27 Disember 2011

Cuti Berakhir di i-City.

Sepanjang 3 minggu bercuti dan menyepi dari dunia siber memang ibu rasa amat-amat 
terputus dari dunia luar.
Namun ibu nekad untuk melupakan seketika dunia itu dan berada di dunia realiti.
Banyak momen2 indah dah jadi basi untuk dikongsi bersama.
InsyaAllah kalau ada mood ibu akan berkongsi kisah percutian kami.....
Ada yang menarik dan ada yg menguji hati ibu....

Setibanya di KLIA kami tak terus balik ke Johor
tetapi anak-anak sibuk nak ronda-ronda KL.
Ayah bawa kami ke Jakel Shah Alam.
Aduhai Ayah nie.
Kenapa la bawa ibu ke tempat macam tu.
Habis juga ibu melabur beli kain pasang yang amat cantik2 dimata ibu.

Anak-anak pula sibuk nak ke i-City.
Sementara nak tunggu pukul 6.00 petang
kami singgah shopping kat Giant, makan-makan kat  KFC.
lepak-lepak kat KFC setelah hampir pokai di Jakel....hu.hu.hu....

Pukul 6 petang kami tiba di i-City.
Lampu-lamu belum dipasang kerana suasana masih terang...

Ni kali ke 2 tahun ni ibu ke sana.
Segalanya berubah.
Memang berubah sangat-sangat.
Banyak bangunan baru tersergam dibina...
Banyak permainan baru dibina....
Dan banyaklah wang yang terpaksa dilaburkan untuk anak2.
Rasanya baru bulan Mei ibu ke sana.
Segalanya berubah......
klik sini.

                           
Pintu hadapan dari bangunan parking kereta....

Bangunan di belakang tu masih belum ada semasa ibu datang pada bulan Mei....
Sangat menakjubkan.....

Hanya ni je sekeping ada gambar Ayah.
Tu pun ibu curi-curi snap semasa ayah sedang leka membelek pokok2 tu.....

Gembira tengok anak-anak seronok....

Buah hati kesayangan ibu dan ayah....
Us.....

Farouk dan Beby beria-ia nak naik PiraleShip ni.
Yang tak tahan Farouk tiba-tiba menangis tak nak naik....
Takut katanya tetapi ibu guna akta paksaan.
Buat membazir je bayar...
Ayah senyum-senyum jevtengok bujangnya yang nangis2 ketakutan tu...
BIla dah naik kat atas tu Farouk yang over acting.......he.he.he...

dan lagi....

Hari dah mula beransur gelap.
Lampu-lampu mula dipasang.....

Sorry la ye...Kali ini n3 penuh dengan gambar-gambar anak....

Hari semakin gelap dan gelap.
Suasana diterangi dengan lampu-lampu bergemerlapan.
Orang amat ramai kerana kami datang semasa perayaan Krismas...
Memang sesak sangat.
Nak naik sesuatu permainan kena beratur panjang...
Ayah dan anak-anak sanggup beratur panjang.
Cuma ibu seorang yang tidak sanggup.
Sekadar memerhati kegembiraan mereka.

Keluar dari i-City dah pukul 9.15 malam.
Orang semakin ramai berpusu-pusu datang.
Kami tiba di rumah dalam pukul 1.30 pagi........
Adui, penat sangat...........

p/s:
banyak n3 rakan-rakan yang ibu ketinggalan.
Ibu akan cuba baca n3 tu berdikit2.....
Baru 3 minggu xbuka blog rasa macam bertahun2....hu.hu.hu...

42 ulasan:

  1. Wah.. akak g iCT ya? 10 minit je dr rumah sy ni.. :D

    BalasPadam
  2. to zefa
    oooo..ye ke??? kalau tau boleh calling2......

    BalasPadam
  3. kak nza dah sampai ict juga?
    ni yg tiba2 rasa nak jalan2 sana ni. padahal kalau balik banting, taklah jauh mana shah alam tu pun...

    tp biasalah... izan ni kalau balik umah mak, menyelit bawak ketiak je. tak jalan2 je mana pun... hehe

    BalasPadam
  4. .....NzA...
    tiada yang lebih bahagia selain dapat membahagiakan anak2...

    BalasPadam
  5. to izan
    tahun ni dh 2 kali ke sana izan..biasalah org dekat xheran benda2 ni....he.he.he...

    BalasPadam
  6. to mamaijat
    betul tu mamaijat...saat trindah bila mrk disisi kita.....

    BalasPadam
  7. to GB
    mmg byk brubah,....baru 6bln lbh p sana..segalanya brubah....

    BalasPadam
  8. Cantiknya, ummi tak pernah pegi lagi ni NzA..

    BalasPadam
  9. to ummiross
    mmg cantik tmpat ni ummi.... nnti kalau dtg KL bolehlah ummi ke sana...

