17 Julai 2012

1 Minggu Mengadap Western Food.

Dah seminggu kami anak beranak dok makan western food.
Lama-lama tekak ibu dah rasa lain macam je.
ibu rindukan sesuatu.
Rindu dengan makanan tempatan...hu.hu.hu....

 Sejak malam ibu dah terfikir menu nie...masak lemak cili padi yang pekat + pedas.
Hajat tercapai juga akhirnya.....
Baru puas ibu makan nasi....

Dan Angah belikan nasi kerabu ni untuk ibu sekembalinya dari tuisyen.
Nasi kerabu ni angah beli kat restauran milik ibu kawan sekelasnya.
Memang sedap sangat...sangat...dan sangat.
Rasa tak puas makan 1 bungkus...
Alahai ibu, sabar jelah........
Cukup tak cukup, makan tak boleh lebih ye.......
Bukan nak jaga badan tetapi jaga kesihatan.....

Dan ibu mengidam nak makan takoyaki nie.
Baru minggu lepas ibu makan dengan anak-anak semasa outing.
Tiba-tiba terliur lak pulak.
1st time makan tak begitu sedap tetapi kali ke dua yang ibu
makan sedap sangat...Isi ketam melimpah ruah di dalamnya.
Sempat ke nak makan takoyaki sebelum puasa menjelma.....????
RINDU LAMBAIAN RAMADHAN.....

p/s (update terkini ):
Semalam mendapat perkhabaran gembira, adik ibu Dr Ahmad Zakimi dan isteri, Rohaita kerana mendapat Baby baru tetapi malam tadi mendapat khabar  sedih kerana BB dalam keadaan kritikal dan terpaksa meggunakan bantuan pernafasan...
Mohon doa daripada semua.....
Ya Allah, selamatkan BB.....
Mood : Sedih......


15 ulasan:

  1. Wahhh sgt terliur dgn ayam lemak cili api akak.... Nampak cantik kuahnyer....

    BalasPadam
  2. ishh akak dan anak2 dara memang suka tokayaki...sedap betul..malam2 pun sanggup keluar ke jusco nak beli...makan tak kira masa...heheee :)

    BalasPadam
  3. Tak pernah mkn takoyaki... Kat muo ni mana nak cari kak Nza?

    Moga baby dilindungi dan cepat sembuh insyaallah

    BalasPadam
  4. alahai sedapnya nasi kerabu, feveret saya tu.
    alahai apsal tetiba baby jadik kritikal, apapun sama2 kita doa semoga kesihatan baby tu makin ok n cepat sembuh

    BalasPadam
  5. salam..
    wahh sedapnya

    smoga Allah beri kesembuhan

    BalasPadam
  6. ...sodap eh lomak cili padi tu...
    tapi x leh selalu2 ye!!!

    Semuga BB sembuh,dengan izinNYA..Insyaallah..

    BalasPadam
  7. Paling terliur tgk nasi kerabu tu.. kalau ada daging bakar+solok lada tentu lagi sedap

    BalasPadam
  8. to lieya
    tetiba pulak nk masak tu lieya..anak2 akak xgitu suka ttp ibunay hentam je...hi...

    BalasPadam
  9. to saniah
    yelh, kalau dh makan takoyaki mcm dh ketagih la pulak..sedapkan...

    BalasPadam
  10. to shima
    kalau kt muo shima pergi giant...kt ground floor tu ada jual....

    TQSM di atas doa shima.....

    BalasPadam
  11. to mamasyaza
    nasi kerabu yg nyummy.....

    xtaulh su, BB alami masalah pernafasan..mungkin juga masalah paru2.....

    BalasPadam
  12. to maiyah
    mmg sodap...

    TQSM di atas doa maiyah...ameen....

    BalasPadam
  13. to mamaijat
    ye kanda, sskali boleh la layan lemak2 camnikan....

    InsyaAllah...ameen....

    BalasPadam
  14. to kak salmi
    oooo..kak mie suka solok ek...yah xgitu suka ttp kalau daging panggang dlm nasi kerabu mmg trbaiklh....

    BalasPadam
  15. selalu jugak dengar pasal takoyaki ni. macam sedap je bunyinya.

    BalasPadam

Setiap kunjungan didahului ucapan terima kasih...InsyaAllah akan dibalas kunjungan anda.