7 April 2014

Angah dan Asasi

Hari Jumaat seawal 4.30 pagi ibu, ayah dan Naurah
bertolak ke Kuantan.
Farouk tidak dapat ikut serta kerana dia ada kelas taekwando.

Hari Jumaat merupakan hari terakhir
Angah bergelar pelajar Asasi.
Setelah hampir 1 tahun Angah berhempas pulas
 belajar dengan tajaan di UiTM Kampus Kuantan.
Akhirnya tamat sudah program asasi yang memakan masa tidak sampai setahun.
Insyaallah...bulan 9 nanti Angah akan menyambung degreenya,....

 Kami singgah di Muadzam Shah untuk solat subuh.

 Tiba di Kuantan pada 7.20 pagi.
Tiba di kolej angah pada 7.40 pagi.
Perjalanan mengambil masa 3 jam.
Awal pagi jalan penuh dengan lori besar.......

 Setiap pertemuan pasti ada perpisahaan. Hampir setahun mereka hidup bersama.
Hidup diperantauan..jauh dari keluarga..
Belajar bersama, berkongsi cerita...
susah senang diharungi bersama.
Tibalah masa mereka membawa haluan sendiri.
Entah akan bersua lagi ke tidak.......
Sayu bila ibu tengok keakraban mereka.
Berpelukan dan diiringi airmata...

Selesai urusan mengangkut barang kami terus berangkat
pulang semula ke Muar.

Ibu doakan agar Angah dan rakan-rakan sealiran
terus cemerlang....InsyaAllah.....aminn.....




24 ulasan:

  1. Aamiin.insyaa allah.sebak juga acik rasa

    BalasPadam
  2. Sedihkan bila berpisah.. semoga angah terus suksess dalam akademik..

    BalasPadam
  3. biasalah...nanti2 blh jumpa balik..tp susah dah la..sebab masing2 dah bz kan

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum.. alhamdullilah. tak lama lagi sambung degree pula. hehe bestnya study.. singgah menabung colgate sini~~~

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah boleh teruskan kecemerlangan itu Angah. Memang sedih bila berpisah sebab dah selalu belajar bersama... dah macam adik-beradik.

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah, tahniah Angah. Moga tercapai segala cita-cita di Universiti nanti.

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah, tahniah Angah. Moga tercapai segala cita-cita di Universiti nanti.

    BalasPadam
  8. skejap plak rasa angah dah setahun di kuantan..ehhh..sayalah rasa skejap mesti ibunye rase lameeeeeee berpisah ngan anak kan..hihi..nway, pasni angah smbung degree kat ner plak kak..all the best utk angah yek..=)

    BalasPadam
  9. Kejap je dh hbs. Nanti smbg degree pulak ye? Gud luck angah.

    BalasPadam
  10. ALHAMDULILLAH....dah lepas satu tahap ye kak...tahniah angah...in sha Allah lepas ni akan terus melangkah dgn cemerlang....

    BalasPadam
  11. Tiada lagi Kuantan..... Tahniah Angah, dah berjaya melepasi Asasi. Lepas nie, kemana pula..?

    BalasPadam
  12. @Acik Erna
    sedihkan...sbb kita pn pernah alami situasi sebegini dulu....

    BalasPadam
  13. @Rizziela
    2lh, kalau ada rezeki mungkin bertemu disituasi berbezakan...

    BalasPadam
  14. @Kakzakie
    Amin...2lh dh duduk sebilik dh mcm adik beradik....

    BalasPadam
  15. @ummiross
    InsyaAllah...amin..amin..amin...

    BalasPadam
  16. @ummiross
    InsyaAllah...amin..amin..amin...

    BalasPadam
  17. @Lily@MamaZaraZareef
    2lh lily..dlm menanggung rindu rupanya angah dh berada disisi skrg...Angah sbnarnya dh dpt tawaran ke Australia tapi akak yg trlebih sedih..biarlah blajar kt dlm negara je....

    BalasPadam
  18. @lieyalatif
    TQSM lieya..insyaAllah...aminn...

    BalasPadam
  19. @Aziela
    Alhamdulillah....sbnarnya angah dpt tawaran ke australia ttp ibunya yg terlebih sedih..biarlah dia blajar kt Msia je...apa2 hal senang nk jenguk...

    BalasPadam
  20. Gud luck angah.moga terus cemerlang

    BalasPadam

Setiap kunjungan didahului ucapan terima kasih...InsyaAllah akan dibalas kunjungan anda.