1 April 2013

Mohon Doa Dari Kalian....

Ibu terpanggil untuk membuat n3 untuk adik kesayangan ibu di seberang lautan.
Terlalu banyak ujian dan dugaan yang telah dilalui oleh adik Yu.
Adik Yu merupakan salah seorang pelajar cemerlang di universiti perubatannya.
Adik Yu tiada masalah dalam pelajaran kerana setiap kali dia duduki peperiksaan
dia sentiasa hadiahkan kami dengan khabar gembira.
Sekarang adik Yu berada ditahun akhir dan InsyaAllah tidak berapa lama
lagi akan bergelar doktor.....

Cuma adik Yu sering diuji dengan masalah kesihatan dan masalah sampingan.
Saat ini keadaan kesihatannya banyak menganggu kehidupan sehari-harinya.
Hati seorang kakak, sering resah, sedih, sayu, gelisah dan perit bila memikirkan
keadaan adik Yu yang jauh beribu batu.

Tiada apa yang mampu ibu lakukan selain berdoa dan berdoa.
Kalau diikutkan hati ingin ibu terbang ke sana untuk bersama-samanya.
Terlalu berat ujian dan dugaan yang adik Yu perlu harungi.
Allah menguji kerana Allah tahu dia mampu hadapi semua itu.
Tapi terkadang dia tewas juga bila hidup sendirian diperantauan.


Cuma satu permintaan ibu.
Mohon sama-sama berdoa secara tulus dan ikhlas buat adik Yu.
Semoga sedikit sebanyak doa-doa ini mampu mengurangkan penderitaan yang ditanggungnya.

Al-Fatihah untuk Muhammad Khairul Anuar B Abdullah
Ya Allah..Aku mohon padaMu,
Kau lindungilah Muhammad Khairul Anuar,
Kau lindungilah Muhanmmad Khairul Anuar dari segala perasaan hasad dengki,
Kau lindungilah Muhanmmad Khairul Anuar dari orang yang busuk hati,
Kau lindungilah Muhanmmad Khairul Anuar dari segala kesukaran, kesulitan dan kesusahan,
Kau sembuhkanlah Muhanmmad Khairul Anuar dari segala penyakit yang ditanggungnya,
Kau permudahkanlah segala urusan Muhammad Khairul Anuar di sana,
Kau limpahilah kasih sayangMu kepada Muhammad Khairul Anuar.
Kau kuatkan hatinya, semangatnya dan ketabahannya melalui setiap ujian dariMu Ya Allah.
semoga Muhammad Khairul Anuar terus dikuatkan iman dan semangatnya.
Ya Allah........semoga Muhammad Khairul Anuar sentiasa dibawah limpahan kasih sayangMu.
Amin..amin..amin..Ya RabilAlamin....

p/s:
Tak dapat nak ibu luahkan bagaimana perasaan ibu saat ini...............


32 ulasan:

  1. Amin. Semoga Muhammad Khairul Anuar sentiasa berada dalam limpahan rahmatNya.

    BalasPadam
  2. Amin.... semoga berada dibawah lindungan Allah SWT

    BalasPadam
  3. Moga dipelihara oleh kasih sayang Allah selalu.. Amin

    BalasPadam
  4. Moga sentiasa dilindungi Allah swt.

    BalasPadam
  5. @Dinas Aldi
    Terima kasih dinas...moga Allah makbulkan doa2 kita....

    BalasPadam
  6. semoga semua doa akk dimakbulkan.sy doakan juga semoga kehidupan adk akkdisana dipermudahkan.adk akk sakit apa ye?

    BalasPadam
  7. to PK
    InsyaAllah..amin..amin..amin..
    Entahlah PK, masa dia blk Msia hr tu dh buat medical-checkup ttp xde masalah apa2 ttp skrg ni mata dia alami simptom double-vision n bdn sntiasa mengiggil...semua tu menganggu kehidupsn hrian dia.....huhuhu....

