17 Julai 2013

Ramadhan 4 dan 7-Jus Alpokat

Puasa kali ini ibu tak berkongsi lagi tentang juadah berbuka/sahur..
Maklumlah hidangan berbuka di rumah ibu amat simple.
Resepi yang sama dengan puasa-puasa yang lepas.
Yang pasti kami tidak boleh hidup tanpa nasi...hik2X.
Apapun ibu suka jengah blog rakan-rakan untuk
intai juadah berbuka/bersahur masing.....
Sekurang-kurangnya memberi idea untuk ibu memasak..

Hari ini ibu nak berkongsi jus kegilaan kami terkini.
Sejak 2 menjak ni jus alpokat jadi feveret kami sekeluarga.
Semasa di Bandung bulan lepas, jus inilah yang sering ibu minum sepanjang di sana.
Sedap sangat-sangat.

Buah avocador yang bersaiz XXL siap sedia untuk di korek2 isinya.
Pastikan buahnya dah masak dan isinya lembek.

Jus yang telah siap dikisar.
Pekat + likat dan nyummy...

Pada mulanya dapat setengah jug tetapi terpaksa ditambah lagi sebiji 
di atas permintaan 4F.

Meh ibu kongsi cara menyediakan jus alpokat versi ibu :

1 biji buah avocado bersaiz XL.
(Kalau kecil kena gunakan 2-3 biji ye)
1 tin susu cair @ susu segar.
sos coklat (kalau ada)
gula secukup rasa.
ketulan ais

Cara-cara: 
campurkan isi avocado + susu cair + gula + ketulan air-Kisar
semasa nak minum, masukkan sos coklat di dalam jus.
Nak buat layer pun boleh ye.
Kalau nak lagi sedap bolehlah tambah aiskrim vanila di atasnya.
Nyummy......


14 ulasan:

  1. Sedap ke??? X pernah lg cuba ni....

    BalasPadam
  2. Gulpppp.... akak, terliur ni. huhuhu

    BalasPadam
  3. Sama la kite puya famili hantu nasi...hihi
    tak pernah plak minum air ni...♥♥♥

    BalasPadam
  4. waa best ni, bolehlah ummi cuba lepas ni..

    BalasPadam
  5. Fulamak, best la tengok jus alpokat tu!

    BalasPadam
  6. ooo kita kalau minum kat kedaijer... nak buat sendiri takler lagi...

    BalasPadam
  7. jarang2 dgr alpokat ni kak...

    mcm avokado ke?

    BalasPadam
  8. Tak pernah minum lagi minuman ni..nampak sedap jer tu...

    BalasPadam
  9. memang sedap kan kak..dan wajib ada coklat supaya boleh balance rasa avocado tu. minuman popular restoran indon/padang..saya suka!

    BalasPadam
  10. sedap ke sis js tak pernah plak minum air ni...hehe

    BalasPadam
  11. Saya pun suka jus ni...mmng sedap sangat..tapi tak pernah buat sendiri....

    BalasPadam
  12. Saya tak pernah rasa kak. Guna susu segar pun boleh yer. So, tak ler jadi manis melekat yer kak...

    BalasPadam
  13. sedap nmpknya..mana nak carik avacado ni.hiks

    BalasPadam

Setiap kunjungan didahului ucapan terima kasih...InsyaAllah akan dibalas kunjungan anda.