14 Julai 2012

Ibu Berbengkel di PKG Muar

2 hari  ibu hadir ke Bengkel Jejak Maklumat 1BestariNet di PKG.
Bukan bengkel membaiki kereta ye.....

Peserta yang dipanggil terdiri daripada
JawatanKuasa GPM (Guru Perpustakaan & Media) Daerah.
Bilangnnya tidak ramai sebab kami mewakili zon masing-masing.
Kalau tak silap ibu, semuanya dalam 20 orang saja.

Hari pertama diadakan aktiviti Jejak Maklumat.
Kami dibahagikan kepada 4 kumpulan.
Macam-macam aktiviti yang kami kena lakukan.
Segmen 1 : Sukaneka
Segmen 2 : Membuat buku skrap dalam masa (20 minit)
Segment 3 : Menjawab soalan dan membina model rumah
Segmen 4: Menjawab silang kata (30 min )
Segment 5: Ulasan buku...

Setiap jalan menuju ke segmen tu akan diberi klu dengan menjawab soalan.
Enjoy sakan kami naik turun tangga, menyelongkar mencari klu.
Sama-sama memerah otak menjawab berbagai soalan.
Mencipta model dan menunjukkan kreativiti masing-masing.

Hari ke dua sekadar perbincangan aktiviti untuk Tokoh NILAM
dan tayangan video......
Kami juga dijadikan fasilitator untuk GPM Zon masing-masing....
Katanya program kami ni akan bersambung di Melaka nanti.......
Maklum la negeri Johor telah merangkul  Johan PSS Cemerlang Peringkat Kebangsaan.
PSS tu dalam Daerah Muar/Ledang.

2 orang Pegawai PTP sedang memberi penerangan.....

.Ketua Kumpulan ibu, GPM dari SMSains yang cool tetap sporting..

 Hasil kerja 4 kumpulan yang diberi tempoh 20 minit dengan
bahan yang terhad....

 Buku skrap juga diberi tempoh masa 20 minit.

 Majlis penyampaian hadiah.
Tak diduga kumpulan ibu merangkul Juara.
Rugi pula tak ada gambar ibu sedang menerima hadiah...hehehe.....

Inilah yang ibu dapat.
2 beg jajan.....
Habis dikerjakan 4F..

p/s:
Dah 1 minggu ibu tak begitu sihat.........




13 ulasan:

  1. ...bestnyer berbengkel...
    aktiviti yang semakin kanda tinggalkan...

    ...kanda pun nyepi sekejap...x berapa nak sihat..aktiviti skul plak semakin banyak..semua nak di habiskan sblm Ramadan...

    ...uurrmmmm....

    BalasPadam
  2. cantik kreatif buat umah tu...hihi

    **moga sis cepat sembuh ye...

    BalasPadam
  3. Bestnya kalau aktiviti bengkel mcm tu.. taklah boring sangat..

    Moga Yah cepat sembuh..

    BalasPadam
  4. salam,saya baru tahun ni jadi GPM..langsung takde idea nk buat apa kat pusat sumber..bestkan dapat bengkel mcm tu,,kurang2 boleh dpt input baru

    BalasPadam
  5. to mamaijat
    kalau jd Jawatan Kuasa induk mmg slalu la kami dipanggil utk brbengkel kanda....kalau program mcm ni mmg best cz xboring...

    BalasPadam
  6. to JS
    buat dlm keadaan trgesa2 cz masa diberi xlama....hehehe....

    BalasPadam
  7. to kak salmi
    mmg enjoy sakan kak mie w.pn jenuh perah otak nk jwb soalan.....

    TQSM kak mie....

    BalasPadam
  8. to suri
    nnti suri add FB yg akak wujudkn utk brkongsi ilmu...

    add di : Pss Sk Parit Kasan

    BalasPadam
  9. bestnya.. kena krestif bila bhn2 terhad.. yg mana satu model rumah kak Nza? hihi

    BalasPadam
  10. TO SHIMA
    2lh, nasib baik kumpln kami bekerjasama.....ce teka yg mana 1????

    BalasPadam
  11. Moga kak sihat seperti biasa hendaknya..tak cukup rehat agaknya tu..tengok akak selalu sibuk..ini udah berbengkel pulak. Best la dapat jajan 2 beg..hehe.

    BalasPadam
  12. to siti murni
    InsyaAllah..mungkin juga sbb kurg rehat n cuaca yg xmenentu ni siti...TQSM.....

    BalasPadam
  13. Alamakkk nka kena teka.. emm yg pic 1st kot.. sbb itu yg akak upload dulu hihihi...
    dah teka.. betul tak? kikik

    BalasPadam

Setiap kunjungan didahului ucapan terima kasih...InsyaAllah akan dibalas kunjungan anda.