18 September 2013

Oh My English dan Beby.

Tajuk tu ada berkaitan dengan ibu.
Sebab ibu memang broken abis Bahasa Inggeris...muhahaha..
Tapi nasib baik 4FARAH tidak mewarisi kelemahan ibu tu....
Farouk belum dapat dikesan sebab masih di sekolah rendah.....

N3 ni tiada kaitan langsung dengan diri ibu.
Kisahnya berkaitan dengan Beby a.k.a Farah Najdah.
Ini pun n3 yang ibu peram beberapa minggu....

Sijil Pelajaran Malaysia untuk 
Oral English Test Beby dah terima 2 minggu lepas,
tapi akibat kelemauan ibu maka baru nak tepek di sini.

 Sijil Oral English Test ni dah beberapa minggu Beby dapat 

Dan ibu tak nafikan Beby antara pelajar cemerlang dalam subjek Bahasa Inggeris di sekolah.
Dan Beby juga dah 2 tahun terpilih antara pelajar tajaan OUM
dalam subjek Bahasa Inggeris.
Kalau speaking, slang Beby mengalahkan "minah-minah salleh" tu...hahaha...

Ok ibu zoom sikit.
Maaf ye gambar blur sebab snap ditempat yang gelap dengan tab.....

Alhamdulillah 4 daripada 5 konstruk Beby dapat Level 6.
Level yang paling tinggi dan "speak coherently" Beby dapat level 5.
Tidak sia-sia Beby mendapat tajaan daripada Open University Malaysia

Ibu risau Beby ni sebab terlalu tumpukan pada subjek BI.
Dia sanggup bersengkang mata, sanggup masuk segala bagai pertandingan
yang dalam kategori BAHASA INGGERIS.
Bertapa taksubnya dia pada subjek itu.........

Beby mula memasang angan-angan mengikut jejak Angah memohon Asasi.
Cuma katanya pilihan pertama sudah pasti  Asasi TESL.

Tapi Beby kena ingat, nak minta Asasi perlu result SPM yang paling top,
cemerlang dan the best
dalam semua subjek-subjek lain terutama dalam
subjek Fizik, Add-Math, Biologi dan Kimia.....
Debaran ibu makin terasa saat-saat SPM makin menjelma.
Beby ni belajar tak struggle macam Along dan Angah
walaupun dia meraih pelajar cemerlang dalam PMR yang lepas.
Ibu tengok tuan empunya badan releks semacam je....aduyai..risau sangat-sangat.

Tepek Gambar Kenangan Beby.
Gambar kenangan semasa menerima Anugerah Pelajar Cemerlang PMR.

Beby bersama rakan yang sama-sama cemerlang....

Keratan Akhbar semasa Beby terpilih menjadi pelajar cemerlang Sijil Khas Agama. 
Gambar atas-kanan, Beby sedang menerima sijil penghargaan
daripada YB.

Harapan ibu agar Beby tidak sia-siakan
sisa-sisa waktu yang ada untuk buktikan kecemerlangan dalam SPM nanti...
InsyaAllah...



26 ulasan:

  1. Wahhh memang hebat BI beby!Tahniah kak!dan semoga beby siap sedia menghadapi SPM :D

    BalasPadam
  2. @NIA sizuka
    Akak risau dgn dia ni izzati...trlebih vitamin M la.....huhuhu...

    BalasPadam
  3. Syoknye jd beby, terror BI, confident level tinggi..syabas.. moga terus maju jaya, dlm spm nntinya..

    BalasPadam
  4. to mama lieyna
    tapi tulah eina, dia cuma suka subjek BI tu je..subjek lain acuh xacuh je...huhuhu....

    BalasPadam
  5. IM boleh berBI bila dah kerja. Buat report dan public speaking...

    BalasPadam
  6. Tahniah Beby....Bestnye terror english..teruskan kecemerlangan..

    BalasPadam
  7. Tahniah Beby....Bestnye terror english..teruskan kecemerlangan..

    BalasPadam
  8. Tahniah baby... teringat kata-kata ustaz qayyum (ustaz dari mesir)... mengajar bahasa arab.,.. kalau kita mahir dalam bahasa arab bahasa al quran pasti kita akan masih dalam bahasa yang lain... baby telah buktikan cemerlang khas agama dan cemerlang dalam yang lain kan kak ibu...
    tahniah beby

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah...

    Waa memang betul2 excellent ni, tahniah Beby,berkat sokongan ibubapa juga ni, tahniah buat NzA juga.

    BalasPadam
  10. @insan marhaen
    Alhamdulillah, IM kiranya mahir n fasih dlm BI.

    BalasPadam
  11. @LiLy @ MaMaQiStInA
    TQSm lily, 2lh...dia mmg minat gila2 BI nie...

    BalasPadam
  12. @Joanna Yunus
    betul tu dinda, jika kita dpt kuasai bahasa al-Quran, InsyaAllah hati kita terang...moga anak2 kita cemerlang dlm kedua2 ilmu dunia n akhirat....

    BalasPadam
  13. @ummiross
    TQSM ummi, cuma nza risau sbb dia xtekun belajar la..SPM dh makin hmpir....

    BalasPadam
  14. tahniah untuk beby ..pandainyer & cemerlang...moga beby terus berjaya....

    BalasPadam
  15. Tahniah beby, dan tahniah utk ibu nya. kecemrlangan anak bermula dari ibu dan bapanya..

    BalasPadam
  16. tahniah beby..mmg hebat berbahasa mat saleh..ibu pun tak payah risau sgt.budak cerdik tak perlu struggle,rilex2 sudah.hehe

    BalasPadam
  17. In syaa Allah, Beby akan terus berjaya berkat usaha & kegigihannya serta doa dari keluarga & rakan2. Semoga dia dapat mencapai impiannya, amin :)

    BalasPadam
  18. bestnye kak die bagus bahasainggeris..insyaAllah cerah masa depan die nnti..semoga cita2 beby tercapai yek..=)

    BalasPadam
  19. @lizz
    TQSM lizz...InsyaAllah..amin3x....

    BalasPadam
  20. @nea lopah
    TQSm neo....2 semua atas usha BB dan bimbingan cikgu2 yg brdidikasi.....

    BalasPadam
  21. @Puan Kutu
    2lh, minas salleh celup...he3x..
    tapi akak risau la tgk cara BB belajar.....aduyai....

    BalasPadam
  22. @Dinas Aldi
    BB nk jadi tecer mcm dinas tu..katanya kalau boleh nk jadi pensyarah tapi tulh, belajar xbrapa rajin...huhuhu....

    BalasPadam
  23. @Lily@MamaZaraZareef
    Alhamdulillah, 4Farah mmg minat n dpt kuasai BI tapi BB ni blajar xbrapa rajin la....

    BalasPadam

Setiap kunjungan didahului ucapan terima kasih...InsyaAllah akan dibalas kunjungan anda.