22 Oktober 2013

Masih Belum Sihat

Bersua kembali.
Dah 2 minggu ibu tidak sihat.
Sejak balik kampung untuk cuti Hari Raya Haji ibu dah demam.
4 hari ibu terbaring saja di kampung.
Sempat ke klinik di sana.
Ibu dibekalkan dengan beberapa jenis ubat.
Tekanan darah ibu meningkat + migrin + demam yang tak kebah-kebah.
Doktor di sana buat memo untuk ibu buat pemeriksaan lanjut setelah
balik ke Muar.

Ubat habis, demam belum kebah-kebah dan tekanan darah tak turun-turun.
Memang ibu jarang sangat diserang demam atau sakit tetapi 
bila sekali kena memang teruk.

Minggu ni dah 2kali ibu ulang alik ke klinik kerana
ada appoiment dengan doktor..
Keadaan masih sama.
Kesihatan belum pulih...tekanan darah masih tinggi.....
Entah apa yang tak kena.
Rakan-rakan nasihatkan ibu berehat.
Tapi ibu ni jenis yang tak boleh duduk diam.
Dapat mc tetap hadir ke sekolah.
Ibu risau kalau sekadar terbaring tanpa buat apa2.

Semalam ibu ke klinik lagi untuk appoiment kali ke 3.
Ambil darah lagi.....check tekanan darah lagi...dibekalkan antibiotik lagi....
Sedikit ujian yang Allah berikan pada ibu setelah sekian lama menikmati kesihatan yang baik.
Dan esok ibu perlu jumpa doktor lagi.
Sepanjang minggu ini hingga minggu depan ibu perlu mengadap muka doktor.
Jika keadaan kesihatan belum pulih, ibu akan dirujuk ke pakar........

Ubat-ubat yang dibekalkan semalam.

Doakan agar kesihatan ibu pulih seperti sediakala.
Semoga ibu mampu jalani rutin seharian dengan ceria seperti hari-hari yang lepas....

20 ulasan:

  1. salam nza..kena rehat betul2 tau..
    semoga nza cepat sembuh .amen

    BalasPadam
  2. bawak2 berehat kak Nza.. Sambil baring kan boleh juga belek2 novel ke..dengar selawat ke :)

    BalasPadam
  3. smg kak nza diberi kesihatan yg baik.. inysaallah.. bnykkan berehat, jgn stress2 di sek ye..

    BalasPadam
  4. Syafakillah NzA... semoga cepat sembuh... Cuba mkn sup ketam, ianya bukan utk demam denggi jer, jika demam biasa pun boleh, saya selalu buat camtu jika demam tak kebah..

    BalasPadam
  5. kalau dah kena rehattu kena rehatler juga.. badan kita ni dah bagi alarmtu... takper tak yahler terbaring cam orang sakit tapi kena rehat...

    BalasPadam
  6. Hampir serupa kes kita. Apapun moga segera sembuh. Get well soon ok.

    BalasPadam
  7. semoga cepat sembuh yer ibu..take care!

    BalasPadam
  8. Lama dah demam akak nie. Kena rehat banyak2 kak. Kosongkan minda, fokuskan untuk berehat. Blok minda dari runsing dan risau. (Tengok cerita hindustan ke, korea ke..hehehehe). Semoga segera sembuh.

    BalasPadam
  9. Semoga cepat sembuh ye akak..risau juga dgr dh lama sgt demam tu.

    BalasPadam
  10. Mungkin rehat tu jalan terbaik walaupun tak boleh duduk diam...

    InsyaAllah, semoga lekas sembuh, Amin...

    BalasPadam
  11. rehat kak ibu... In sha Allah ... Ya Allah berikan lah kesihatan kepada kekanda ku semoga segera sembuh

    BalasPadam
  12. saya doakan akak segera sembuh..ameen. maaf, lama sangat tak ke sini. malas betul nak blogwalking sekarang ni..huhu..

    BalasPadam
  13. Nza..semoga cepat sembuh..In syaa allah

    BalasPadam
  14. sabar ya NzA..semoga cepat sembuh...

    BalasPadam
  15. alahai kak nza..siannya..now macam mane dah ok ke..harap dah sihat sepenuhnye la ye..=)

    BalasPadam
  16. Banyakkan rehat kak..MOga cepat sembuh..~

    BalasPadam
  17. darah tnggi mmg kena byk rehat..akk rest byk2 Insyaallah semua akan ok..cepat sembuh ye

    BalasPadam
  18. banyakkan berehat...moga cepat sembuh yer....

    BalasPadam

Setiap kunjungan didahului ucapan terima kasih...InsyaAllah akan dibalas kunjungan anda.