23 Mac 2012

Gadis Rebutan.

Gadis rebutan la sangat.
Kisahnya Naurah telah jadi isu pergaduhan ala-ala manja 
cikgu-cikgu subjek Matematik, Bahasa Inggeris dan Kajian Tempatan.
Dan terkini cikgu Bahasa Melayu.
Sebab.................

Minggu lepas cikgu-cikgu sibuk mencari calon-calon peserta mewakili sekolah
ke Karnival Ko-Akademik Peringkat Zon.
Maklumlah Karnival tu dijalankan serentak untuk semua subjek.

Bila cikgu-cikgu terima surat pertandingan masing-masing dah 
terbayang calon-calon yang akan dihantar untuk mewakili sekolah.
Yang kelakarnya cikgu-cikgu subjek masing-masing dah memilih si Kakak Naurah
sebagai calon feveret.....

Bila berkumpul mulalah terjadi perang mulut + gaduh-gaduh manja.
Begitulah kami, ada saja yang hendak digaduhkan.
Sampai ada yng merajuk dan buat akta ugutan nk tarik diri.
Kelakar je tengok muka orang lelaki merajuk...he.he.he....
Itulah yang menambahkan kemesraan dan keakraban kami.....
Masing-masing tak nak mengalah......
Ibu tidak campur tangan dalam urusan mereka dan 
bertindak jadi pemerhati..
Sesekali je ibu mencelah:
"Hello...hello......korang nak buat apa dengan anak dara akak tu..???

Si minah  peminat "cool blog + pearl " ni tak tahu apa-apa.
Cuma dia macam terkeliru:
"Ibu, hari tu cikgu M kata kakak masuk Math..
lepas tu Teacher W kata kakak masuk essay writing....???
Cikgu A pula nak masukkan kakak dalam mengarang..
Tapi cikgu Is kata kakak masuk KT......
Bukan ke pertandingan tu serentak????????

Alahai, kesian pulak bila ibu dengar luahan yang dia berminat dalam Maths dan BI.
Ibu pun tak berani nak kata apa-apa.

Dan akhirnya yang pasti cikgu lelaki juga yang menang.
Nak tak nak cikgu Matematik, Teacher W dan Cikgu M 
mengalah + redha dalam terpaksa.
Akhirnya Naurah mewakili Kajian Tempatan dengan alasan kukuh cikgu Is:
"Alah, susahlah nak pilih budak lain.
Saya dah cop Naurah sejak tahun lepas lagi tau.... 
Kalau Naurah bagi apa pun dia buat. 
Naurah tu rajin membaca dan pengetahuan am nya pun luas..."..
Subjek lain kan boleh dilatih..calon lainkan ada lagi......

Apa-apa jelah, yang penting ada calon untuk dihantar......

Masa godek2 blog sekolah terjumpa gambar Naurah semasa bergelar Johan Zon/Daerah 
dalam Smarts Maths Year 3.
Dia dan pasangannya bergelar Juara 2 tahun berturut-turut.....

Esok kami berkampung di Serom sempena Karnival Ko-Akademik.
Ibu juga bertugas sebagai Ketua Hakim Mewarna Pra Sekolah.....

Good Luck kakak Naurah dan rakan-rakan....

p/s:
Hari ini pun masih tak sempat nak BW seperti biasa....hu.hu.hu...

31 ulasan:

  1. Bertuahnyq Naurah, gadis pingitan yang jadi rebutan. Try your best n good luck Naurah.
    Hehe NzA, sibuk sokmo ye, takpe kadang2 seronok jugak ada aktiviti ko-k ni kan.jadi pengadil yang adil ye, hik!!

    BalasPadam
  2. to ummiross
    mmg sibuk sokmo ummi..nk buat camne ttp trkdg pergi tmpt2 mcm tu dpt jumpa kwn2 lama....

    InsyaAllah, doakn moga dia brjaya utk kali seterusnya......

    BalasPadam
  3. Tahniah!

    Seronoknya jadi ibu kepada anak yang cemerlang dan popular di kalangan guru. Tumpang bangga bleh?

    Sampaikan salam tahniah dan all the best tu NAURAH yaaa! Moga berjaya!

    BalasPadam
  4. .....Good luck to Naurah.....
    Be the BEST...beat the rest......

    BalasPadam
  5. to azie
    Thanks azie..
    Syukur krn setakat ni dia masih menunjukkan kecemerlangan brkat ketekunannya......

    InsyaAllah...akan smpaikan salam pd naurah...mesti dia hepi...

    BalasPadam
  6. to mamaijat
    thanks dear..doakan moga naurah mampu mengekalkan kejuaraan.....amin...

    BalasPadam
  7. bertuah naurah. semoga naurah terus berjaya dgn cemerlang dlm apa saja bidang yg diceburi

    BalasPadam
  8. mcm cheqna zaman2 sekolah rendah dulu
    hehehehe
    pepun semoga berjaya naurah

    BalasPadam
  9. to mamasyaza
    InsyaAllah..anak emas cikgu katakan.....ngee...

    BalasPadam
  10. to cheqna
    wah mesti cheqna murid kesayangn nie..Thanks....

    BalasPadam
  11. Good luck to Naurah..
    MOga Naurah terus cemerlang.

    BalasPadam
  12. to kak salmi
    Thanks k.mie....moga begitulah.....amin...

    BalasPadam
  13. all the best naurah...

    BalasPadam
  14. to JS
    Thanks JS..doakan moga dia brjaya....

    BalasPadam
  15. wow hebat betul naurah jadi rebutan.klu sy pun pening tak tahu nak pilih yg mana satu.hiks..

    semoga berjaya tau naurah..:)

    BalasPadam
  16. bertuahnya Naurah....kalau murid cemerlang biasanya jadi rebutan di sekolah....
    Semoga Naurah terus berjaya....

    BalasPadam
  17. pehhhh....glamer aaa anak cikgu erk....semua cikgu suka....sure cikgu bangga kan..kan...kan.....ahakz..

    BalasPadam
  18. to PK
    setiap thn keadaan camtu sering brlaku..InsyaAllah moga dia brjaya....

    BalasPadam
  19. to MP
    Alhamdulillah..syukur..dia agak tekun juga kalau diberi sesuatu tugasan..sbb tu cikgu berebut2 nk ambil....ngee....

    TQSM....

    BalasPadam
  20. to jebateja
    he.he.he.......ibu bapa xbangga jika anak2 menunjukkan kecemerlangan....Alhamdulillah, syukur...

    BalasPadam
  21. Hebatlah kak Naurah ni..... Sumaiyyah dan Qayyum pun peminat Cool Blog...

    BalasPadam
  22. jadi rebutan sungguh kakak naurah ye. apapun gud luck ye kakak!

    BalasPadam
  23. wahhhh rebutan sungguh.hehe.goodluck Naurah~!

    BalasPadam
  24. TO MAMAqs
    thanks mamaQS..berkat doa semua....

    BalasPadam
  25. to izan
    setiap kali ada prtandingan mcm tulh.....ngee...

    BalasPadam
  26. to sizuka
    he.he.he...dara pinggitan....thanks...

    BalasPadam
  27. Bukan kat sekolah Naurah ja, kat sekolah saya pun macam tu, hehe..

    BalasPadam
  28. to dinas
    he.he.he.......begitulh kisah cikgu2nya berebut2kan studentnya....

    BalasPadam
  29. budak cerdik pandai mmg sellaju jadi rebutan cikgu maupun kawan2... alahaiii kakak naurah... ;)

    BalasPadam

Setiap kunjungan didahului ucapan terima kasih...InsyaAllah akan dibalas kunjungan anda.