Salam rindu semua......
Sejak Rabu ibu sibuk merewang di rumah kakak ipar
sempena majlis perkahwinan 2 orang anak perempuannya (anak saudara ayah).
Lagipun rumah kami selang sebuah je.
Majlis 3 in 1 menambahkan lagi kesibukan.
Kebetulan Farouk pun masih dalam pantang
dan memerlukan penjagaan yang rapi....
Masih dalam proses berpantang.
TV dan buku conteng jadi teman farouk......
Anak manja ayah yang dijaga rapi.
Makan ayah suapkan, mandi ayah gosokkan, tidur ayah dodoikan.
Teringat masa ibu dalam pantang bersalin.
Begitulah layanan ayah pada ibu.
Rasa macam puteri raja pulak.
Dalam masa yang sama ibu berkejar ke majlis rewang rumah MIL.
Bermula dengan majlis doa selamat pada malam Khamis, Khatam Al-Quran pada malam Jumaat,
Akad nikah pada pagi Sabtu dan majlis persandingan 2 pasangan serentak pada
hari Ahad.
Majlis berganda memerlukan kerja yang berganda jugak......
Hari kemuncak, rumah ibu jadi tempat menyediakan makanan untuk makan beradab pengantin.
Masakan pun berganda kerana ada 2 pasangan pengantin.....
Ibu pun tak sempan nak snap gambar lain akibat kesibukan melanda.....
Pelamin yang didirikan di luar rumah.....
Pasangan pengantin, Nur Khairani bersama pasangan (berbaju purple gelap)
dan si adik Nur Diana bersama pasangannya (berbaju biru) .
Ibu sekadar sempat snap sekeping gambar aje.
Temanya biru.
Kami sekeluarga memakai baju biru sedondon.
Ibu sekeluarga doakan agar mereka bahagia hingga ke syurga...aminn....
p/s:
Sekejap lagi nak ke sekolah.......
Musm kawen vs cti sklh
BalasPadambila musim cuti sekolah sama dengan musim kahwin =)
BalasPadamsalam kasih buat bujang kak yah.... moga tabah dlm tempoh pantang...tahniah dah jadi org bujang
BalasPadam. . Selamat pengantin baru . .Semuga kekal berkasih sayang hingga ke syurga. . .
BalasPadamJom kita tgk result upsr. . .
Teruja nak tau result mentee2 kanda. . .
wahh pengantin berpasang2...suke tgk...sbb pelamin besar dari biase hehehehehe
BalasPadamkelas farouk kak...mcm puteri raya di layan yeak heheeheh....
Aduh, mesti penat sangat...
BalasPadamSelamat dah Farouk, semoga cepat sembuh, amin.
BalasPadamSelamat pengantin baru pada mereka :)
Selamat pengantin baru kepada kedua2 pasangan mempelai, semoga berbahagia hingga ke syurga.
BalasPadamFarouk nampak sihat,Alhamdulillah. Bagusnya 'ayah' menjaga Farouk, tentu prihatin sangat 'ayah' kat anak bujangnya.
Sibuknya NzA, ke sekolah pulak? Take care ye..
wah sibuk nye sis kan...selamat pengantin baru buat mrk berdua..pasti tak menang tangan kan terutama time cuti skolah mesti byk kenduri...hihi
BalasPadambestnye kak, mesti meriah kenduri kawin tukan. sekrg ni mmg musim kenduri, gantung periuk pegi umah kenduri la jawabnya
BalasPadamala... kesian nya tengok muka Farouq tuh...
BalasPadamcantiknya pelamin pengantin..untunglah farouk dilayan bagai putera raja.hehe
BalasPadam