4 April 2013

Terima Kasih Angah...

Maaf ye sebab kebelakangan ni ibu dah makin kurang bw dan
update blog pun tak semeriah dulu.
Kengkang masa membataskan niat ibu untuk jadikan blog ini sebagai catatan dairy harian...huhuhu...

Hari ini pun n3 ringkas.
2 hari lepas ibu terima call daripada kaunselor sekolah angah.
Jemputan untuk terima anugerah cemerlang SPM bagi kali ke 2.
Majlis pertama KLIK SINI.

Pada Hari Anugerah yang pertama Angah menerima sijil penghargaan dan piala 
tapi kali ini Angah dapat wang dan cenderahati berupa jam.
Tak perlulah ibu catatkan berapa nilai wang yang angah dapat..
"Rahsia biarlah rashia"...cewah!!! macam la banyak sangatkan....
Tapi tetap bersyukur kerana itu adalah rezeki buat angah.

Pada majlis ini pelajar cemerlang juga diminta untuk memberi ucapan
sebagai motivasi kepada adik-adik yang bakal menduduki SPM 2013.
Hati ibu terus berdegup kencang lagi kerana tahun ini giliran Beby pula
menduduki SPM.
Terima kasih Angah kerana hadiahkan ibu kecemerlangan....

Moga Beby juga menghadiahkan ibu kecemerlangan seperti Along dan Angah
beri pada ibu dan ayah...InsyaAllah (risau sangat2...huhuhu...)

p/s:
Minggu depan kesibukan makin ketara kerana sekolah ibu
akan dikunjungi "orang2 atasan".
Harap agar jangan nak korek mencari kesalahan je tapi moga kedatang membawa
seribu ilmu untuk dikongsi bersama.........

24 ulasan:

  1. owh..tahun ni Beby pulak nak sit for SPM. berturut-turut je adik beradik ni..hehe. good luck beby...mudah2an beby pun berjaya macam kakak2 dia. in shaa allah.

    BalasPadam
  2. @Murni Alfathunnisa
    Aha dik...3Farah tu sederet umo mrk...2 yg jantung ibu senak je eery year...huhuhu...
    TQSM di atas doa....moga Allah makbulkan doa2 kita....InsyaAllah....

    BalasPadam
  3. tahniah angah, good luck buat beby, insuya allah rezeki akan berpihak pananya

    BalasPadam
  4. to umi alya
    TQSM..InsyaAllah moga Beby pn mampu lakukn yg trbaik jugak......

    BalasPadam
  5. @umi alya

    silap taip.. Insha Allah & padanya, maaf...

    BalasPadam
  6. tahniah2...samalah ngan js tak smpt nk bw dan updated blog...huhu

    BalasPadam
  7. to JS
    TQSM...kesibukan melanda kan JS...huhuhu....

    BalasPadam
  8. Tahniah sekali lagi pada Angah. Rezeki! Alhamdulillah :)

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah. Tahniah Angah dan tahniah juga buat ibuayah Angah. :)

    BalasPadam
  10. to Dinas
    TQSM dinas....Alhamdulillah.....

    BalasPadam
  11. to kakcik
    Terima kasih kakcik...Alhamdulillah.

    BalasPadam
  12. . . .Congrate angah. . .
    Keep up your good job. . .
    Bahagiakan ibu ayah . . .
    Tahniah buat ayah ibu. . .
    Berjaya mendidik dan mengasuh semua anakanda hingga membuahkan kejayaan yang berterusan. . .
    Alhamdulillah. . .

    BalasPadam
  13. to mamaijat
    TQSM dear sis...Syukur Alhamdulillah...semoga mrk semuanya cemerlang dunia n akhirat.....InsyaAllah.

    BalasPadam
  14. Begitulah hati seorang ibu, kejayaan anak-anak sangat membahagiakan, tahniah buat Angah dan Nza sekeluarga. InsyaAllah Beby akan menyusul dengan kejayaan jua.

    BalasPadam
  15. Tahniah angah..sejuk perut ibu mengandung. Samalah kita kak...saya pun bz sgt.

    BalasPadam
  16. Tahniah Angah...moga terus cemerlang...^^

    BalasPadam
  17. wahhh...apa lagik cikgu....buat kenduri stimbot lah....suruh cik abe buat kan.....utk meraikan....ahakz

    BalasPadam
  18. Tahniah buat angah.. selagi anak2 bersekolah..selagi tu maknye berdebar bila ank hadapi peperiksaan kan.. :-)

    BalasPadam
  19. syukurlah yerk.. kecil atau besar nilainya bukan perlu dikatakan yang penting boleh membakar semangat untuk terus berjaya..

    moga adiknyer juga akan berjaya nanti....

    BalasPadam
  20. tahniah Angah... teruskan kecemerlangan

    memang sekarang musim kita dikunjungi orang2 atasan kan... fail, fail, fail soba ye la

    BalasPadam
  21. alhamdulillah.
    tahniah utk angah

    BalasPadam
  22. alhamdulillah..tahniah kak...berjaya anak2 akak...moga terus berjaya dalam bidang pelajaran dan agama...amin

    BalasPadam
  23. Tahniah angah..Insyaallah beby pun akan ikut jejak along n angah.cemerlang dlm spm..:)

    BalasPadam
  24. Tahniah kak ibu.... semoga Qayyum juga mampu memberi keputusan yang membanggakan kami

    BalasPadam

Setiap kunjungan didahului ucapan terima kasih...InsyaAllah akan dibalas kunjungan anda.