16 Ogos 2012

Check list Terakhir.

Terima kasih kepada semua yang sedekahkah Al-Fatihah
kepada arwah rakan ibu Cikgu Hamdan B Gendut.
Walaupun teramat sedih dengan kehilangannya namun
hidup perlu diteruskan.
Giliran kita akan tiba jua nanti......
Semoga Arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh.....ameen...

Sebelum menyambut hari raya ibu pastikan
membuat senarai semak persediaan raya.
Maklumlah kami berhari raya di kampung.
Ibu nak pastikan semuanya dah tersedia sebelum balik kampung..........

Baju  Raya
Alhamdulillah dah selesai setelah hampir 3 minggu siri pencarian dijalankan.
Punyalah cerewet 4F nie.
Makin besar makin terserlah sikap itu.
Yang paling ibu hot dengan 4F nie, tak nak kalah dengan ibu.
Ibukan peminat baju bling2, 4F pun nak baju bling..
Mana tidak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan..kan..kan...huhuhu....
Fening......mak jemah.....

Kasut raya
Pun dah settle.
Bila seorang F nak kasut, sudah semestinya 4F tu nak juga.
Alahai sabar jelah.
Nasib baik ibu ni ahli produk santini/latina.
So dapatlah diskaun 20%.

Duit raya
Alhamdulillah, awal-awal ayah dah booking dengan kawan dia.
Jadinya tak perlulah kami bersesak ke bank....
Sekarang ni tinggal nak masuk dalam sampul jelah...

Kuih raya
Semuanya dah siap ditempah.
Semuanya dah ada depan mata.
Ibu tempah untuk 3 cawangan,
1 untuk rumah sendiri, 1 untuk rumah mama di Kelantan dan 1 untuk ibu mertuaku.....hehehe....

Sekarang ni sibuk edisi packing kain baju nak balik kg.
Ibu yang "over" mengalahkan anak-anak.......
Semoga segala perancangan ibu sekeluarga berjalan lancar.......

14 ulasan:

  1. selamat hari raya sis..maaf zahir dan batin..

    semoga perjalanan sis ke kampung dalam keadaan selamat...

    BalasPadam
  2. baca entri kak nza ni baru teringat..saya pun tak beli kasut lagi. baju tak berapa kesah sangat. yes, misi cari kasut...esok n lusa. macih kak....:)

    selamat hari raya, maaf zahir batin.
    hati2 pulang ke kampung okey...

    BalasPadam
  3. ...Selamat hari raya ..maaf zahir batin buat dinda sekeluarga..

    ...Semuga perjalanan dinda & keluarga di rahmati & di berkatiNYA.
    Insyaallah...amin..

    BalasPadam
  4. Semuanya telah ada...cuma tnggu nak sambut raya jer...

    Selamat Hari Raya...maaf zahir dan batin...

    BalasPadam
  5. salam kak..saya pun dah pack semua barang..tinggal nak balik jer ni..hihi..esok malam saya balik kampung di terengganu..

    selamat hari raya buat akak sekeluarga..

    hati2 di jalan raya..

    BalasPadam
  6. NzA..dah nak balik ke? huhuhu..nanti pasti rindu-rinduan kat NzA. Ummi insyaAllah Sabtu baru balik, anak tak dapat cuti sebab baru lagi kerja.

    Waa seronoknya ada gang nak bergaya, ummi tunggu menantulah kot, ajak shopping baju bling2x,hikhik!!!

    Kalau ke KL, singgah beraya di Bangi ye.

    BalasPadam
  7. ...selamat berangkat buat dinda sekeluarga...
    semuga kepulangan dinda semua di rahmati dan diberkatiNYA.....
    salam aidil fitri..maaf zahir batin...

    BalasPadam
  8. kak
    selamat hari raya
    maaf zahir batin
    jaga diri
    moga bergembira di hari raya =)

    BalasPadam
  9. selamat menyambut hari raya dari saya..maaf dipinta jika terdapat silap dan salah...

    BalasPadam
  10. Seronoknya tengok persiapan raya akak. Mesti berkobar nak balik kg kan kak. Semoga perjalanan akak selamat seluruhnya. Amiin.

    BalasPadam
  11. Selamat Hari Raya Maaf zahir Batin buat akak sekeluarga..

    BalasPadam
  12. selamat hariraya & maaf zahir batin :)

    BalasPadam
  13. Tentu Yah & family dh ada di kampung skrg..
    Salam Aidilfitri drp akak sekeluarga buat Yah & family. Kemaafan dipinta andai selama perkenalan kita ada bicara dan tingkah yg mengguris rasa

    BalasPadam
  14. hehe siap checklist..sy tak smpt dh nak buat checklist,belasah jer semua!hehe

    BalasPadam

Setiap kunjungan didahului ucapan terima kasih...InsyaAllah akan dibalas kunjungan anda.