29 Januari 2015

Kisah di Sebalik Tabir- Januari

#Throwback-Penghujung December (29.12.2014)sekolah ibu anjurkan kursus Frog-Vle.
Ni bukan cara-cara membela katak ye ibu-ibu tapi pembelajaran mengunakan teknologi ICT.
Sekolah ibu terpilih jadi perintis dan tahun ni adalah tahun ke 3.
Jika berjaya program ini akan diguna pakai seluruh Malaysia.
Farouk antara wakil pelajar dipilih oleh cikgu penyelaras ict sebagai mentor pada rakan-rakan.
Penceramah didatangi khusus dari Putra Jaya.

14.1.2015 (Rabu)
Awal minggu pertama PSS dan Makmal Komputer ibu menerima tetamu.
Pemantauan dari Pegawai Teknologi Maklumat.
Emmmm...saban tahun macam nilah.
Alhamdulillah semua dapat komen membina dan membahagiakan ibu....terubat penat lelah.

23.1.2015 (Jumaat).
Program Akur janji murid tahun 6 pula dijalankan.
Pertemuan 4 mata antara pihak sekolah dengan ibu bapa calon UPSR 2015.
Walaupun hujung minggu kami tetap bekerja.
Tak kisahlah...yang penting semua tu untuk
kecemerlang anak-anak didik.
Ayah secara rasmi dilantik sebagai pengerusi wakil ibu bapa.
Awal-awal ayah maklumkan dia terlalu banyak komitmen lain dan banyak urusan diluar kawasan.
Cuma ayah berjanji cuba sedaya upaya beri komitment setakat yang terdaya...

25.1.2015 (Ahad)
Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan.
Sebelum sesuatu program bermula banyak
urusan dalaman perlu disiapkan.
Alhamdulillah majlis berjalan lancar.

26.1.2015 (Selasa).
Ibu bersama 2 orang rakan berkejar ke
Jakel Melaka selepas balik sekolah.
Kiranya atas urusan sekolah juga.
Sesi menjelajah mencari batik untuk dipakai
pada Majlis Mesyuarat Agung PIBG bulan
3 nanti.
Singgah cuci mata di butik tudung Ariani.
Tapi sekarang ibu lebih selesa dengan koleksi pearl haya.

28.1.2015 (Rabu).
Awal pagi diadakan latihan merentas desa.
Ibu sempat jenguk sekejap kerana perlu hadiri bengkel.
Ibu menghadiri Bengkel Penyelarasan di PLG untuk pertama tahun ni.
Ni bukan bengkel baiki kereta ye tapi bengkel semakan CD yang dibekalkan ke sekolah2.

Itulah antara program yang berjalan sepanjang bulan Januari.
Sebenarnya banyak lagi program sampingan
berjalan.

Bulan Februari dah bersusun program sedang menantiiiiii........emmmm..,,

22 ulasan:

  1. Rasanya kerja sebagai cikgu lebih sibuk dari kerja sebagai engineer macam saya dulu...

    BalasPadam
  2. Tugas cikgu nmpk macam mudah..perlu byk pengorbanan jugak..nasib juga ramai yg menghargai daya usaha akk..

    Syabas farouk!ayah pun aktif juga ye.klu tak,takkan jadi pengerusi

    BalasPadam
  3. bila jadual dah tersusun tu jadi mudah kan NzA..biar pun sibuk tapi kerja teratur

    BalasPadam
  4. cikgu tugas kerjaya paling mulia..selamat mendidik anak bangsa kak

    BalasPadam
  5. sibuknyer kak....tp mmg mcm nila.. awal tahun mcm2 program kena rangka kan..ila masih setia dgn ariani....

    BalasPadam
  6. akakkk...
    selamat bertugas ...hihi

    BalasPadam
  7. salam,

    akak, yg rs berslh tu kdg2 keja utama kita utk mengajar terabai sbb buat keja2 yg lain huhu...

    BalasPadam
  8. @insan marhaen
    cikgu kerja xkira masa IM...cuti pn kena kerja....kat rumah pn bekerja.

    BalasPadam
  9. @Puan Kutu
    tulah...cikgu2 xboleh berkira ttg tenang, wang ringgit dan masa demi kecemerlangan ank2 didik...

    he3x....like father like son...

    BalasPadam
  10. @Acik Erna
    aha acik...biasanya program kami siapkan sblm menjelang 2015

    BalasPadam
  11. @Aziela
    rasanya sama je kot sk mana2 aziela....he3x...

    BalasPadam
  12. @Iela Fazielah
    2lh, sepjg thn sibuk ilah...
    akak berkenan jugak tapi dh selesa dgn pearl haya sbb simple..sesuai dgn umo akak...he3x....

    BalasPadam
  13. @Areef Naim
    w.salam.....hanya cg yg memahamikan areef.....InsyaAllah tugas hakiki tetap jd keutamaan walau sesibuk n sepenat mana pn....

    BalasPadam
  14. kerjaya sebagai pendidik semakin mencabar kan kak...padat je jadual nye.

    BalasPadam
  15. Begitulah tugas seorang guru, lebih-lebih lagi pada awal dan akhir tahun.

    Saya pun sama, sampai terpaksa tinggalkan blog berdebu dan bersawang...

    BalasPadam
  16. @Murni Alfathunnisa
    Mkin lama mkin mencabar dik..trkdg rasa xmenang tngan nk jlnkn semua tu

    BalasPadam
  17. @Muhammad Syahmi
    2lh kan syahmi, sepjg thn penuh dgn pelbagai aktiviti....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semoga Allah memberikan ganjaran yang berlipat kali ganda kepada semua guru yang ikhlas berkhidmat untuk membangunkan anak bangsa.

      Amin

      Padam
  18. Sibuk sungguh cikgu sekarang ya, kak. Kalau dulu tugas cikgu mengajar anak murid sampai pandai je.

    Kak, bab 'bela katak' Frog-Vle tu, saya ni memang tak faham sesen pun. Dahlah anak sekolah Cina. Masa Abang di Tahun 1 saya ada dapat kertas dari sekolah tentang password untuk makpak dan anak tapi penerangan sampai la ni takda beritahu. Mesyuarat PIBG of courselah tak pergi, semua dalam Mandarin. Takkan sekejap-sekejap nak kena translate untuk makpak minoriti macam kami ni. Kalau call ke sekolah nak bertanya, asyik kena marah dengan kerani sekolah jerk! Nyampah!

    BalasPadam

Setiap kunjungan didahului ucapan terima kasih...InsyaAllah akan dibalas kunjungan anda.