    BalasPadam
  10. bestnyee...seronok tgk anak-anak akak.

    sy plan jugak nak pergi i-city tp xjadi pulak

    BalasPadam
  11. to Qaseh
    thanks...budak2 mmg seronok kalau p jln2....

    BalasPadam
  12. ni dok ralit jalan ni, borang opsyen dah sain ke cikgu?

    BalasPadam
  13. to cikli
    dok lagi..tgh dok study la nie...rasonyo kalu umo 60thn dh nyanyok la....he.he.he.....

    BalasPadam
  14. seronok tgok anak2 akk,hpy jer derang..mmg ict tu tmpt wajib p ekk..semua org berpusu2 kesitu..sy tak smp lg..:)

    BalasPadam
  15. 5 tahun kat k.l..tak pernah sampai.hehe.ketinggalan...hehe

    BalasPadam
  16. laaa..kire dekat la jugak dari rumah saya tau..tak tau dtg shah alam kalau tak boleh la kite jumpakan... nnt boleh le bg no hp... teringin nk jumpa...

    BalasPadam
  17. bestnyer,, mmg cuti2 msia btol laaa....

    BalasPadam
  18. Bestnye jalan2 kat ICT..anak2 pun happy jer..ktorg juga ni yg tak sampai2 sana lagi.. ;)

    BalasPadam
  19. to PK
    bila anak2 hepi kita pn rasa bahagia...

    2ph ramai sgt...mayb masuk free kot hr tu.....

    BalasPadam
  20. to azhan
    biasalah org dekat mmg xkisah ttp org jauh yg teringin...hi.hi.hi..

    BalasPadam
  21. to ainnoraini
    mmg xrancang nk p sana cz baru tiba di KB ttp anak2 nk juga ke sana..
    ye ke?? kalau tau dekat boleh la calling2...sy pn tringin nk jumpa ain.....nnti kita boleh calling2...

    BalasPadam
  22. to hasnah
    trlanjur brkesemptan singgah...hi.hi.hi....

    BalasPadam
  23. to lily
    kalau bawa Qis mesti dia seronok tu lily...byk benda yg menyeronokkan anak2 ada disana....

    BalasPadam
  24. seronoknye diorang dpt gi i-city yek..sy yg dok tak berapa jauh ni pon tk smpai lagi i-city yg terbaru nih..last pegi akhir tahun lepas mmg takdelah permainan2 tu sume..org kata i-city skang pon dh semakin sesak ngan pengunjung..=)

    BalasPadam
  25. BETUL2 AKAK gunakan mase yg ade mase bercuti nie.....sonok anak2 berjalan...dpt gi tempat2 camtu....lepas ni dah start sekolah balik...rutin harian kembali balik mcm biase kan kak.....

    BalasPadam
  26. hmmm..bile la dpt merasa nk gi sini kak..huhu

    BalasPadam
  27. Tak de apa yg lebih membahagiakan selain melihat ank2 seronok kan..:)

    BalasPadam
  28. to lily azliyana
    biasanya gitulah lily...org dekat yg xkisah sgt...he.he.he...

    tapi mmg byk sgt brubah sdgkan baru 5-6 bln akak ke sana...mmg sesak sgt..xsesuai utk bw anak2 kecil..xselesa...

    BalasPadam
  29. to dinas
    mmg kena buat akta budak sorg tu...he.he.he...

    BalasPadam
  30. to lieya
    mmg akak ambil peluang masa brkesemptan n waktu ayah xsibuk...mmg anak2 seronok sgt2...

    BalasPadam
  31. to dilla
    kalu brkesemptan bolehlh baca acha..mesti dia seronok....

    BalasPadam
  32. to ariana
    betul tu.....itulh saat yg indah.

    BalasPadam
  33. seronok tgk mcm2 gelagat pose anak2 kak...

    sesekala best juga ebrehat dr berblog..

    BalasPadam
  34. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  35. to kak yong
    budak2 tu mmg menjadi je kalau brkumpul.....hi.hi.hi....

    ttp sunyi la kak yong....

    BalasPadam
  36. bestnye ...kami xsampai lg icity ...

    rajen akk snap pics ank2 ;)

    BalasPadam
  37. to ummihanie
    kalau bawa anak2 mesti mrk suka....

    kami gilir2 snap..mmg hobi akak snap gambar anak2......he.he.he....

    BalasPadam
  38. teringin gak nak gi ICT dan snowalk ni :)

    BalasPadam
  39. salam kenal kak.. hee saja tgk entry ict..ingt nak kesana mlm ni

    BalasPadam
  40. Berhajat nak bawa anak2 ke sini tapi masih belum berkesempatan..

    BalasPadam

Setiap kunjungan didahului ucapan terima kasih...InsyaAllah akan dibalas kunjungan anda.