam

Salam rindu semua.
Alahai sekarang ni kesibukan makin mejadi-jadi.
Bersawang dah blog ibu.
1 minggu cuma sempat update 2-3  entri je....huhuhu.....

Petang-petang ni nak cerita tentang makan dan makan.....
Lama dah tak masak ayam percik versi mama.
Rindu masakan mama.
Sejak mama sakit dan tidak boleh berjalan ibu dah tak dapat rasai lagi air tangan mama...huhuhu...
Meh kita intai2 resepi :

Resepi Percik Ayam:

Bahan:
1 ekor ayam di potong 4
1 kotak santan ( ibu ni seorang yang teramat tak rajin nak perah santan)
1 inci halia-kisar
3biji bawang merah-kisar
1 ulas bawang putih-kisar
2-3 sudu besar tepung beras/tepung jagung/tepung gandum ( untuk pekatkan kuah)
serbuk cili 
asam keping
garam dan gula secukup rasa.

Cara:
rebus potongan ayam, letakkan sedikit garam
biarkan separuh masak dan toskan.

Kuah/sos:
1. Masukkan semua bahan-bahan diatas kecuali ayam.
2. kacau hingga pekat.
3. Panggang ayam..balik2kan.
4. Celup ayam ke dalam kuah dan panggang lagi.
5. Semasa menghidang, curahkan baki kuah ke atas ayam.

Selamat mencuba.

p/s:
tak sempat lagi nak siri jelajah ke blog rakan2....huhuhu.....


14 ulasan:

  1. Mmg mudah sgt ni..boleh nti aplikasikan pakai pemanggang ajaib.hehe

    BalasPadam
  2. Sedapnya kak...terliur kite hehe

    BalasPadam
  3. semoga ibu kNza cepat sihat ... sy suka ayam percik cam sedap sgt la... hmm terliur

    BalasPadam
  4. Terima kasih kongsi resepi nza..ada masa nanti boleh cuba buat

    BalasPadam
  5. Salam kak!

    Lama tak jengah sini ingatkan pengsanlah saya nak khatam membaca kat blog akak ni. Nasib baik akak pun sibuk. Selamat saya *_*

    Ayam percik ni favorite saya semenjak dua menjak ni. Selalunya belilah, kak. Buat tak pernah lagi. Dah terlanjur akak kongsi resepi nanti saya nak cuba buatlah. Anak-anak dan suami pun memang suka ayam percik ni!

    BalasPadam
  6. mudah rupanya resepi percik ni..

    thanks sharing :)

    salam kenal.jemput ke blog nana

    BalasPadam
  7. @Nur Inani
    simple tapi sedap..nani cubalah masak.

    BalasPadam
  8. @Puan Kutu
    akak pn guna pemanggang ajaib jugak ni PK..malas nk bersihkan avon tu bila dh masak....

    BalasPadam
  9. @eima
    InsyaAllah...amiin...he3x...mmg terliurkan.

    BalasPadam
  10. @Mummydearie
    w.salam.....huhuhu...akak pn sibuk sgt2 skrg...byk sgt program....xsmpt nk jelajah rumah kwn2 mcm biasa.
    ni resepiyg sgt simple.....senang dimasak n sedap dimakan.

    BalasPadam
  11. @kehidupan sihat
    ni resepi yg simple je nana...yg pnting sedap.

    ok nana, insyaallah..nnti akn jengah.

    BalasPadam

Setiap kunjungan didahului ucapan terima kasih...InsyaAllah akan dibalas kunjungan anda.