5 Januari 2012

MBrown + Sawah....

Hari ni ibu sumbat n3 pemandangan di sawah ye.
Kepala tengah serabut dengan kerja-kerja melambak-lambak
kat sekolah..
Gitulah awal tahun.
Rasa tak cukup masa 24 jam.....
N3 ni ibu dah buat sejak minggu lepas........

Dah hampir 10 tahun menetap di BG dan inilah kali pertama ibu singgah kat kawasan sawah ni.
Kawasan ni dikenali dengan nama Sawah Ring.
Ibu selalu juga lalu lawasan ni cuma tak jadi nak singgah.

Beberapa hari lepas kami melarikan diri dari rumah.
Sebabnya taman perumahan kami disembur dengan 
asap denggi...
Setiap kali ada semburan ibu/ayah terpaksa melarikan 3 orang penghuni rumah ni
Ibu, Along dan Farouk kerana kami bertiga pengidap asthma
dan alah dengan semburan..
Ayah pula tak de semalam kerana ada meeting kat JB
so ibulah yang melarikan anak-anak......

Ibu dan anak-anak sekadar ronda-ronda.
Mula-mula ingat nak singgah ke supermarket 
tetapi anak-anak lebih berminat nak pergi makan-makan....

Dalam perjalanan balik ibu tengok kawasan taman kami masih dalam proses semburan.
Kalau sembur minyak wangi oklah juga...tetapi ni bau semburan tu
habis melekat kat kain baju..
Tak suka tau!!!!!!!

Along cadangkan kami ke Sawah Ring.
Katanya lama dah teringin nak posing kat sawah.
So ibu terus menuju ke sana.....

Cantik juga pemandangan petang di sawah, 
berlatar belakang Gunung Ledang yang letaknya
lebih kurang 1/2 jam dari sini.....

 Naurah yang mula-mula volunteer jadi model sawah....

 lepas tu 3 orang model dicelah-celah rumput sawah.
Habis si juru gambar digigit semua api tau...hu.hu.hu....

 Dan Along pula.....

 Satu-satunya model lelaki ibu.....he.he.he....

 Dan along sibuk pujuk ibu untuk cuba memandu kereta.
Baru dapat lesen L dah berangan.
Dengan berat hati ibu izinkan.
Kecut juga perut ibu..
Manalah tau kalau jadi apa-apa, ayah pula tak ada......
Naurah dan Farouk terjerit-jerit dan menangis meraung-raung ketakutan bila along drive.
Riuh rendah dalam kereta.
Tak sangka pula ibu, Along berani memandu MPV.
Ibu dulu nak suaikan diri memandu MPV memakan masa juga....
Ayah terpaksa mengajar ibu selama 1 minggu.....

kami balik rumah dah malam setelah tersesat dalam kebun kelapa sawit.
Ini angkara si along jadi pemandu.
Punyalah ibu gabrah, main tunjuk-tunjuk je jalan.
Akhirnya dalam kegelapan kami tersesat..
Makin mengerikan bila Naurah dan Farouk makin kuat nangisnya.
Hish!!! budak berdua ni, betul-betul buat ibu panik...........

p/s:
Nanti ibu buat n3, apa yang telah jadi pada kain
yang telah tersalah potong tu..........

22 ulasan:

  1. Rumah mak sy depan sawah je.. tak terfikir selamani nak bawa anak2 bergambar di situ. Ini sudah satu idea yang bagus.. :D

    BalasPadam
  2. cantik pulak background gambar tu, yang posing pun comel2.Suka gambar celah2 rumput tu NzA..

    BalasPadam
  3. wah memang cantik sgt pemandangan kat sawah

    BalasPadam
  4. to zefa
    rumah mama akak kt kg pn tepi sawah ttp 2lh, xtrlintas pn nk brgambar camni....

    BalasPadam
  5. to ummiross
    2lh, tenang je tgk tmpat camni ummi...anak2 nza kalau bab2 posing mmgsuka sgt la...he....

    BalasPadam
  6. to mamasyaza
    mmg cantik n boleh tenangkan jiwa yg sdg gundah gulana nie....

    BalasPadam
  7. pernah lalu juga kat sini kak... cantik pemandangannya..

    BalasPadam
  8. to izan
    mmg cantik...lagilah kalau dh ptg....

    BalasPadam
  9. cantiknye pemandangan!

    gambar2 awan tu mmg cantik btul..oren2...

    wahh..along da amik lesen rupenye..tkpe la nnti nk kemana-mane time study senang tau..

    BalasPadam
  10. Paling suka pemandangan kat sawah...
    hijau kan mendamaikan..sejuk je mata memandang...

    BalasPadam
  11. Salam, seronoknya bergambar di sawah...mcmana boleh sesat ni Ibu? singgah & terus follow ~

    BalasPadam
  12. cantiknya pemandangan kat sawah tu...

    BalasPadam
  13. Cantiknya sunset tu, kak Nza! Saya suka tengok..

    Mesti bagi kepercayaan & peluang pada Along biasakan diri memandu kan. Kalau tidak camana dia nak cekap. Go Along!

    BalasPadam
  14. to dilla
    tenangkan tgk pemandangan camtu....
    mmg cantik masa matahari dh nk trbenam....

    along blm dpt lesen lagi ni dilla..masih dlm proses belajar.....ttp berani mencuba...

    BalasPadam
  15. to siti murni
    mmg mendamaikan....

    BalasPadam
  16. to marya
    2lh, cantikkan..
    Thanks 4 being my follower....

    BalasPadam
  17. to bintangku
    mmg cantik, brlatar belakang gunung ledang....

    BalasPadam
  18. to dinas
    mmg cantik sgt2 saat ke situ..

    2lh, akak bkn apa, risau ttp tgk dia berani mencuba......

    BalasPadam
  19. anak2 semua sporting je jadi model.hehe..

    cantik permandangan esp gambar langit senja tu..:)

    BalasPadam
  20. menikmati keindahan alam... buleh ilang sikit stress kan kak ?

    akk slalu2le tgk benda2 hijau ... ;)

    BalasPadam
  21. to PK
    depa tu tau sgt dh si ibunya ni yg suka sgt snap pic w.pn entah apa2...hi.hi.hi....

    2lh, warnanya amat menarik....

    BalasPadam
  22. to ummihanie
    ye hanie...sekurg2nya lupa jap kerja2 yg melambak2 tu....

    BalasPadam

Setiap kunjungan didahului ucapan terima kasih...InsyaAllah akan dibalas kunjungan anda.