13 Mei 2013

Kau Ibuku...Kau Guruku....

Terima kasih yang tidak terhingga buat semua rakan-rakan blog
yang memberi ucapan tahniah buat ibu dan anak-anak.
TQSM.........

Status 2 in 1= Kau Ibuku..Kau guruku....
Ibu adalah " ibu" dan "guru" kepada 5F.
Setiap tahun pasti ibu akan menerima cenderahati daripada 5F.

Ibu sering mengingatkan pada 5F, setiap hari adalah hari ibu..
Dalam Islam tiada sambutan khusus buat ibu.
Ibu risau setelah meneliti link2 orang-orang yang luas bidang agama
mengatakan hukum menyambut hari ibu adalah "haram" walaupun ada segelintirnya
mengatakan "harus". Wallahhualam.
Maklumlah ibu bukannya seorang yang pakar dalam ilmu agama.
Ibu terpaksa berhati-hati dalam bidang berkaitan dengan hukum hakam....

Pesanan ibu kepada 5F agar sentiasa sedekahkah Al-Fatihah dalam setiap solat mereka
pada ibu dan ayah kerana itulah hadiah yang amat-amat berharga buat kami.........

Beby yang merangkap chef masak cookies untuk ibu dan adik beradik.
Tertulis 4FN 1MF ( 4Farah N 1 Muhd Farouk) love Ibu....
TQSM Beby kerana bersusah payah masakkan cookies tu..
Ibu amat-amat bangga..

Kad-kad ucapan hari ibu + hari guru  daripada anak-anak.
Kad yang dipenuhi dengan kata-kata yang membuat ibu terharu.
Ibu tepek disini sebagai kenang-kenangan dari mereka.

 Ucapan daripada Angah.....

Ucapan daripada Beby....

Ucapan daripada Naurah

Ucapan daripada Farouk....

Ucapan daripada Along...
Kesinambungan ucapan Along di blognya.. Klik sini.
TQSM my dear....



Baca sebaris ayat daripada farouk buat ibu dan 4F ketawa terbahak-bahak.
Nasib baik masa tu Farouk dah tidur.....hahaha......

Daripada Farouk.....
Pesan Farouk : ibu bacakan doa2 tu untuk Farouk ye.....pulak!!!!!!!!

Minyak wangi daripada Along, Angah dan Naurah.
4F sedia maklum si ibu suka minyak wangi....
Siang malam asyik berbedak + pakai minyak wangi je si ibu nie....hehehe...

Hati seorang ibu merangkap guru kepada mereka rasa amat-amat tersentuh.
Gembira dan sedih bercampur baur.
Terima kasih anak-anak ibu.
Ibu bangga kerana memiliki anak-anak yang hebat seperti kalian.
Semoga kalian tidak lupa untuk hadiahkan ibu dan ayah dengan doa-doa
dan Al-Fatihah disetiap solat kalian.
Ibu amat-amat bertuah kerana mampu bergelar ibu dengan kehadiran kalian
dan pernah menjadi guru kepada kalian...
Love you so muchhhhh.....

Kasih ibu membawa ke syurga.......
Sayang ibu.......

Sayang mama...Muah!!!!

11 ulasan:

  1. Alhmdulillah....bertuah punya anak yg sentiasa mengingati kita....

    BalasPadam
  2. to MP
    Alhamdulillah...moga mrk sntiasa mengingati kita setiap waktu n ketika....

    BalasPadam
  3. :-)

    Tumpang sebak n terharu.. dpt bygkn perasaan akak.. untung ada ramai anak.. :-)

    BalasPadam
  4. to mamalieyna
    Alhamdulillah, rasa sgt2 dihargai n di sayangi.....

    BalasPadam
  5. salam ziarah akak, comey belaka hadiah tu =)

    Apa pun, selamat hari ibu utk akak =)

    BalasPadam
  6. to Azhan
    Terima kasih dik.....

    BalasPadam
  7. Setiap hari adalah hari ibu, betul tu kak Nza. Semoga kak Nza berbahagia selalu di samping keluarga :)

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah, sejuk perut ibu mengandung,anak2 solehah dan soleh, anugerah Allah SWT buat NzA.

    BalasPadam
  9. Selamat juga untuk akak. Meriah kan bila anak2 berkumpul dan berkongsi segalanya.

    BalasPadam
  10. seronok bila anak2 semua menghargai dan mengenang kasih syg seorang ibu..untung akk ada anak2 yg super duper best!

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah, bahagianya jika anak2 menghargai kita..

    BalasPadam

Setiap kunjungan didahului ucapan terima kasih...InsyaAllah akan dibalas kunjungan anda.