25 Januari 2013

Watikah Perlantikan dan Bantuan Awal Tahun.

Salam Maulidur-Rasul.

Agak lama juga ibu tak bercerita tentang aktiviti sekolah ibu.
Sebenarnya dah banyak juga program berjalan walaupun baru beberapa minggu sekolah di buka.....

 Isnin lepas diadakan watikah perlantikan.
Program ditapak perhimpunan terpaksa dipindahkan ke kantin sekolah akibat gerimis.
Alhamdulillah segalanya berjalan lancar......

 Dengan rasminya Farouk dilantik menjadi pengawas perpustakaan.

Terima kasih Ustazah Hazlina dan rakan-rakan guru kerana memberi jawatan yang tepat untuk Farouk.
Ayah dan ibu tak begitu galakkan anak-anak jadi pengawas disiplin terutama semasa
mereka disekolah rendah kerana bersebab.......
Suka suki jekan.....hehehe.......

Walaupun ibu sebagai penyelaras PSS tapi kuasa pemilihan terletak pada
guru kelas, guru-guru, guru displin, GPK2 dan Guru besar.....

Farouk tidak begitu seronok dengan jawatannya itu kerana dia lebih berminat nak jadi pengawas displin.
Ibu bertegas agar dia menjadi pengawas perpustakaan @pustakawaan agar dia lebih tekun membaca.
Jika dia jadi pustakawaan bermakna dia banyak habiskan masa di PSS sewaktu bertugas...
Motif ibu dan ayah : Secara tidak langsung dia akan membelek buku-buku itu
dan timbul rasa minat untuk membaca.
Maklum la, Farouk ni lain sikit. Dia lebih minat mengadap lappy daripada mengadap buku...
Moga Farouk juga mampu menyaingi kakak Naurah yang digelar ulat buku...

Farouk dengan watikah perlantikannya tu....

Pada 17.1.2013 telah diadakan majlis penyerahan wang bantuan awal persekolahan.
Majlis ini dirasmikan oleh YB Ir Hamim Samuri ( Ahli Parlimen Ledang).
Ibu dah masukkan gambar tu di FB sekolah.
Tapi yang sedih dan terkilannya gambar tu jadi sensasi bila berlaku perdebatan isu-isu politik pula.
Ibu rasa agak terkilan kerana FB sekolah amat tidak 
sesuai dijadikan tempat perbincangan isu-isu politik kerana ahlinya
terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah.
Kalau nak berkempen silalah ke saluran lain kerana FB sekolah 
sekadar memaparkan isu-isu semasa  dan aktiviti-aktiviti sekolah....huhuhu......
Siapalah kita ni kan..Nak cakap lebih-lebih nanti kena gam pulak...
Eh!!!! macam artis pulak konon............

Semoga ibu bapa menggunakan wang itu sebaik mungkin untuk anak-anak....
Jangan la sampai cikgu-cikgu asyik kena sponser buku-buku latihan dan alat tulis anak-anak
yang sentiasa tidak lengkap tu.......
Bila tanya anak-anak katanya ayah buat beli handphone baru...Walahhhhh!!!!!

15 ulasan:

  1. Den pun tak suka bicara politik...apa lagik bersama rakan FB dan BLOG....ahakz

    BalasPadam
  2. Tahniah buat Farouk! Insyaallah tak lama nanti tentu Farouk boleh terima jawatan tu dgn rela..

    BalasPadam
  3. to jebateja
    kan..kan..kan....sy pn xsuka...huhuhu...

    BalasPadam
  4. to kak salmi
    mudahan2 dia redha .....

    BalasPadam
  5. Lepas ni Farouk akan dikelilingi buku, semoga dia makin rajin membaca :)

    BalasPadam
  6. to dinas
    InsyaAllah, mudahan dia jadi anak yg rajin membaca......amin...

    BalasPadam
  7. Mana pergi songkok Farouq masa ambil watikah tuh...? Kan hensem kalaj paki songkok. Hehehe...

    BalasPadam
  8. to muhammad syahmi
    masa tu songkok trpaksa ditanggalkn sbb nk sarung tie xmuat....hehehe....

    BalasPadam
  9. Ada juga ibu bapa yg macam tu kan. Tahniah Farouk.

    BalasPadam
  10. Tahniah farouk sumaiyyah x berjaya lulus dlm temuduga pengawas dia berduka mama senyum lebar hehehe

    BalasPadam
  11. pengawas perpustakaan pun ok jugak..boleh baca buku banyak2..

    BalasPadam
  12. dulu sy pun pengawas library jugak..tp setahun je masa form 2,pastu sendiri letak jawatan.haha..

    isu politik skang ni mmg dh jadi topik hangat tak kira dimana medan sosial..emm smp fb sekolah pun nk berdebat,takdak akai org utara kata.hiks..

    BalasPadam
  13. ...wah,tahniah Farouk....
    bestlah jadi pengwas perpustakaan..
    boleh gang ngn ibu...

    .....hurrmmm....kita ni cukuplah berpolitik ngn buku2 ajer kan dinda....

    BalasPadam
  14. Tahniah farouk, semoga semakin rajin membaca.. :-)

    BalasPadam

Setiap kunjungan didahului ucapan terima kasih...InsyaAllah akan dibalas kunjungan anda.