    BalasPadam
  8. . . .aminnnnn. .
    berat gayanya yang di tanggung oleh adik yu dinda ni. ..
    In shaa Allah. . .adik yu kuat dan tabah berkat doa mereka yang menyayangi beliau. . .
    Jangan risau dinda. . .Bimbang dinda pulak yg sakit nanti . . .

    BalasPadam
  9. Amin, insyaallah sama2 kita doa

    BalasPadam
  10. AMin..Sama² kita doakan...Moga adik akak sentiasa dibawah lindunganNYA...

    BalasPadam
  11. Ya Allah makbulkanlah doa sahabatku ini, amin..amin..amin..
    Semoga Allah melimpahkan rahmat kasih sayangNYa buat adik Yu, moga pulih dari segala penyakit dan terus diberi kesihatan yang baik sentiasa.
    InsyaAllah sama2 kita berdoa untuk adik Yu.

    BalasPadam
  12. Moga Allah melimpahkan rahmat-Nya buat adik Yah.. Harap dia sabar dan tabah menghadapi dugaan.
    ps: cerita yg hampir sama dgn angah.

    BalasPadam
  13. Sayu plk bila mendengarkn doa tulus ikhlas dr seorang kakak buat adiknya..moga Allah permudahkan segala urusan beliau dirantauan..hingga slmt pulang kepangkuan keluarga dan bergelar doktor nnti..

    BalasPadam
  14. @mamaijat
    xtrucap dgn kata2 kesedihan yg ditanggung...apakan daya, adik yu jauh beribu batu..hnya mampu kirimkan doa buat dia....TQSM kanda diatas doa. Moga Allah prkenankan doa2 kita semua...

    BalasPadam
  15. @nieda
    InsyaAllah....amin.amin.amin...TQSM.

    BalasPadam
  16. @LiLy @ MaMaQiStInA
    Amin...InsyaAllah...moga Allah prkenankan doa2 kita....TQSM.

    BalasPadam
  17. @ummiross
    Amin.amin.amin....Terima kasih ummi..xtrbalas jasa semua krn mendoakan buat adik yu disana. Semoga Allah perkenankan doa2 kita semua...berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.....

    BalasPadam
  18. @Nor Salmi
    InsyaAllah, amin..Terima kasih k.mie....
    Mcm mana keadaan angah skrg? Kak Mie perlu bawa angah brubat cara brterusan...pengalaman adik yu mengajar kami semua...

    BalasPadam
  19. @ariana
    sedih sgt kak, xtrucap dgn kata2...Terima kasih di atas doa2 akak...moga Allah makbulkn doa2 kita semua....

    BalasPadam
  20. ameen semoga adik sis senantiasa dibawah lindungan Ilahi...insyaallah

    BalasPadam
  21. Mudah2an dia tabah menempuh setiap dugaan dan cabaran.

    Besar harga kejayaannya.

    BalasPadam
  22. Aminnn... moga doa ramai orang akan mengurangkan sikit demi sikit kesusahan yg dialami.. berat bunyinya.. moga cepat dia pulih sprt sedia kala.. in sha Allah... aminn...

    BalasPadam
  23. semoga dipermudahkan segala urusannya disana..aminnn...

    BalasPadam
  24. semoga apa juga yang menduganya dipermudahkan oleh Allah... janganlah dia kecundang ....tabahkan hati...selamat berjaya

    BalasPadam
  25. moga Adik Yu sentiasa dibawah lindungannya...

    BalasPadam
  26. semoga adik kak nza dilindungi dan kembali sihat spt biasa ya..insyaAllah..:-)

    BalasPadam
  27. Amin.

    semoga sentiasa dilindungi Allah SWT.

    BalasPadam
  28. Aminnn...semoga Adik Yu sentiasa dilindungi oleh-NYA dan sentiasa tabah hadapi dugaan yg menimpa...

    BalasPadam

Setiap kunjungan didahului ucapan terima kasih...InsyaAllah akan dibalas kunjungan anda.