9 Januari 2015

Lokching Homemade

Kebelakangan ni ibu begitu gigih membuat lokching a.k.a satey ikan sendiri.
Makanan feveret ibu dan setiap kali balik kampung pasti ibu akan cari....
Rindu kampung punya pasal...ibu rajinkan diri.

Nilah benda alah yang menjadi kegilaan ibu...Lokching a.k.a satey ikan.

Maka dengan gigihnya ibu cuba buat sendiri.
Bukan susah sangat cuma kemalasan ditahap tertinggi buatkan
projek ibu terbengkalai.....
Dan sudah pastinya ayah jadi orang yang sedia berbakti mencari
bahan-bahan yang si isteri inginkan.......

 Bahan-bahan :
1/2kg tepung ubi/kanji
1 kg ikan selayang di buang tulang dan kisar(nak tumbuk pun boleh)
1 biji bawang besar di kisar
1 sudu besar soda bikarbonat
sedikit garam dan serbuk perasa.

Semua bahan digaul sebati serta diuli membentuk doh.
Bentukan bulat-bulat kecil.
Goreng sekejap dan kemudian di cucuk pada lidi satey.
Bakar sekejap....(sila rujuk gambar di atas)
dan celup dalam sos manis/sos pedas.

 Ini versi orang malas seperti ibu.
Goreng sampai tak hinggat dan campak dalam pinggan...
Menimbun.....
Lagipun stok lidi tak ada....
Tak sampai hati nak suruh ayah keluar lagi semata-mata  beli lidi satey....
Baikkan ibu...ha3x....

Anak-anak pun confius bila ibu kata tu lockhing...
Masing-masing diam...no komen.
Ibu tahu dalam hati masing-masing komen ibu......

Ni sosnya.
Cara-cara :
Tumis 3 ulas bawang putih yang telah diketuk.
Masukkan air, 2 sudu besar tepung ubi/kanji, pewarna merah dan gula.
Kalau nak pedas masukkan serbuk cili.
Masak hingga agak pekat.......

Dah penat gentel bulat-bulat.....tiba masanya ibu gentel panjang2.....
Ha2x......maka terhasilnya keropok lekor yang sangat sedap.
Bahan pun sama jekan....

Ok selamat mencuba....Cuma jangan jadi resepi "derhaka"
macam ibu ye......he3x....

p/s:
Semalaman ibu xdapat lena risaukan  penerbangan ayah kerana
cuaca semalam tidak begitu baik....Syukur Alhamdulillah ayah selamat tiba.

27 ulasan:

  1. minggu lepas beli kat pasar malam..3 cucuk rm1, beli rm3, baru 9 cucuk..takde dapat extra pon..hehehe..
    boleh la cuba resepi ni nanti

    BalasPadam
  2. haaaaaaaa sedapnye .... terer la buat sendrik

    BalasPadam
  3. memang sedap ni...terus plan nak cuba buat pulak weekend ni ibu

    BalasPadam
  4. peberet kami jugak ni kak nza..selalu jugak beli..10batang rm2 tak puas mkn sorg..nmpknya lepas ni kena buat sendiri la bila ada stok ikan.tq resepinya..:)

    BalasPadam
  5. Sedapnya Lokching ni kak.... Kat Rantau Panjang dan Pengkalan Kubor, banyak orang jual kan. Sedap. Rajin betul akak memprosesnya.

    BalasPadam
  6. Tak pernah makan...rasa nak gi muar rasa air tangan akak hehhehe

    BalasPadam
  7. Acik tak pernak makan sate ikan ni NzA..bukan kata tak suka..tapi rasanya tak pernah jumpa

    BalasPadam
  8. saya baru tau org panggil lokching..ada jumpa kat kuantan ingat kopok lekor biasa jek tp cucuk lidi..hihi..aeppon, mmg sedap.saya suka, saya suka..=D

    BalasPadam
  9. Hu... Kalau cicah dengan sos cili thai ni lagi sedap. Saya boleh hadap satu besen, sorang-sorang jer ni...

    BalasPadam
  10. Sedap lokcing ni. Rajin kak Nza buat. :)

    BalasPadam
  11. Rajin akak menguli. Buat sendiri mesti puas hatikan. Dapat makan byk sampai puas.. :D

    BalasPadam
  12. Salam kak. Baru tau namanya lokcing. Biasa kat sini selalu tgk org jual atas motor. Tapi tak tau la itu makanan yang sama ke tak

    BalasPadam
  13. @Mar Mansor
    kalau kt r.panjang masih dpt 6 cucuk Rm1...mmg mkn xsedarkan...sedap.

    BalasPadam
  14. @eima
    simple je nk buat eima...puas mkn.

    BalasPadam
  15. @Ann Ishak
    mmg puas hati kalau buat sendiri...cubalah....berbaloi.

    BalasPadam
  16. @Puan Kutu
    betul tu PK....leka mkn benda alah ni...cubalah buat...simple je n bhn2 pn senang dpt.

    BalasPadam
  17. @Aziela
    aha aziela..kalau p sana mmg akak akn cari lokching dulu....he3x...

    BalasPadam
  18. @Acik Erna
    sedap acik tapi area sini xde jual la..

    BalasPadam
  19. @Lily Mama Zara|Zareef|Zayed
    itulah lockhing lily....nama tu dr selatan thai....

    BalasPadam
  20. @insan marhaen
    Ha3x...betul tu IM...mkn ni mmg xsedar.....

    BalasPadam
  21. @Yati
    teringin sgt yati...sini xde jual.

    BalasPadam
  22. @Zefa NorAsmara
    uli manja2 je zefa tapi puas hati dpt mkn puas2...he3x

    BalasPadam
  23. @Normaliza
    betul la tu..biasanya mrk guna moto atau basikal jual ni serata tempat....

    BalasPadam
  24. Janji menjadi dan boleh makan sudahlah, kak. Bukan nak dijual kat kedai pun. Hahaha!

    Kira bila time rajin sampai, macam-macam kejadian berlaku kat dapurlah ya, kak *_*

    BalasPadam

Setiap kunjungan didahului ucapan terima kasih...InsyaAllah akan dibalas kunjungan anda.